About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, November 24, 2008

Faktor-Faktor Kelemahan Anggota Jamaah /Gerakan Islam

Pada kali ini saya ingin menyentuh satu perkara yang amat penting bag meneruskan perjalanan dakwah Islam. Jamaah atau gerakan Islam yang kuat perlu memiliki anggota dan ahli jamaah yang kuat juga. Namun di sana ada beberapa perkara yang boleh membantutkan perjalanan dakwah itu sendiri. Insya-Allah saya akan menyentuh tentang perkara yang melemahkan organisasi dakwah darti sudut ahli. Menurut sheikh Fathi Yakan dalam bukunya " Al-Mutasaaqituuna 'alaa thoriiqu al-da'wah, kayfa wa limadza??", beliau menggariskan beberapa beberapa perkara yang boleh menyebabkan seseorang ahli itu gugur dari jalan da'wah atau gugur dari meneruskan kerja-kerja da'wah dan menegakkan Islam.

Antara sebab-sebab gugurnya seorang anggota gerakan Islam itu dari jalan dakwah dan perjuangan Islam ialah ;

1) TABI'I YANG TIDAK TETAP

Ada orang yang tertarik dengan mana-mana gerakan islam atau mana pertubuhan dakwah oleh suatu tarikan suasana atau sesuatu sebab, lantas indivdu itu menyertai gerakan Islam. Namun apabila mereka sedar tidak dapat mengikut dasar, tarbiyyah dan disiplin gerakan Islam itu, oleh kerana tidak cocok dengan jiwanya sterusnya tidak patuh kepada disiplin gerkan Islam, maka mereka pun meninggalkan kerja-kerja gerakan itu atau keluar terus dari jamaah dengan menyertai pertubuhan yang lain atau meninggalkan terus medan perjuangan .

(1.1) Ada orang yang tidak dapat tunduk kepada peraturan, disiplin juga tarbiyyah yang ditetapka oleh jamaah dan gerakan Islam, apabila dia mula merakan kesusahan itu, maka dia pun mula berusaha untuk menacari "pasal" untuk membebaskan dirinya dengan mencipta alasan-alasan agar dirinya tidak terbabit dengan tarbiyyah, disiplin dan peraturan jamaah Islam yang dirasakan menyusahkan dirinya.

(1.2) Ada juga ahli jamaah yang tidak dapat menerima "penyerapan" dirinya ke dalam binaan jamaah Islam, dengan itu dia berusaha untuk mengekalkan keperibadiannya, contohnya bila seseorang ahli jamaah itu asalnya pernah menjadi ahli gerakan sekular, maka dia cuba mengekalkan ke"sekular"annya. Orang seperti ini apabila menyedari bahawa "stail"nya akan mungkin terserap dan pendapatnya tidak dapat diterima pakai maka dia juga akan mencari-cari alasan untuk membebaskan dirinya dari jamaah Islam, samada dia meninggalkan kerja-kerja jamaah atau keluar terus dari jamaah Islam itu sendiri.

2) TAKUT BERLAKU SESUATU ( MUDHORAT) KE ATAS DIRI SENDIRI DAN PENDAPATAN.

Kematian, kesusahan, kemiskinan, ditangkap dan dipenjara, dibuang kerja dan sebagainya adalah sangat memberi kesan kepada diri manusia. Perasaan takut seprti yang saya sebutkan tadi boleh membantutkan dan memberhentikan kerja-kerja da'wah dan kerja-kerja berjuang melawan kekufuran rejim sekular yang menggunakan kuasa untuk menyekat kemaran jamaah Islam dengan menyekat kehidupan sesiapa sahaja yang menentang mereka. Perasaan ini juga boleh membibitkan lemah semangat untuk terus bergiat bekerja dalam jamaah dan gerakan Islam.

