About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Saturday, October 25, 2008

british cipta surau ganti masjid..???

aNaK BaPaK
re;Tahyatul masjid & Iktiqaf
Sat Oct 25, 2008 12:05AM
60.51.37.9

ayuhak bepandiran online


sebenarnya semua tempat ibadah bagi uslim adalah masjid...cuma disebelah benua arab dia tak panggil maasjid..dia panggil jamek..( gamek )

dalam feqah..bila suatu tempat itu diadakan solat jumaat maka dia termasuk dalam masjid..walaupun bangunannya kecik sebesar surau dia tetap masjid..maka sahlah beriktikaf dalam masjid yg kecik itu..termasuklah menunaikan solat tahiyatul masjid boleh aje kalau disurau kalau nak buat kerana dia juga adalah rumah allah..kita tetamu allah maka kita memang patut tahiyat ( hormat ) pada tuan rumah (allah)

kita jugak kena ada kesedaran sebenarnya surau atau dalam bahasa arabnya musollah adalah kata nama tempat yg kalau diterjemahkan dalam bahasa malayu bermaksud tempat solat..maknanya satu ruang kecik untuk kemudahan muslim yg nak solat ditempat2 awam tertentu cthnya stesen ketapi ataupon lapangan terbang...sebab itu musollah atau surau ini dalam bahasa inggerisnya dipanggil prayer room dan bukan mosque...

siapa yg cipta surau di kampung2 ini..?
sudah tentulah penjajah yg bermula pada zaman stanford rafless (muballigh kristian) yg dihantar oleh kementerian tanah jajahan british untuk menyediakan laporan berkaitan sistem undang2 dan pendidikan islam yg kuat ditanah melayu ketika itu..setelah laporan dikeluarkan..satu kertas cadangan dikemukakan untuk british campur tangan dalam urusan pentadbiran undang2 dan pendidikan di tanah melayu..maka pendidikan melayu yg berteraskan islam dengan mengguna pakai sistem pondok meletakkan asas masyarakat bernukleuskan masjid..masjid menjadi pusat kegiatan masyarakat dan dekat dengan islam..setelah british menubuhkan sekolah pertama (penang free school) kemudian sekolah melayu maka sistem pendidikan agama diasingkan ke sebelah petang dengan pembiyayaannya adalah dari masyarakat itu sendiri berbeza dgn skolah melayu yg ditanggung belanjanya oleh british..itulah mulanya istilah sekolah agama rakyat..brtish mengorak langgah dengan mewujudkan sistem pentadbiran daerah, kemudian mukim dan kampung...otomatiknya pentadbiran agama jugak dibahagikan mengikut negeri daerah mukim dan kampung..maka pejabat agama daerah yg kini kita pusakai adalah kesan dari jajahan british..brtish buat macam itu untuk control masjid jadi dibuat undang2 tentang jenis2 masjid..masjid negeri, daerah, mukim dan kampung...asas inilah yg meletakkan satu kamping hanya satu masjid dalam banyak2 kampung dalam satu mukim satunya dipilih sebagai masjid mukim dan dalam banyak2 mukim salah satunya dipilih sebagai masjid daerah dalam dalam banyak2 daerah..daerah yg merupakan pusat pentadbiran negeri dipilih sebagi masjid negeri dan untuk menghormati raja dipilih pulak satu masjid sebagai masjid diraja..sedangkan dalam islam hendaklah masyarakat membina masjid dahulu baru penempatan maka dalam sekuarang2nya 160buah rumah satu masjid..40rumah kiri masjid 40rumah kanan masjid 40rumah depan masjid dan 40 rumahbelakang masjid...dalam lingkunagn 4hala itu mesti akan ada berpuloh2 rumah lagi..sebab itulah masjid dahulu berkesan mendidik masyarakat sebab pusat organisasinya dimasjid..apa2 hal pegi masjid...maka apa jadi pada masjid yg dianggap kecik dan tidak dipilih sebagai masjid kampung..british dgn mudah menanamkan pada kita bahawa itulah yang dipanggil SURAU...!!!

WALLAHUA'LAM.

Friday, October 17, 2008

Kenyataan khas Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-215

Harakahdaily
Fri | Oct 17, 08 | 7:59:04 am MYT


KUALA TERENGGANU, 17 Okt (Hrkh) - Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 yang berlangsung di Istana Maziah di sini semalam mengeluarkan satu kenyataan akhbar khas berhubung beberapa perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bernama melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat dua hari itu yang berakhir hari ini dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Berikut adalah salinan penuh kenyataan akhbar khas berkenaan yang dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini.

"Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

"Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

"Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

"Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak paus hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

"Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakarang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

"Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

"Justeru, adalah perlu Majlis Raja-raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Social Contract.

Social Contract ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar mempertingkatkan supaya isu berkaitan Social Contract tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

"Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era pra kemerdekaan, berfikiran dalam berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak Kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi Raja Berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

"Majlis Raja-raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

"Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

"Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara."

Kesemua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Turut hadir menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah berkata, perkara-perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang diPertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya telah dibincangkan dalam mesyuarat itu. - mks._

Tuesday, October 7, 2008

Azizi Abdullah Said...

Pertama kepada ANAK BAPAK:
Takbirrr!
Ketika Tuan Hj Yusuf Rawa menjadi Presiden Pas dulu, saya temuinya di Mekah dalam satu hotel penginapan. Saya kata kepada Allahyarham: Saya lebih suka Pas tidak menang. Biar selamanya begini.
Allahyarham marahkan saya. saya jawab. Pertama kata saya, jika Pas menang bererti pintu jihad kita tertutup. Saya lebih rela susah dan kalah dalam berjihad dari menang yang lagho.
Allahyarham ketawa. Hang pikiak Islam tu hak Melayu ke. Tolonglah berjihad dalam politik kerana Islam tu hak semua.
Masyaallah. Saya ingat sampai mati.
Kepada ANNISA,
Bagus dan saya tabek. Kesalnya saya kerana ramai salah anggap kat saya.
Maaflah
-AZIZI HJ ABDULLAH

http://aziziabdullah.blogspot.com/2008/09/badan-saja-pas-baju-keadilan.html

Saturday, October 4, 2008

aNaK BaPaK said...

chef said...

salam pada teman2 semua....
lama benor saya nak luahkan pendapat saya..saya faham perjuangan pas selama ini,,,iaitu menagakkan Al-Quran dan Sunnah sebagai asas perjuangan...tapi perlu ingat,,,dah 51 tahun ,,jiwa kita rakyat malaysia telah dirosakkan oleh BN.nak ubah dalam sekelip mata,,,nanti takut jadi kejutan pula...apa yg saya nampak,,,,pas bersama PKR dan DAP,ikut je apa yg DSAI plan,,,jangan bising dulu nak laksanakan idealogi PAS.dapatkan kuasa dulu perintah malaysia,,,buat perubahan secara berhemah, contohnya,,,kedai NO Ekor,jangan keluarkan statment terus nak tutup,lihat Lesen perniagaannya,bila mati,pastu beri peluang, sambung setengah tahun,tapi dalam masa yg sama, beritahu pengusahanya cari peluang perniagaan yang lain...jangan bising2,ingat undi pas yg dapat dalam PRU 12 lalu ramai dari kalangan bukan islam yg dah muak dengan UMNO & BN.kadang2 kita jangan terlalu ekstrem sangat.biarlah ubah seperti titisan air ketanah,,lama2 tanah tu berlubang juga,saya faham maksud Pak azizi,,,,org pas jangan tinggal kan tarbiah ahli,,teruskan memperkasakan perjuanagan.org bukan islam,kalau kita tak dekati macaman kita nak cerita tentang kemurniaan islam itu.dulu,nak terangkan prinsip perjuangan pas pada mereka, ramai yg mengelak,tapi contoh yang ada sekarang,kelab penyokong pas, boleh memainkan pemahaman kepada org bukan islam.
APA YANG PENTING SEKARANG,DAPATKAN KAUASA FEDERAL DULU,PASTU NAK BUAT PERUBAHAN,LAKUKAN SEPERTI AIR YANG TENANG,TAPI DASARNYA BERGELORA MENJUNJUNG HUKUM ISLAM.
*minta maaf jika apa yg saya katakan menyninggung sesetengan pihak.Wassalam

Anonymous said...

Tentera kuning hasil set up kami, tetiba Anwar nak jadi hero, loud spoken lagi nak lakukan perhimpunan sedemikan rupa sekali lagi.
Pigidah!

Kami patuh selama mana pimpinan suruh kami patuh, kami juga akan tinggalkan Anwar sekiranya pimpinan menyuruh berbuat sedemikian.

Lihatlah cermin duhai pembaca semua.Kepimpinan manakah yang paling hampir dengan Rasullullah?

i love ulama more than Anwar.

-peminat setia lagu-lagu dhuat-

jamaludinmdisa said...

Persoalan kita untuk sama-sama menjatuhkan UMNO-BN.Kuasa zalim itu akan terus bermaharajalela,mencekam dan menindas rakyat selagi pembangkang bercelaru.Selagi pembangkang bercelaru selepas ini rakyat akan kembali semula kepada UMNO-BN.Saya sedih kerana pembangkang sering tidak dapat memantapkan saf perjuangan.Macam nama kita boleh menyumbangkan kekalahan UMNO?

Kalau kita masih ragu dengan permaufakatan pembangkang.Maka tidak harus kita persalahkan UMNO-BN lagi kalau mereka terus melakukan penindasan dan kezaliman. Kalaulah kita sering berbalah seribu tahun lagi
PAS jangan mimpi dapat mengalhkan UMNO-BN dalam pentas demokerasi.

layarilah ke blog saya http://jamaludinmdisa.blogspot.com/

jamaludinmdisa said...

sdr azizi!

kalau macam ini kaedah kita sampai bila kita dapat mencapai kemenangan. Kalau kita mahu merintis kejayaan dan kemenangan untuk mengalih pemerintahan sekarang. Kita kena tumbangkan UMNO-BN dulu. Kalau kita asik sama-sama mempertikaikan antara kita, siapa lebih kuat, siapa lebih berhak dan siapa lebih layak.Pakatan tidak akan dapat bersatu dan UMNO-BN akan terus serakah parti-parti politik pembangkang kerana selama itu parti pembangkang akan diperkotak-kotik oleh parti pemerintah.Pendekatan PAS sudah 50 tahun lebih.Lihatlah apa hasilnya??.

Apakah kita boleh berbangga sekadar masuk pilihan raya letak calun, kemudian lawan. Sebaliknya yang menang dan memerintah UMNO-BN. Yang kaya dan memunggah kezanah negara serta menindas dan zalim terus kekal berkuasa. Apakah ini yang kita mahu?

Pokoknya sekarang kita misti tumbangkan UMNO-BN. Soal di kalangan pembangkang siapa lebih kuat dan berkuasa itu akan ditentukan sesudah BN dapat dikalahkan.Justeru amatlah malang sekali kita dalam PAS mempersoalkan siapa lebih berhak dalam situasi kita masih tidak apa-apa kuasa.Kalau inilah sikap kita seperti badan PAS pakai baju keadilan terus dipersoalkan, maka sampai bila kita dapat menumbangkan BN?

Soal kita sekarang siapa yang mampu merubah landskap politik negara. Apakah ustaz Hadi,apakah Lim kit Siang , karpal singh, Nik aziz. Ikon-ikon ini tidak pernah bersatu pendapat dan tidak mungkin mereka manpu membenankan UMNO-BN ke dasar bumi. Tetapi Anwar ada harapan kearah itu kalaulah kita bersama-sama dengan beliu. oleh itu andainya kita masih mahu bertelagah di kalangan orang-orang PAS siapa lebih kuat dan siapa lebih hebat malah siapa lebih berhak dalam menerajui pakatan rakyat, percayalah bukan UMNO-BN yang sudah bernafas dalam nyawa-nyawa ikan dapat dinyahkan dari persada politik negara.Sebalik pembangkang sampai bila pun tidak akan merasai nikmat untuk memerintahn Malaysia.

Justeru itu kita tumbangkang BN dulu.Kezaliman mistilah terlebih dahulu dihancurkan. Selepas UMNO-BN nazak. Terserahlah siapa yang lebih kuat dalam pakatan rakyat akan menguasai keadaan. Macam mana kita nak jadi PM kalau PAS tidak mempunyai kerusi yang mencukupi.Rasional hendaklah diterima oleh orang-orang PAS. Pokoknya kita sudah mengalahkan BN.
Inilah yang hendak kita laksanakan terlebih dahlulu.Bukannya berhenti sejenak digoda saitan ditengah perjalanan menuju kemenangan dengan menyoalkan "Badan PAS tetapi baju Keadilan". Pada saya tidak berbangkit apa itu semua yang pentingnya UMNO-BN mistilah ditumbangkan terlebih dahulu. Itulah cita-cita saya dalam perjuangan di negara ini.

layarilah ke blog saya http://jamaludinmdisa.blogspot.com/

aNaK BaPaK said...

nak tanya sdra chef..kita nak kena tunggu dapat kuasa dulu baru nak amal islam ke nak amal islam dulu baru dapat kuasa? pendapat sdra tu adalah ulangan dari apa yang UMNO/BN sebut dahulu-kala..namun pada hakikatnya mereka TIDAK MAHU KEPADA ISLAM !!!!

sdra jamaludin md isa..saya kira sdra ni orang tak sedar dirilah..kekuatan parti dah tentulah terletak pada jenteranya yg sanggup berkorban nyawa dan harta..jentera PKR tak setanding dengan jentera PAS...kekuatan rohani ahli parti apatah lagi..lagipun bila saya jenguk bolg saudara maka nyatalah saudara seorang yang ta'sub pada anwar..tak apalah..sama2 menolak kezaliman..tapi sdra kena fahamlah bahawa apa yg hj azizi tulis bukan ditujukan pada rakan2 PKR..ia adalah muhasabah kepada AHLI2 PAS yang mana mereka ini sebagai ahli pas dituntut untuk menambahkan ilmu islam,menghiasi akhlak dengan akhlak islam..berjuang kerana islam bukan kerana manusia bukan kerana tok guru atau anwar..berjuang kerana allah dan konsep bai'ah dalam jamaah..maka ahli PAS mestilah berbeza sikap,pandangan,pendirian dan akhlaknya dengan parti lain khususnya UMNO dan PKR jugak..sdra janganlah risau pasal Pakatan Rakyat..resolusi pas dah putuskan untuk menguatkan lagu hubungan dan kekuatan pakatan ini..cuma PAS mahu ahli2 menjadi ahli2 yang berkualiti dari segi amalannya..aqidahnya..akhlaknya..itu saja..amalan,aqidah dan akhlak tak adedalam parti lain melainkan PAS aje..soal pakai baju lain itu sinis sdra yang berpengalaman menulis pun tak reti tentang bunga2 bahasa..janganlah panik dengan bahasa..pas ada dasar ada tarbiyahnya..selagi dia ahli pas..dia wajib patuhlah dengan akhlak dan adab yang pas arahkan..takkanlah jadi ahli pas yang mendokong islam tapi pakai seluar pendek sebagai mana ahli PKR yg boleh pakai seluar pendek..maka pas nak bagi beza lah sikit imej orang2 pas yang tunduk pada undang2 allah..tak payah tunggu berkuasa nak laksana islam pada diri sendiri..yang muslimat pas takkanlah pas nak biarkan mereka tu tak pakai tudong macam wanita PKR boleh saja tak pakai tudong..kena bagi bezalah parti yang mendokong islam ni kena ikut islamlah..itu saja..sdra pun tau..bila ahli pas buat benda tak senonoh..yang dapat nama buruk..islam juga lah..secara automatiknya bila ahli PAS jaga akhlak islamnya tak kira lah akhlak bersama masyarakat ke..akhlak berjamaah ke..akhlak dengan manusia ke..akhlak dengan haiwan ke dan yang paling penting akhlak dengan allah..maka manusia yang asalnay tak suka islam atau manusia bukan islam pun akan melihat bahawa islam itu rupa-rupanya baik.., jadi dalam tulisan hj azizi tu sebenarnya nak ahli2 pas kembali kepada cara hidup islam yang sebenar maka dia tak sebutlah pasal PKR,,dia sebut pasal ahli PAS,..yg saya heran ahli parti lain dok menyalak kat sini buat apa???eh..peliklah sdra jamaludin mdisa yg boleh mengarang buku dah tentu arif dengan bahasa tapi tak faham bahasa orang lain..

Soal pakatan pembangkang bercelaru tak timbul..kecelaruan PKR dan DAP tentang Islam sebenarnya yang menimbulkan masalah. Kalau PKR dan DAP faham tentang islam.., insya-allah..pakat nak tegak islam belaka. Tapi dah tak faham..PKR dengan dasar sekular sosialisnya dan DAP dengan dasar Sekular kapitalisnya.., langsung tak nak tanya PAS apa sebenarnya Islam yang PAS perjuangkan..jadi celarulah..pas konsisten dengan pendiriannya dengan Islam maka pas bukanlah penyebab kecelaruan kerana pas amat yakin bahawa hanya islam yang dapat memberi manusia itu keadilan dan kebajikan. terpulanglah pada parti lain nak menilainya..tapi kalau saudara kata 50tahun lebih pas berjuang tapi tak berjaya.., apakah kerana islam yang pas bawa..??? kalau ikut pandangan disiplin sains politik yang berpegang pada prinsip bahawa nak dapat kuasa mestilah memperjuangkan kehendak majoriti maka kita ubah dasar ikut majoriti..apakah pas mesti buang dasar islamnya maka dalam muktamar tahunan akan datang pas mesti pinda perlembagaannya dengan membuang dasar islam kepada dasar sekular dan menukarkan sumber hukum dari Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak 'Ulamak dan Qias kepada Perlembagaan persekutuan yang jelas bersifat sekular dan ahlinya menolak kezaliman dengan mendapat kemurkaan allah??? saya tak pasti ahli2 PKR suka dengar semua ini tapi itu tak penting yang penting ahli pas mesti kembali faham dan insaf tentang perkara ini..!!!!


saya hormatlah pendirian sdra jamaludin yg berazam menumbangkan UMNO/BN..kami pun sama..cuma kami berjuang menumbangkan mereka bukan semata2 marah atau benci pada mereka atau bukan kerana dendam kot2 lah dulu pernah masuk UMNO ke..tak dapat itu ini last2 keluar UMNO dan menentang mereka..tidaklah..kami ni menentang kerana arahan allah untuk menetang parti yang anjur kemungkaran dan menolak kebajikan dan keadilan..dalam erti kata lain kemungkaran disisi allah dan keadilan jugak kebajikan yang islam anjurkan sebab tu lah PAS buat motto..islam untuk semua..PAS untuk semua..tapi dalam berjuan pun biar ada akhlak lah..solat tak boleh tinggal..zakat jangan tak bayar..jangan pakai seluar pendek...yg perempuan wajib tutup aurat..jangan curik selipar kat mesjid atau pisang ke tebu ke kat tepi jalan..jangan rasuah walaupun kecik2..jaga pandangan..banyakkan bersedekah..banyakkan berdoa..sampailah ketahap berkorban harta, masa dan nyawa dalam nak tegakkan islam bukan carik nama..kan semua yg diatas tadi tu adalah perkara yg allah marah..bila allah marah maka allah bagi dosa bila mati besok masuk neraka..pas nak didik ahli2 nya walaupun berjuang tapi dosa pahala kena ingat..halal haram kena ingat..bila hati dan jiwa kita bersih dari maksiat dan dosa kan allah akan tolong kita dan permudahkan kerja2 kita..tak ke gitu?? hati pun tenang..mungkin sdra pikir ini remeh..yg penting tumbangkan UMNO/BN..kami ni dalam pas pun tengah berjuang bersama2 kamu nak tumbangkan UMNO/BN..tapi dalam masa yang sama kami jugak sedang berjuang menumbangkan nafsu dan dosa dalam diri kami..!!!!