Syaitan memainkan peranannya mengahalang orang-orang mukmin, mengahalang jentera-jentera dakwah ( al-'aamiliin ) dan pendakwah ( du'aat ) Syaitan akan membisik dan menakut-nakutkan mereka dengan menjanjikakan harapan harta kepada mereka tetapi pada hakikatnya janji syaitan adalah palsu belaka. Syaitan pula ada dua jenis, terdiri dari jin dan manusia, syaitan dari jenis jin membisikkan agar anggota jamaah itu meninggalkan gerak kerja jamaah dengan melihat kepada habuan harta, maka anggota jamaah yang lemah ini terus terbayangkan dalam mindanya dan berfikir " betul jugak ye..berjuang tak dapat apa.., kalau keluar dapat buat duit.." atau " ishk..!!! kalau aku terus duduk dalam jemaah nanti aku kena buang kerja pulak..!!!" Namun ada satu lagi "syaitan kabir" syaitan dari kalangan manusia, iaitu manusia-manusia yang bersatu dibawah satu gerakan sekular melawan gerakan islam, mereka ini menggunakan kuasa ekonomi dan politik untuk menyekat kemaraan gerakan Islam dengan mengugut atau menyogokkan harta kekayaan kepada anggota jamaah yang lemah iman dan tarbiyahnya, maka anggota yang lemah iman dan tarbiyah itu akan perlahan-lahan menyahut seruan syaitan dan menjadikan harta adalah segala-galanya dan terus meninggalkan perjuangan Islam. Situasi ini telah Allah gambarkan di dalam Al-Quran.

Firman Allah Ta'ala dalam surah Ali-Imran yang bermaksud;
" Jika kamu beroleh kebaikan, nescya mereka ( golongan yang menolak Allah dan Rasul-Nya) akan bersedih hati, akan tetapi jika kamu mendpat bencana ( kesusahan ) maka mereka berasa gembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertaqwa ( takut kepada Allah ) nescya tipu daya mereka sedikitpun tidak akan mendatangkan kemudharatan kepada kamu, sesungguhnya Allah maha mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.."( Surah Ali-Imran ayat 120 )

Firman Allah dalam surah Al-Fath yang bermaksud;
" ( Orang-orang badwi yang tidak turut ke Hudaibiyyah) akan mengatakan;" harta-harta dan keluarga kami telah merintangi kami", mereka mengucapkan denga lidahnya apa yang tidak ada di dalam hatinya, katakanlah "maka siapakah yang dapat menghalang kehendak Allah jika dia menghendaki manfa'at bagimu, sebenarnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan"(Surah Al-fath ayat 11).

3) SIKAP MELAMPAU

Sikap melampau juga menjadi sebab keciciran anggota gerakan Islam. Anggota jemaah dan gerakan Islam yang cuba bertindak dan melakukan sesuatu yang lebih dari keupayaannya seterusnya tidak apat menerima sikap sederhana biasanya akakn menghadapi masalah jiwa dan masalah kepercayaan. Anggota jamaah seperti ini samalah keadaannya seperti seorang yang cuba belayar merentasi lautan yang bergelora dengan seberapa cepat dan segera sedangkan dia hanya menggunakan rakit buluh dan bukannya speed boat. Maka akibatnya ialah, rakitnya itu tadi musnah dilanda ombak dan tidak sempat sampai kepada tempat yang ditujunya.

Sesungguhnya jiwa manusia adalah bersifat lemah. Jiwa manusia boleh memikul ( untuk melaksanakan ) perkara-perkara yang diazamkan pada suatu ketika. Tetapi dimasa yang lain dia tidak mampu memikulnya. Kemudia pada satu masa yang lain dia akan mempunyai kesediaan untuk memikul suatu tugas namun yang demikian manusia itu tidak mampu untuk memikul semua tugas padasatu masa sekaligus.

4) AMBIL MUDAH

Sama juga seperti sikap melampau, sikap ambil mudah juga menyebabkan seseorang anggota jamaah Islam itu gugur daripada malksanakan tugas.

Anggota jamaah yang bersikap ambil mudah dalam mengerjakan perintah Allah Ta'ala dan dalam kesungguhannya dengan hukum-hukum syara' akan mendpati diri mereka mengambil mudah dalam semua perkara, tidak kira perkara itu kecil atau besar, penting atau tidak, perlu disegerakan atau tidak. Mereka ini akan membiarkan nafsu yang dipimpin oleh syaitan menguasai diri dan jentera-jentera gerakan Islam. Ada satu Sya'ir arab menyebut;

" Janganlah kamu memandang remeh perkara kecil
Sesungguhnya gunung-ganang itu terbina dari batu-batu halus"

Oleh itu anggota-anggota jamaah Islam yang bekerja menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini, yang bekerja menurut dasar dan landasan Islam hendaklah menjauhkan diri dari sikap "memandang mudah kerana ia merupakan perencanaan syaitan kepada jiwa manusia. Sebalinya semua perkara mestilah di anggap penting dan mesti dilaksanakan agar segala usaha dan kerja-kerja jamaah yang lebih besar akan dilaksanakan dengan lebih bersemangat.

5) TERTIPU DENGAN KEDUDUKAN DAN BERSIKAP MENONJOLKAN DIRI.

Penyakit ini juga menjadi sebab gugurnya seseorang anggota jamaah itu dari jalan dakwah. Penyakit ini amat merbahaya, ia akan merosakkan para pendakwah sama sekali. Kedudukan dalam jamaah boleh menjadi punca fitnah terhadapnya dengan merasa dirinya "mulia" dari anggota-anggota jamaah yang lain. Akibat sikap merasa dirinya mulia inilah akhirnya menyebabkan segala tanggungjwab dan kerja yang diamanahkan kepada tidak kerana Allah tetapi haya untuk meraih publisisti dan populariti dari kebanyakan anggota jamaah. Yang dia mahu bukanlah berusaha untuk mencapai maksud dasar jamaah untuk menegakkan Islam teapai mahu dilihat hebat dan mahu anggota-anggota jamaah yang lain seolah-olah amat-amat memerlukan dirinya dan sterusnya menyanjunginya. Maka dia akan menjadikan kedudukannya sebagai platform menjual namanya agar dapat dikenang sebagai pejuang. Kesan dari sikpa inilah akhirnya dia tidak ikhlas dalam bekerja dan tidak ikhlas dalam berjamaah. Oleh kerana tidak ikhlas maka ini, maka amalan mereka tergantung dan mengahapuskan pahala dan mengurangkan keberkatan dalam berjemaah.

6) CEMBURUKAN AHLI JAMAAH YANG LAIN

Cemburu juga adalah antara sikap yang boleh menyebabkan seorang anggota jamaah itu meninggalkan kerja jamaah bahkan boleh meninggalkan terus perjuangan jamaah menegakkan Islam.

Anggota-anggota yang menganggotai jamaah Islam terdiri dari berbagai-bagai jenis manusia yang memiliki berbagai-bagai persediaan dan keupayaan baik dari segi akhlak dan syakhsiyyah, jiwa, semangat, ilmu dan pemikiran. Kepintaran, keilmuan, kebolehan enulis dan berpidato, berceramah, berkuliyah adalah berbeza. Perbedaan di antara anggota jamaah inilah menyebabkan berlaku perbezan di antara anggota jamaah, berbeza dari segi tingkah laku, sikap dan kemahirannya.

Namun perasan cemburu menyebabkan anggot-anggota tertentu mengambil tindakan dengan melakukan perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Sesetengah dari mereka menghadapi tekanan perasaan yang diransang dari luar jamaah atau anggota-anggota yang juga mempunyai sikap cemburu sepertinya terutamanya jika anggota yang mempunyai sikap cemburu ini di kalangan pimpinan dari sayap kanan jamaah, diransang pula oleg pegikutnya yang juga cemburu dengan pimpinan utama jamaah contohnya, maka cenburu dan ransangan seperti ini pula akan menimbulkan keinginan untuk membalas dendam atau merampas kuasa di dalam diri mereka terhadap anggota-anggota yang mereka rasakan menjadi pengahalang dan menjadi sebab kegagalan mereka. Jika ini berlaku, maka ia adalah bermaksud segala akhlak dan nilai mulia akan hancur, kerana anggota yang berkenaan bersedia melakukan apa sahaja bentuk tindakan untuk merosakkan orang yang dianggap sebagai musuhnya yang utama itu. Maka di dalam hatinya akan sentiasa merasa tidak tenteram dan tidak tenang selagi mana dendamnya itu tidak dapat dibalas.

Rasulullah S.A.W seringkali melarang sikap cemburu dan dengki ini. Terdapat banyak hadith-hadith yang melarang sikap ini. Antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiyallu 'Anhu behawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang beraksud;

" Jauhilah kamu dari berperasangka (zhan) kerana perasangka itu merupakan cerita yang paling dusta, janga kamu mencari rahsia, mengintip, berdengki, marah memarahi( caci maki ) dan mengumpat. Hendaklah kamu semua menjadi bersaudara kepada seorang muslim yang lain. Taqwa adalah disini, taqwa adalah disini...!!!, (baginda menunjukkan tangan ke dadanya). Cukuplah bukti yang seorang itu jahat apabila menghina saudaranya yang muslim, setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram darahnya, maruahnya dan harta bendanya.."
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Dari damrah bin Tha'labah radhiyallahu 'Anhu berjata bahawa rasulullah S.A.W bersabda yang mafhumnya;

" Manusia itu tetap baik selagi mana mereka tidak berdengki"
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani)

wallau a'lam.

No comments: