About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, September 29, 2008

Respon Kepada Abdrahim Kassim ( BADAN SAJA PAS BAJU KEADILAN-Hj Azizi Abdullah )

abdrahim kassim said...

Sdr. Azizi'

Minta maaf, saya nak tambah tulis sikit lagi..

dan Sdr. Anak Bapak,

Silap besar kalau saya dikatakan taksub pada Anwar atau saya penyokong atau ahli parti PKR.

Didikan beliau tidak pernah saya lupa tetapi bila dia masuk UMNO sayalah antara yang pertama menentangnya.

Bila dia disepak dari UMNO saya bersimpati dengannya. Bila dia tubuh PKR saya tidak mahu berdamping dengannya.

Takut kena "tipu" lagi bang...Dia terlalu pandai..., nanti hati kita yang sakit.

Cuma saya suka tengok cara Anwar berpolitik. Dia punya keupayan mencaturkan politik Malaysia ini.
Ketangkasannya "bersilat" boleh menyebabkan orang lain huru hara.

Kita jangan letakkan Islam itu sebagai penghalang atau alasan untuk meletakkan diri kita ditengah-tengah masyarakat.

Bagaimana kalau saudara-saudara bayangkan, Anwar yang menjadi Presiden PAS sekarang ini?

Bukankah keadaanya berbeda?

Inilah yang saya maksudkan tentang PAS itu. Kesempatan yang ada sekarang, tidak merupakan peluang kepada PAS.

Begitulah juga pada tahun 1988 bila UMNO berpecah dua, PAS tidak mampu kehadapaan mengambil hati orang-orang Melayu, sebaliknya terpaksa berbontot dengan Semangat 46. Akhirnya ditinggalkan....

Sekarang ini pun begitu juga setelah dua puluh tahun. PAS masih memainkan peranan yang sama.Entah esok, entah lusa ditinggalkan lagi...

Memang kita boleh bercakap. Kalau ditinggalkan pun, PAS tetapi terus berjuang.

Tetapi itu adalah ungkapan bagi orang-orang yang lemah dan tidak progresif. Sedangkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang sifatnya mesti dinamik, sentiasa maju kehadapaan.

Wallahu'alaam...




aNaK BaPaK said...

sdr abdrahim kassim...

saya kira sdr pun boleh baca dengan jelas matlamat pas ditubuhkan utk saudra buat satu perbandingan dasar perjuangan masing..

"Cuma saya suka tengok cara Anwar berpolitik. Dia punya keupayan mencaturkan politik Malaysia ini.
Ketangkasannya "bersilat" boleh menyebabkan orang lain huru hara."

pendapat saya;
terus terang saya katakan saya tidak suka dengan corak cara dia berjuang..tapi kami sama2 menolak kezaliman..dalam pas kami ditarbiyyah dengan akhlak islam..nak berpolitik pun kami wajib memastikan bahawa apa sahaja keputusan dan tindakan yg akan dibuat adalah berdasarkan islam..peraturannya..pegangannya dan akhlaknya..anwar boleh buat apa sahaja jenis silat untuk menghuru-harakan musuh dengan apa cara sekalipun..tapi ingat bukan semua perkara bertepatan dengan akhlak...dengan syari'at..dengan akidah..anwar dah jelas tak ada komitmen langsung untuk menegakkan islam melainkan hanya keharmonian berugama sebagaimana yg termaktub dalam perlembagaan persekutuan yg jelas terbatas peranan islamnya itu..


islam mengaharamkan suatu perkara yg menghalalkan cara..nak berkawan boleh walaupun kawan itu menolak islam..tapi kami berkawan dalam konteks menentang kezaliman dan menegakkan keadilan..sebab itu dalam islam ada kaedah yg dipanggil;


"at-ta'aawun 'ala mattafaqnaa wa tasamuh 'ala makhtalafnaa fiihi"


berkerjasama dalam bendan yg kita setuju dan bertolak ansur dalam perkara yg kita tak setuju..


fokus tulisan tn hj azizi dan tujuan saya menulis bukan lah nak bermusuh dgn PKR tapi fokusnya kepada ahli PAS yg lupa tentang peranannya sebagi ahli pas yg sentiasa menginsafi diri bahawa kita hidup didunia ini untuk menjaga amanah yg diberikan oleh allah iaitu menegakkan islam yang bersifat adil kepada seluruh umat manusia dalam masa yang sama ahli pas mesti perbaiki diri mereka dengan akhlak,mendalami asas islam..kenal erti dosa pahala, halal haram.., nikmat dan azab kubur, hitungan amal dihari qiamat,siksa neraka dan nikmat syurga..kerana ahli PAS wajib faham bahawa kita bukan sekadar berpolitik dan bergerak semata2 nak balam dendam dan benci kita kepada UMNO/BN..tapi sebenarnya adalah menyahut seruan allah yg maksudnya;


"wahai orang2 yg beriman, peliharalah dirimu dan ahli2 mu dari azab neraka"


seruannya adalah untuk memperbaiki diri dan amalan kita dan dalam masa yg sama untuk menyeru kepada orang2 yang masih "beriman" dengan fahaman sekular khususnya ahli umno agar meninggalkan fahaman khufarat itu dan menjaga keimanan dan akhlak mereka dari buat perkara yg dimurkai allah..termasuklah juga ahli2 pas yg dah malas nak berprogram..malas nak mentarbiyyah diri..dah tak suka nak sebut pasal islam tapi nak bejuang aje..agar kembali kepada matlamat pas yg memperjuangkan islam..dasar2 islam..sisitem islam..ini semua dasar2 yg cukup terang dan takan berubah dan mestilah pelik dan amat kasihan sekali kepada mereka yg dah duduk dalam pas..tapi tak ada pengisisan dengan ilmu tiba2 meninggalkan PAS yg jelas matlamatnya dgn menyertai PKR yg kabur matlamatnya..tak ubah seperti melalui jalan yg terang dengan lampu..tetapi kona kot jalan lain yang gelap...

"Kita jangan letakkan Islam itu sebagai penghalang atau alasan untuk meletakkan diri kita ditengah-tengah masyarakat"


saya rasa PAS dengan dasar islamnya tak pernah menjadikan islam sebagai penghalang atau jadikan alasan intuk meletakkan diri kita ditengah2 masyarakat..cuba tengok bila pilihanraya..yang jadi jentera turun ditengah2 masyarakat untuk penchulaan pemilih..pergi ke satu rumah ke satu rumah berkempen berdakwah..yang berani buat macam ni jentera PAS..yang mengawal lalu lintas ceramah pemimpin PKR pun Unit Amal!!!!jadi tak benar kalau sdr kata kami ini menjadikan islam sebagai penghalang untuk bersama2 dengan masyarakat..atau maksud saudara menjadikan islam untuk bersama2 lebih teguh dengan Pakatan Rakyat..yang sentiasa tak senang dengan islam yg pas perjuangkan ialah dari DAP dan PKR lah..siapa lagi..DAP dan PKR lah yg dibayangi takut dengan bayang2 sendiri dan terus menyerang pndirian dan prinsip PAS..PKR dan anwar sendiri bersikap bisu bila DAP serang pendirian PAS..maka apakah komitmet anwar dengan islam..atau cuma hanya kosmetik sahaja? kami berjaya menembusi kawasan2 pengundi cina dan india dengan bantuan Kelab Penyokong PAS..mereka inilah yg menjadi jentera PAS ketika pilihanraya dan terus memberi komitmen dengan PAS dan yakin bahawa Islam itu adil untuk semua manusia..yang pelik orang islam pulak lari dai nilai2 islam..jadi PKR kena insaf dan pegilah pada DAP untuk jelaskan tentang islam yg PAS bawa..maka sekarang siapkah yang menjadikan islam sebagai penghalang untuk bersama masyarakat? PAS membawa imej islam dan takkan tinggalkan dasarnya bila turun dengan masyarakat sedangkan PKR rasa kalau buat macam PAs nanti orang tak sokong PKR...maka saya lebih rasa bahawa saudara sendiri yg rasa terhalang dengan islam..saya tak tahulah komitmet sudara dengan islam untu dijadikan asas negara..tapi biasanya yang tak suka sgt atau ragu dgn islam dia sendiri rasa takut untuk bawa islam ke tengah masyarakat???

"Bagaimana kalau saudara-saudara bayangkan, Anwar yang menjadi Presiden PAS sekarang ini?"

saya nak kata kalau anwarlah yg jadi presiden PAS..apakah dia boleh buat sesuka hatinya untuk buat keputusan dan bertindak sendiri..dah tentu tak boleh..pas ada dasar..ada undang2 tubuh yang jelas mesti bergerak atas dasar islam..PAS ada majlis syura 'ulamak PAS yg berfungsi untuk menjelaskan suatu perkara yang rumit dalam soal dasar pas..sebab tu saya nak saudara kaji balik dasar dan matlamat PAS ditubuhkan..maka anwar kalau jadi presiden hatta musrsyidul 'am PAs sekalipun..dia tetap terikat dengan islam dan dia wajib menunjukkan komitmennya dengan islam dan dia mesti bercakap ke arah menubuhkan negara islam...kalau tak dia akan melanggar undang2 tubuh parti dan keluar dari akhlak islam..sekali lagi saya tegaskan..PAS ada dasar dan peraturan...siapa sahaja yg jadi pemimpinnya wajib dia taat kepada undang2 tubuh dan dasar parti...rujuk komen saya yang lepas tentang dasar dan matlamat PAS...

"Begitulah juga pada tahun 1988 bila UMNO berpecah dua, PAS tidak mampu kehadapaan mengambil hati orang-orang Melayu, sebaliknya terpaksa berbontot dengan Semangat 46. Akhirnya ditinggalkan...."


saya tak setuju kata PAS tak mampu kehadapan mengambil hati orang melayu...kalau macam tu kenapa PAS dapat menawan dan membentuk kerajaan dinegeri kelantan pada tahun 1990 sampai kini? kena sedar bahawa S46 lah yang tinggalkan PAS sebab tak dapat pisah dengan perangai UMNO nya..dia yg tak mahu islam...jadi yg komited dgn islam maka dia bersama PAS dan yg tak mahu islam macam rais yatim dan KuLi maka dia msuk UMNO balik..tapi PAS masih dihati rakyat kelantan..tahun 1998..PAS lah pelopor menyatukan parti2 pembangkang dan NGO2 untuk menolak kezaliman UMNO/BN..sehingga wujudnya barisan alternatif..PAS terus dapat undi tegarnya dan pengundi atas pagar (non partisan) mengundi pembangkang..PASdapat tawan terengganu dan banyak kerusi parliman yg kini (pru12) ada kerusi yg dikorbankan kepada PKR..tapi yang tinggalkan PAS siapa kalau mereka yg tak mahu islam..PAS tak pernah tendang siapa2..tapi siapa2 yg menolak hubungan dengan PAS..termasuklah UMNO!!! inilah maknanya PAS satu parti yang ada prinsip..mempertahan dasar islamnya walaupun ditendang dan dimurkai manusia seluruh dunia..ingat..nabi nuh a.s..berjuang berdakwah selama..950 tahun yg menyokong nabi nuh tak sampai 100orang...!!!


Jawab Respon Abdrahim Kassim ( BADAN SAJA PAS-BAJU KEADILAN ) Hj Azizi Abdullah ..,

abdrahim kassim said...

Sdr. Azizi,

Di sinilah kalau kita nak lihat kehebatan Anwar. Kalau tidak orang tidak kata, Anwar ini burung atas pokok pun dia boleh panggil turun.

Kehebatan Anwar ini bukan sahaja dikagumi oleh anak-anak muda PAS tetapi juga orang-orang Cina dan India.

Kalau pemimpin PAS ada ilmu yang dipakai oleh Anwar itu dah lama dah PAS memerintah Malaysia ini.

PKR tidak sampai sepuluh tahun ditubuhkan tetapi dapat sambutan yang begitu hangat. Sedangkaan PAS lebih tua dari UMNO tetapi sentiasa sahaja ikut bontot orang lain. Akhirnya kena tipu...

Saya rasa PAS ini kena pastikan betul-betul apa yang dia mahu perjuangkan. Nak jadi parti politik ke, nak jadi badan dakwah sahaja ke atau nak jadi apa?

Bila mereka sudah dapat jawapan yang betul-betul, barulah PAS ini boleh kuat mengatasi parti-parti lain.

aNaK BaPaK said...

saya rasa saya nak jawab lah kepada sdr abdrahim kassim..

"PKR tidak sampai sepuluh tahun ditubuhkan tetapi dapat sambutan yang begitu hangat. Sedangkaan PAS lebih tua dari UMNO tetapi sentiasa sahaja ikut bontot orang lain. Akhirnya kena tipu..."

memanglah tak sampai sepuloh tahun tetapi dapat sambutan yg hebat..itu diukur dari segi kerusi yg dia menang..berapa kerusi parlimen dan DUN yg PAS korbankan kepada PKR atas dasar tahalluf siyasi..sampai kawasan yg PKR tak ada cawangan langsung pun PAS tetap bagi atas perjanjian kuota agihan kerusi Barisan Alternatif ketika itu..berapa ramai ahli dan jentera PAS yang berkorban harta tenaga dan masa untuk membantu memenangkan calon PKR dan DAP keran ini adalah arahan dari pimpina dan kami dengar dan kami taat kerana dia adalah tuntutan dalam berjamaah yg melibatkan dosan dan pahala..yang jadi PACA..(polling agent & Counting agent) berapa ramai ahlu dan jentera PAS??? kalau nak kira hebat dalam konteks dapat kuasa..UMNO lah yg hebat sebat dia belum kalah di peringkat persekutuan lagi..PAS dah 12 kali menyertai pilihanraya, pernah kalah pernah menang dan sering diuji dan dilanda fitnah dan pernah bebpecah pun..inilah kematangan PAS yg pernah melalui semua situasi ini..kami ni dudok dalam PAS berfikir..apa sahaja kerja politik yg kami buat semua adalah untuk menepati keredhaan allah buakn sekadar semangat..normal lah bila manusia dizalimi dia akan bangun menentang kezaliman dan berjuang menegakkan keadilan..orang dah sedar dah sekarang ini maka berpusu2 orang sokong siapa sahaja yang menentang kezaliman kerana kepada merekalah nak disandarkan suara tak puas hati itu..maka adakah PKR sahaja nak dabik dada bahawa perti merekalah yang dapat sambutan hebat..??? sdra jugak katakan PAS asik ikut bontot dan akhirnya kena tipu..saya rasalah..PAS dah macam tertipu dengan PKR pulak..apa pendirian PKR terhadap nak tegakkan islam..? tak ada..apa pendirian PKR nak cegah kemungkaran yang bermula dengan akhlak..? tak ada..bahkan marahkan PAS pulak sebab PAs bantah konsert mas idayu di shah alam..apa pendirian PKR dalam dan suruh kepada perkara makruf..?? tak ada..tengok..berapa kerat pimpian PKR tak kiralah peringkat tertinggi atau ahli biasa..tak ada komitmen langsung dalam program2 tarbiyyah masyarakat...yang saya nampak..PKR hanya berjuang atas dasar bencikan UMNO yg zalim sahaja..baguslah benci kezaliman..besok kalau UMNO dah tak zalim..apa jaminan PKR nak tegakkan islam pulak sedangkan UMNO dan PKR perlembagaannya sama sahaja..dasar sekular..tapi PAS tetap berkawan dengan PKR dan DAP kerana sama2 tentang kezaliman atas kaedah tahalluf siyasi..ini yang raai tak paham..saya sendiri agak sedih bila mutakhir ini PKR macam dah buat tak heran dengan jentera PAS..ahli2 PAS..maklumlah dah berkuasa..lupa segala2nya..betullah kata sdr abdrahim kassim..PAS akhirnya kena TIPU..kena TIPU dengan PKR...!!!

sdra abdrahim kata;
"Saya rasa PAS ini kena pastikan betul-betul apa yang dia mahu perjuangkan. Nak jadi parti politik ke, nak jadi badan dakwah sahaja ke atau nak jadi apa?"
saya rasa sdr abdrahim lah yang kena pastikan betul2 apa yang diperjuangkan oleh PAS dan PKR..dah tentu PAS yang berdiri atas dasar islam..cuba kamu bezakan perlembagaan PAS dan PKR/UMNO..cuba baca ini;

BAB YANG KEDUA ( Dasar dan Seruan ) ;

FASAL 3. Dasar PAS ialah ISLAM

FASAL 4. Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR


BAB YANG KETIGA ( Tujuan, Usaha, Hukum dan Kekuasaan )

FASAL 5. Tujuan PAS ialah :-

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.


FASAL 6. Usaha-usaha :-

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah Rasul-Nya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menajadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keIslaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkuatkan ukhuwah Islamiah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan oranga-orang perseorangan bagi mengenali dan memahami serta memperjuangkan konsep dan padangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik dan keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selamanya ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaumdi negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan undang-undang negara bagi mecapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan keluar.


FASAL 7. ( Hukum dan Kekuasaan )

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

haa..itulah apa yang nak diperjuangkan oleh pas dalam lingkungan islam..PAS tak boleh bergerak diluar batasan islam kerana islam ada syariatnya ada batas2 iman dan kufurnya..kami sedang berjuang menetang kezaliman dalam masa yang sama kami pastikan kehidupan kami sentiasa diredhai allah..kami tak berpegang pada matlamat menghalalkan cara..

sdra abdrahim kata lagi..nak jadi parti politik ke jadi badan dakwah sahaja..sdr...islam dan politk jugak dakwah takkan dapat dipisahkan..kami bukan jenis agama suku politik suku..PKR ye..politik dan agama dipisahkan..rujuk balik perlembagaan PKR..dakwah dan tarbiyah islamiyyah adalah asas dalam gerakkerja PAS..buat apa ahli berjuta tapi banyak yang kufur kepada allah..buat apa kita dapat kuasa tapi kita korbankan islam semata2 nak dapat undi dan sokongan sedangkan mati besok kita akan ditanya dihadapan allah..atau PKR tak ambil kisah tentang semua ini..maka kalau nak persoal apa yang PAS perjuangkan..kaji lah dulu dasar yang pas perjuangkan..bandingkan dengan dasar yang kamu perjungkan..PKR pun berjuang sebab nak anwar jadi PM aje..yg lain..kalau merintah pun dia tetap sekular macam UMNo jugak cuma baik sikit dari UMNO..tapi..perangai UMNO tak boleh tinggall ye lah..sampai ada ahli PKR tiba2 bila menang diselangor berebut2 nak tubuh cawangan sebab nak jadi ketua kampung lah katakan...!!!

Anonymous said...

Kepada Abdulrahim Kasim
Sdra salah seorang yang termasuk senarai orang fanatik dan taksub. Saya, walaupun kagum dan menyokong Anwar, tetapi tidaklah sampai begitu taksub.
Bahaya taksub dalam perjuangan. Bahaya taksub kepada pemimpin. Keduali satu, kepada Rasulullah.
Azizi Hj Abdullah

Anonymous said...

Saya minta mana2 ahli PKR atau penyokong PKR tampil menjelaskan dasar PKR di sini. saya nak tahu sejauh mana pemahaman mereka tentang dasar yang mereka perjuangkan.

Saya percaya ramai penyokong PKR yang masih kabur atau tidak tahu langsung dasar perjuangan parti yang disokong mereka.

Mereka2 ini bagai ekor keretapi yang tidak tahu hala-tuju kepala dihadapan. Jika Laluan diubah, nescaya mereka juga ikut berubah tanpa usul periksa.

Ayuh...jelaskan dasar PKR....kerana ia adalah dasar perjuangan yang anda dokong...

-TARANTULA-

Lagi Respon ;BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN -Azizi Hj Abdullah.

aNaK BaPaK said...

kesimpulannya disini..memang ramai yg tak mahu diri di tarbiyah ubtuk menjadi lebih baik..lebih takutkan allah..lebih mengenali maksud iman..lebih sedar betapa apa sebenarnya islam dalam hidup kita..saya rasa inilah dia suara2 mereka2 yg memang jauh dari tarbiyah,..nak ajak solat jemaah pun susah..patutlah yahudi berkata kepada pemuda islam di palestin.."selagi solat subuh umat islam tidak seperti solat jumaat..jangan harap kamu akan dapat menewaskan kami lagi..!!! begitu juga ketika rasulullah pergi berperang..hanya mereka yang banguntahajjud sahaja yg rasulullah benarkan keluar berperang..apakah maksudnya semua ini..maksudnya kekuatan kita yg sebenar adalah islam, iman dan taqwa juga doa..maka kekuatan berdasarkan semangat tanpa memperbaiki diri agar lebih beriman dan bertaqwa kepada allah adalah kekuatan yg amat sementara..bila habis semangat habislah perjuangan..

maka tidak hairanlah ada yg keluar dari PAS..ya dalam hatinya buat apa nak usrah, pergi kuliyah, pengajian dan program tarbiyyah yang lain..berjuang tegak keadilan sudahlah..inilah natijahnya..benar bukan nak suruh jadi ulamak semua..tapi kita kena ingat bahawa merekalah (ulamak) orang yang mewarisi kerja2 para nabi..dan allah sendiri berfirman " sesungguhnya yang takutkan ulamak dari kalangan hambaku adalah ulamak" dewan ulamak berperanan untuk mencorak dan menggerakan program tarbiyah bukan nak suruh jadi ulamak..tapi nak suruh kita lebih kenal tanggungjawab kita dengan allah dan rasulullah..

tulisan tuan haji azizi ini adalah muhasabah ruhiyyan dan jasadiyah..kita dah makin jauh dengan islam inilah hakikatnya..kita tak jadikan akhlak sebagai ukuran dalam tindakkan kita..kita dah tak minat nak dengar dasar2 ilmu yg digariskan allah dan rasulnya..inilah kelemahan kita..kekuatan berdasarkan semangat kita takkan kemana..takkan kemana?? septutnya sebagai ahli jemaah kita patut rasa bersalah kalau kita sendiri tidak mentarbiyah diri kita dengan program yg ada..berapa ramai yg lebih utamakan kerjaya dengan pandang sinis golongan2 veteren yg menyeru nkepada tarbiyah..ingat..kita kalau tak hadir mesyarat cawangan kalau tak ada sebab yg munsabah..sudah dikira berdosa..ya..ini bukan nak salahkan sesiapa..tetapi kenapa kita tak pernah rasa bersalah..kenapa..kerana kita tak ajar diri kita untuk ingat bahawa dalam hidup kita takkan terlepas darri dosa dan pahala..kalau golongan profesional kata golongan ugamawan tak berfikir secara profesional..kenapa golongan yg bangga dengan profesional tak mahu dalami tentang dasar2 islam dari agamawan..kenapa sungguh2 suruh golongan2 agamawan terbuka minda sedangkan ada golongan yg bangga dengan profesionalnya itu tak mahu terbuka hati mengikut program2 tarbiyah...patutlah sampai ada yg tak mahu bersama sengan program ini kata..payahlah..nak mengorat awek pon tak boleh!!! inikah jenis manusia yg nak kita lahirkan??? saya secara terbuka agak terkilan dengan mereka2 ini yg tak mahu mendidik hati dengan tarbiyah tapi salahkan ahli2 jemaah yg menegur dengan istilah menghukum dan menyalahkan..bukankah itu suara yang sama dikeluarkan oleh umno dan golongan sekular yg lain...!!!!???

saya amat risau kiranya sekarang didalam jemaah PAS makin ramai lahir abdullah bin ubai bin salul...saya amat risau..mohon allah hindarkan dari bala sekularisasi dalam PAS...!!!!

aNaK BaPaK said...

kesimpulannya disini..memang ramai yg tak mahu diri di tarbiyah ubtuk menjadi lebih baik..lebih takutkan allah..lebih mengenali maksud iman..lebih sedar betapa apa sebenarnya islam dalam hidup kita..saya rasa inilah dia suara2 mereka2 yg memang jauh dari tarbiyah,..nak ajak solat jemaah pun susah..patutlah yahudi berkata kepada pemuda islam di palestin.."selagi solat subuh umat islam tidak seperti solat jumaat..jangan harap kamu akan dapat menewaskan kami lagi..!!! begitu juga ketika rasulullah pergi berperang..hanya mereka yang banguntahajjud sahaja yg rasulullah benarkan keluar berperang..apakah maksudnya semua ini..maksudnya kekuatan kita yg sebenar adalah islam, iman dan taqwa juga doa..maka kekuatan berdasarkan semangat tanpa memperbaiki diri agar lebih beriman dan bertaqwa kepada allah adalah kekuatan yg amat sementara..bila habis semangat habislah perjuangan..

maka tidak hairanlah ada yg keluar dari PAS..ya dalam hatinya buat apa nak usrah, pergi kuliyah, pengajian dan program tarbiyyah yang lain..berjuang tegak keadilan sudahlah..inilah natijahnya..benar bukan nak suruh jadi ulamak semua..tapi kita kena ingat bahawa merekalah (ulamak) orang yang mewarisi kerja2 para nabi..dan allah sendiri berfirman " sesungguhnya yang takutkan ulamak dari kalangan hambaku adalah ulamak" dewan ulamak berperanan untuk mencorak dan menggerakan program tarbiyah bukan nak suruh jadi ulamak..tapi nak suruh kita lebih kenal tanggungjawab kita dengan allah dan rasulullah..

tulisan tuan haji azizi ini adalah muhasabah ruhiyyan dan jasadiyah..kita dah makin jauh dengan islam inilah hakikatnya..kita tak jadikan akhlak sebagai ukuran dalam tindakkan kita..kita dah tak minat nak dengar dasar2 ilmu yg digariskan allah dan rasulnya..inilah kelemahan kita..kekuatan berdasarkan semangat kita takkan kemana..takkan kemana?? septutnya sebagai ahli jemaah kita patut rasa bersalah kalau kita sendiri tidak mentarbiyah diri kita dengan program yg ada..berapa ramai yg lebih utamakan kerjaya dengan pandang sinis golongan2 veteren yg menyeru nkepada tarbiyah..ingat..kita kalau tak hadir mesyarat cawangan kalau tak ada sebab yg munsabah..sudah dikira berdosa..ya..ini bukan nak salahkan sesiapa..tetapi kenapa kita tak pernah rasa bersalah..kenapa..kerana kita tak ajar diri kita untuk ingat bahawa dalam hidup kita takkan terlepas darri dosa dan pahala..kalau golongan profesional kata golongan ugamawan tak berfikir secara profesional..kenapa golongan yg bangga dengan profesional tak mahu dalami tentang dasar2 islam dari agamawan..kenapa sungguh2 suruh golongan2 agamawan terbuka minda sedangkan ada golongan yg bangga dengan profesionalnya itu tak mahu terbuka hati mengikut program2 tarbiyah...patutlah sampai ada yg tak mahu bersama sengan program ini kata..payahlah..nak mengorat awek pon tak boleh!!! inikah jenis manusia yg nak kita lahirkan??? saya secara terbuka agak terkilan dengan mereka2 ini yg tak mahu mendidik hati dengan tarbiyah tapi salahkan ahli2 jemaah yg menegur dengan istilah menghukum dan menyalahkan..bukankah itu suara yang sama dikeluarkan oleh umno dan golongan sekular yg lain...!!!!???

saya amat risau kiranya sekarang didalam jemaah PAS makin ramai lahir abdullah bin ubai bin salul...saya amat risau..mohon allah hindarkan dari bala sekularisasi dalam PAS...!!!!

Komen Saya ;BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN -Azizi Hj Abdullah.

aNaK BaPaK said...

salam..,

tuan haji azizi..saya rasa hanya yang benar2 faham tentang dasar perjuangan dan tarbiyah PAS sahaja yang faham tentang tulisan tuan ini..masih ramai lagi dikalangan kita ini berjuang kerana semangat dan bukan kerana allah..satu cabaran kepada PAS untuk melipatgandakan usaha mengajak sebanyak mungkin ahli2 pas menyertai program2 tarbiyah yang modulnya dah lama dah pun disediakan oleh dewan ulamak pas pusat.pas negeri dan pas kawasan..namun saya kembali berfikir..sekian banyak program yg diatur..apakah akan ada pertambahan bilangan ahli2 pas yang menyertai program ini..? dan yang peliknya mereka yang tiada mentarbiyah diri inilah yang akhirnya menimbulkan masalah pada PAS dan akhirnya seperti yang tuan haji kata "badan saja PAS-baju keadilan"!!!! realitinya kini ramai ahli2 pas yg tiada pentarbiyahan ini lebih suka ceramah bersifat umum..seronok dengar umno kena hantam tapi ceramah yang kena atas batang hidung sendiri dari segi akhlak umpanya dipinggirkan...kenapa mereka ini tidak bersama dalam kuliyah pengajian..majlis tafaqquh fiddin, usrah..liqa' fikri...atau solat hajat peringkat cawangan atau kawasan..?? mana perginya mereka ini?? bagi saya PKR tetap dengan dasar sekularnya yg tiada bezanya mereka ini dengan umno ( yg membezakan cuma umno zalim dan PKR melawan kezaliman ) dan kita boleh berkawan dengan dia..dan saya yakin PKR bukan suatu jamaah mengikut syarak yang mana tuntutan berjamaah ini sepertimana sabda rasulullah s.a.w ;


"barang siapa yg mati dalam keadaan dirinya tiada berbai'ah kepada jemaah, matinya mati dalam keadaan jahiliyyah!!!"

saya pasti kawan2 kita yang islam duduk dalam PKR tak setuju dengan hadith ini.tapi setuju tak setuju inilah hakikatnya..hakikatnya dah ramai ahli pas bukan takat badannya keadilan..aqidah pun dah dekat dengan sekular!!!

Komen Saya ; BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN..

aNaK BaPaK said...

salam...

Isu fokus disini ialah untuk ahli PAS..untuk ahli PAS..,

PAS bukan sekadar parti politik tapi hanya menggunakan jalan politik untuk menegakkan Islam..PAS adalah jamaah.., menyertai jamaah suatu kewajiban untuk menolak kemungkaran dan menegakkan kebenaran. Setiap yang wajib itu berdosa meninggalkannya dan diberi pahala jika melaksanakannya dan dia jugak akan menentukan samada mati besok kita akan diberi oleh Allah syurga atau neraka..

Oleh itu PAS adalah suatu Jamaah Islam yang berdaftar dengan jabatan pertubuhan sebagai parti politik untuk menyertai pilihanraya yang dasarnya islam dan hanya boleh bergerak dalam lingkungan yg dibenarkan oleh Islam..dan ahli-ahlinya wajib menjadikan kehidupannya beriman dan takut kepada arahan Allah. Itulah sebenar-benarnya yang ahli PAS mesti faham..maka ramai yg masuk pas kerana semangat. Semangat kerana melihat PKR lebih "berkuasa" dengan masa yang singkat maka perjuangan ditinggalkan seoalah-olah perjuangan Islam sudah tidak releven lagi..

Apakah kita berpolitik atau berjuang menolak dan menentang kemungkaran dan kezaliman anjuran UMNO/BN semata-mata kerana marah dan benci kepadanya maka kita nak lepaskan kemarahan kita dengan semata-mata menumbangkannya dan bukan kerana mahu menyampaikan mesej dakwah, iman dan Islam??..jelas inliah kelemahan orang PAS berbaju PKR. Kita dituntut oleh Allah Ta'ala menolak parti yg mungkar dan zalim kerana ini adalah arahan Allah Ta'ala dan Rasulnya, bahkan keutamaan dalam akhlak itulah yang terlebih baik seperti yg digambarkan oleh Rasulullah S.A.W dalam satu hadithnya yang mafhumnya ;

"Ada satu golongan manusia diberikan allah kelebihan kepada mereka untuk terus masuk kedalam syurga. Maka malaikat yang menjaga pintu syurga itu pun bertanya; apakah amalan kamu yg menyebabkan kamu diberikan Allah kelebihan ini? maka jawab mereka ini. "kami ketika berada didunia..bila kami dizalimi kami sabar, bila kami berkuasa kami memaafkan mereka yang pernah menzalimi kami"

"Bersabar ketika dizalimi dan memaafkan mereka yang zalim ketika berkuasa." Bukankah itu keutamaan dalam perkara akhlak. ahh..!!! Pasal akhlak, pasal ibadah, pasal iman & islam lah yg ramai ahli pas jadi baju PKR..ye lah..

Ya lah kan..duduk dalam PAS sebagai ahli jama'ah kena ikuti program usrah.., bangun malam untuk tahajjud dikala manusia lain sedang nyenyak tidur..,liqo' fikri.., tanzhim.., muhasabah.., kuliyyah tafaqquh fiddin.., baca ma'thuraat..,banyakkan solat sunat.., banyakkan bacaan tentang asas2 islam..syariatnya aqidahnya akhlaknya.., mu'amalah antara laki dan pompuan..maka ahli PAS yang tak mahu semua ini dah tentu akan lebih dekat pada PKR.., tak solat pun takpe.., nak pakai seluar pendek pun takpe.., yang perempuan tak nak pakai tudung dan dedah sana-sini pun takpe..boleh sembang2-sembang dan borak-borak sambil bertepuk-tepuk engkau aku dengan awek-awek PKR atau kacau-mengacau atau mengorat puteri-puteri UMNO tepi-tepi jalan pun boleh.., tak payah 'imarahkan masjid dan surau kampung di sendiri.., tak payah berzikir ingatkan Allah Ta'ala.., tak payah selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W..., semua tu tak payah asalkan bekerja menegakkan keadilan dan menolak kezaliman, kita zalim dengan tuhan tak apa.., itu kita dengan tuhan...!!! Ya itulah sebenarnya yang mereka mahu. Tengoklah program-program pemantapan shakhsiyyah dan dakwah anjuran PAS kawasan mana2 pun.., berepa kerat sahaja yang datang menghadirinya..??? yg sebok bercakap pasal itu ini pimpinan tak kena itu ini pun golongan inilah kebanyakkannya..!!!

Menegakkan keadilan.., mana-mana dan siapa-siapa pun manusia itu bila berhadapan dengan manusia yang zalim lagu angkuh memanglah dia akan berusaha tegakkan keadilan.., tapi keadilan dari siapa...??? keadilan tafsiaran siapa..??? keadilan tafsiran manusia atau yang digariskan oleh Allah Ta'ala..??? Ya.., jelas mereka yang mengkritik tuan penulis ( Hj. Azizi Abdullah ) adalah mereka yangg suka mendengar ceramah yang menghentam UMNO/BN semata-mata dari mendengar ceramah yang menuntut kita untuk bermuhasabah diri.., ingat dosa pahala.., tahu yang mana satu halal yang mana satu haram.., iktibar dari keadaan manusia di hari qiamat.., padang mahsyar.., timbangan amal dan seterusnya syurga neraka..ahh!!! banyak nye amalan yang nak dibuat..baik bebas macam PKR..berjuang menegak keadilan macam PAS jugak..hahahaaaa!!!! itu lah yang sebenarnya...!!!!

Maka memang ramailah yang akan meninggalkan PAS dan menyertai PKR ( tak mustahil ) kerana mereka tiada faham tentang kepentingan iman, ilmu dan 'amal dalam jamaah..kepentingan tuntutan Allah dan Rasulnya dalam jamaah.., kepentingan tarbiyyah diri kepada menjadi lebih dekat dan takut melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala.., kepentingan berdakwah menyatakan tentang cantiknya Islam.., kepentingan amal jama'ie.., kepentingan berkorban harta dan nyawa untuk jamaah, dan yang paling penting adalah tanggungjawab kita dengan Allah. Semua ini seolah-olah menyusahkan dan tak perlu bagi mereka.., maka dia dah jadi tak ada bezanya dengan UMNO..(PKR dgn UMNO sama sahaja sekularnya..bezanya PKR pembangkang & UMNO pemerintah yang zalim) Alahhh..!!! aku solat jugak.., puasa jugak.., haji jugak.., berjuang jugak.., ikut arus lah katakan...ya..ikutlah arus..maka dalam hati mereka bahawa PAS yang menjadikan Islam sebagai dasar bukan mengikut arus lagi..Islam kena ikut arus bukan arus ikut Islam..!!! Maka apa bezanya dia dgn UMNO???

saya menulis respon ini agar mereka yg jadi ahli PAS macam saya jugak supaya sedar bahawa..kita berjuang bersama jamaah adalah atas dasar iman dan taqwa (ada jugak ahli PAS baju PKR tak suka sebut iman taqwa ni) maka kerana iman ( yakin dengan al-quran dan hadith ijmak ulamak dan qias ) dan taqwa ( takutkan allah..takut meninggalkan arahannya dan takut melakukan larangannya )semuanya mesti berpegan pada islam..biarlah mereka yg tak paham pasal islam sokong PKR..kurang2 dia menolak UMNO/BN..maka kita boleh berkawan dengannya selagi dia tak menolak kita..kita yg islam ini eloklah tambah kefahan tentang islam..duduk dalam pas dan tarbiyyah diri kita kenmudian dakwah pada yg lain..bukan apa..rasulullah dan pesan;

"barang siapa yang mati tetapi tidak berbai'ah pada jemaah..maka matinya dalam keadaan jahil"

wallahu a'lam.

Petikan Artikel Azizi Abdullah ; BADAN SAJA PAS - BAJU KEADILAN


-Azizi Hj Abdullah.

Memang muakpun melihat ramai ahli-ahli Pas, terutama kalangan anak-anak muda, apabila berbadan Pas tetapi berbaju Keadilan. Sesekali semacam hendak menyindir betapa aqidah kepartian mereka sangat senang digoncang hinggut oleh pengaruh apa yang dianggap ‘reformasi’. Bagaimanapun maksud sedemikian tidak jadi apabila berpegang kepada seruan pemimpin tentang perlunya menafikan 2/3 BN. Pembangkang perlu disokong.

Termasuklah saya pun, selalu tergila-gila menyertai ceramah KeAdilan, menyumbang sesuatu tetapi kerana badan sudah tua, kerja seperti Unit Amal saya tidak lakukan.

Jika mahu mengimbau kembali Pilihanraya Permatang Pauh 26hb Ogos 2008, sebenarnya telah kelihatan ramai ahli-ahli Pas semacam sudah menjadi ahli Keadilan, malah mereka lebih Keadilan dari Pas, mabuk rasa mabuk nama. Mereka seperti Mat Rempit menaiki motosikal dengan baju KeAdilan, lambang dan bendera KeAdilan lalu singgah di markas-markas KeAdilan dan Pas. Lagak mereka, mereka telah merengkuh habis berbakti kepada KeAdilan.

Ketika berselisih dengan rakan-rakan (ketika ini sudah tidak ketahuan lagi yang mana Pas yang mana KeAdilan) sangat payah hendak membeza yang mana orang KeAdilan dan yang mana orang Pas. Mereka akan melaung dan menjerit ‘Reformasi’ dan bukan lagi ‘Allahu Akbar.’

Yang lebih mendukacitakan, ketika Pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu, ada ahli-ahli Pas lebih menumpukan kerja buat, gerak amal, mencula undi dan tercongok di Pondok Panas KeAdilan lebih dari Pas, jika kawasannya calon Pas tetapi kawasan sempadannya calon KeAdilan.

Yang lebih malang pula apabila seorang YB KeAdilan yang cuba memperjuangkan maruah Islam atas nama sebagai individu Islam, membantah kepada kumpulan yang hendak merosakkan perjalanan undang-undang Islam, lalu Parti KeAdilannya hendak mengambil tindakan, orang-orang Pas ini juga marah-marahkan kepada calon tersebut.

Terakhir, dari mulut ke mulut mereka impikan peralihan kuasa melalui KeAdilan (PKR) dan apabila ada pemimpin Pas berceramah, mereka akan merungut dan membeber mulut jika pemimpin Pas mengupas soal Peperangan Kubra atau Nuzul Qur`an dalam kontek politik kini, kerana pemimpin Pas itu tidak mengulas dengan penuh semangat bagaimana peralihan kuasa dan kewibawaan Dato’ Seri Anwar menjadi pemimpin.

Contoh yang digambarkan di atas bukan atas niat cemburu atau sakit hati atau menidak pentingnya kejayaan PKR. Sebaliknya kerana hendak menyambung apa yang diucapkan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang ketika berucap di perhimpunan Nuzul Qur`an di Kompleks Pas Kota Sarang Semut pada malam 17 Ramadan yang lalu.

Memanglah Presiden Pas itu tidak membuat gambaran seperti senario di atas. Bagaimanapun kerana sikap dan gaya begitu, budaya baru ahli-ahli Pas, maka Presiden mengingatkan begitu.

Sangat penting apabila Presiden Pas mengingatkan semua ahli-ahli Pas agar tidak terlalu terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru hingga sanggup mengenepikan ideologi parti itu untuk menubuhkan sebuah negara Islam.

Yang lebih penting dan perlu diingat ialah bagaimana perlunya konsisten dengan dasar perjuangan, jangan lari dari jemaah.

Kemungkinan jauh di sudut hati Presiden, kebimbangannya ialah tidak mahu berlaku kepada ahli-ahlinya yang kononnya sudah mantap dengan aqidah perjuangan, jadi seperti peperangan Uhud; kerana sesuatu, meninggalkan medan perang sehingga lupa kepada pesan pemimpin.

Memang apa yang digambarkan di atas berlaku bukan saja ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pauh pada 26 ogos yang lalu, sebaliknya berlaku di mana-mana ketika pilihanraya ke 12 yang lalu.

Begitulah seperti kata pepatah; lebih sudu dari bubur, berat rantai dari beruk yang ditunjukkan oleh sesetengah ahli Pas apabila berhadapan dengan parti PKR malah PKR sendiri selalu mendabik-dabik dada pula terhadap Pas apabila dilihat pengaruh mereka lebih kuat dari Pas, sedangkan tenaga kerja, sehinggalah menampal postar tetap bergantung kepada Pas.

Saya berpengalaman dalam soal ini ketika Pilihanraya ke 11 yang lalu, apabila menjadi Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) dalam menghadapi pilihanraya dan ini berulang dalam pilihanraya ke 12 dalam kawasan di mana calon PKR bertanding.

Kita dapati semangat dan roh, dasar malah prinsip Pas benar-benar susut. Ahli-ahli Pas seperti menjadi ahli baru KeAdilan. Mereka berbangga.

Kita menyebut ini bukan bermaksud menghulur pisau untuk mencantas tali hubungan dan meretak Pakatan Rakyat. Tetapi kita mesti ingat, bagi mereka yang beragama Islam, yang belajar sedikit sebanyak asas agama, apabila memasuki parti, mereka pasti memahami dasar perjuangan, dasar partinya dan itulah pasak pegangan politiknya.

Manakala soal menyokong pakatan untuk menafikan 2/3 majoriti BN soal lain, tetapi bukan menggadaikan dasar dan aqidah politik dari sudut agama yang dipegangnya. Ini soal “ Roditu Islama Dinna!” atau "Kami redo Islam itu agama kami!” Ini bererti jika dalam soal lain, kita sokong menumbangkan BN tetapi dalam masa yang sama kita tidak rela gadaikan Islam.

Inilah soalnya dan inilah yang diperingat oleh Presiden Pas.

Tetapi malang, sebahagian besar pengikut Pas, malah sesetengah dari kalangan pemimpin Pas sendiri sudah terikut-ikut, terbawa-bawa malah sampai menjadikan Penasihat Parti Keadilan sebagai ‘anak angkat’ dan bukan mustahil sebagai ‘anak emas’ pula.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, selaku Mursyid Am kelihatan lebih berat condongnya, lebih tebal fanatiknya terhadap Presiden Parti Keadilan walaupun tidak merestui 100% dasar perjuangan Parti PKR.

Tetapi Tuan Guru lupa, menyokong berlebihan, mengeluar kenyataan yang hebat-hebat sama dengan menyokong dasar perjuangan Anwar Ibrahim. Ini bukan soal kebenaran Dato' Seri Anwar dalam menghadapi fitnah, tetapi ini soal kebenaran dasar parti.

Kenapa membolehkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menegur Mustafa Ali dan menegaskan Mustafa, sama ada sebagai penganalisis politik atau Pengarah Strategi Pilihanraya adalah sama. Jika teguran ini benar, benarlah juga apabila kita memberi sokongan berlebihan kepada Anwar, bererti juga kita membenar dasar PKR.

Ini kesilapan kita. Ini tarbiah yang tidak disedari oleh Syura Pas ketika berhadapan dengan kebangkitan pengaruh Anwar, sehingga ahli-ahli Pas sudah jadi anak ayam lupa kepada ibunya lalu suka sangat kepada bapa itik.

Maka kerana itu, kita berpendapat teguran dan peringatan Presiden Pas di Kompleks Pas Kedah pada 17 Ramadan bukan saja sesuai tetapi sangat perlu dilihat oleh semua peringkat. Kita percaya Presiden sangat kuat mempercayai dan menyintai dasar Pas dan bimbang ahli-ahli Pas lupa tentang dasar sendiri.

Jika trend dan kecenderungan ini berlarutan, ditakdirkan pula PKR menerajui pemerintahan negara, saya sangat kuatir anak-anak muda malah ahli-ahli Pas sendiri yang kini sudah mulai menggilai Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berbondong-bongdong mengangkat bungkus minta dibenarkan mengemis di serambi rumah KeAdilan.

Apakah demi kerana kita mahu menafikan majoriti 2/3 BN atau terus menumbangkan BN maka Pas sanggup menggadaikan prinsip, dasarnya? Jika jawapannya tidak, maka Pas mulai sekarang, melalui pakar strategiknya, melalui penganalisa politiknya mestilah cepat membendung pengaruh ini, terutama di kalangan anak muda. Selain dari dasar dan prinsip agama, soal unsur sekular juga mestilah diambil kira.

Contoh yang paling mudah:
Bagaiamana mahu menarik anak muda supaya cenderung kepada pakaian jubah dari memakai kot? Kacaknya Anwar Ibrahim kerana tidak memakai jubah dan selekehnya bukan Anwar kerana serban dan jubah.

Kecenderungan kepada Anwar bukan kerana dasar partinya 100% tetapi kerana beberapa sebab. Di antaranya kerana simpati, ketokohan, berpidato yang tidak menjemukan. Apakah kerana pengaruh ini Pas tidak dapat mengawasi ahli-ahlinya dan jika mengawasi, dengan cara yang bagaimana?

Saturday, September 13, 2008

Penahanan Raja Petra, Teresa dan Tan memburukkan lagi rekod kerajaan

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang


PAS memandang serius beberapa siri tangkapan di bawah akta zalim ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dilakukan oleh pihak polis sepanjang hari semalam.

Dalam suasana negara baru sahaja meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 51, PAS merasakan sepatutnya pihak kerajaan sudah mula bergerak ke arah melupuskan sama-sekali akta zalim warisan penjajah ini.

Penahanan penulis dan pengkritik masyarakat Raja Petra Raja Kamarudin di bawah ISA hanya akan memburukkan lagi rekod kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

PAS merasakan sekiranya Raja Petra didapati telah melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang maka tindakan yang sewajarnya terhadap beliau adalah mendakwanya di mahkamah yang terbuka bagi mana-mana kesalahan yang dilakukannya dan tidak dengan menggunakan ISA.

Dalam waktu yang sama PAS turut mengutuk mana-mana pihak samada dari kerajaan atau pembangkang yang mengambil kesempatan mengapi-apikan isu perkauman dan keagamaan sehingga mencetuskan keresahan dan pecah-belah di kalangan masyarakat.

Mereka ini seharusnya diambil tindakan berdasarkan mana-mana peraturan dan undang-undang yang ada dan diberikan peluang membela diri di mahkamah.

PAS menyeru semua pihak agar bertenang dan tidak mencetuskan kekeruhan dikalangan masyarakat. PAS turut ingin menasihatkan pihak polis dan kerajaan agar memastikan yang kestabilan negara dan keharmonian masyarakat terus kekal dalam negara kita yang tercinta ini.

PAS turut merakamkan simpati kepada keluarga Raja Putra, wartawan Sin Chew Daily News Cik Tan Hoon Cheng dan ahli Parlimen Seputeh/ ahli EXCO Selangor YB Teresa Kok, semoga mereka dan ahli keluarga diberikan kesabaran dalam menghadapi situasi yang mencabar ini./wann

Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
(13 September 2008)

Thursday, September 4, 2008

Politik ugut Abdullah untuk sekat kerajaan baru

Mahfuz Omar

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius kenyataan Perdana Menteri dalam pembentangan Belanjawaan 2009 yang bertegas tidak akan melepaskan kerajaan kerana mandat telah diberikan rakyat kepada BN.

PAS berpandangan kenyataan ini adalah lambang sikap tidak demokratik Abdullah Badawi yang tidak mahu mengakui bahawa beliau sudah kehilangan kepercayaan parlimen untuk terus mengetuai kerajaan.

Jadi pendekatan yang berbau ugutan cuba digunakan ke atas wakil rakyat yang berhasrat meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru.

Kenyataan Pak Lah untuk terus mempertahankan kerajaannya itu telah ditafsirkan oleh pemerhati politik bahawa beliau akan menggunakan undang-undang darurat untuk mengisytiharkan MAGERAN atau membubarkan parlimen jika BN kehilangan majoriti di Dewan Rakyat.

Ini merupakan satu amalan politik yang tidak sihat dan terlalu gilakan kuasa. Apabila seseorang perdana menteri sudah tidak diyakini oleh penyokong sendiri, mereka mesti berundur, bukannya mengugut wakil rakyat supaya tidak melakukan sesuatu.

Bahkan, tindakan mereka yang hendak berhijrah " melompat " parti adalah suatu yang demokratik jika ia dilakukan dengan tujuan yang baik. Mandat yang diberikan oleh rakyat adalah supaya wakil mereka membela kepentingan rakyat, dan wakil-wakil rakyat BN mendapati BN bukanlah wadah untuk membela rakyat, sebaliknya untuk kroni dan keluarga Perdana Menteri. Untuk melaksanakan mandat rakyat mereka perlu berhijrah kepada Pakatan Rakyat dan meninggalkan BN.

Pak Lah cuba juga menggambarkan bahawa beliau berupaya untuk mendaruratkan negara ini atau membubarkan parlimen, sedangkan ia adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Pak Lah seolah-olah cuba memberi tahu rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong telah bersetuju dengan caranya dan Baginda akan tunduk dengan kehendak beliau.

PAS percaya bahawa Tuanku tidak akan mudah diperalatkan oleh BN dan PAS sangat berharap supaya Tuanku boleh memainkan peranan penting dalam menamatkan krisis politik ini.

BN cuba menjadi Yang di-Pertuan Agong sebagai alat politik mereka dengan menyuruh Tuanku membubarkan parlimen. Perkara ini tidak akan berlaku kerana Baginda terkenal dengan kebijaksanaan dalam pentadbiran seperti yang berlaku dalam krisis politik di Terengganu selepas pilihan raya lalu.

Tidak menjadi satu kesalahan untuk bertukar parti kerana ia adalah hak setiap wakil rakyat.

Tidak munasabah untuk seorang wakil rakyat berdegil dengan partinya walau tahu partinya sudah rosak. Bahkan, Umno/BN sendiri sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama dalam menjatuhkan kerajaan.

Pada 1961, Umno membeli wakil rakyat PAS untuk menjatuhkan kerajaan PAS Terengganu. Pada 1967, Umno melakukan sekali lagi di Kelantan, tetapi gagal. Kemudian pada 1994, kerajaan PBS di Sabah dijatuhkan dengan cara yang sama.

Adakah apabila giliran Umno melakukannya ia adalah demokratik, apabila parti lain yang ingin menjatuhkan BN demi untuk perubahan masa depan negara, maka ia dianggap tidak demokratik.

Jika demikian mengapa Umno/BN melakukannya di Kelantan pada 2004 dan Tajol Rosli melakukan di Perak menjelang 31 Ogos baru-baru ini?

Umno bertegas bahawa perbuatan memujuk wakil rakyat BN ini suatu perkara yang tidak bermoral, tetapi mereka sendiri melakukannya. Bukankah Umno juga berusaha memujuk PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyokong BN dalam isu muzakarah.

Bermoralkah Umno? Umno patut menilik pada diri sendiri sebelum mengatakan tindakan orang lain sebagai tidak baik. Pakatan Rakyat memujuk wakil BN berpindah kem adalah untuk kebaikan rakyat setelah BN terbukti gagal membela kepentingan rakyat. Sedang BN membeli wakil rakyat pembangkang untuk kepentingan dan survival politik sempit mereka.

PM juga sedang melakukan ugutan dengan menakutkan wakil rakyat BN. PM ini berusaha untuk melakukan ugutan yang baru iaitu melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) dan Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Dua agensi kerajaan ini sudah diarah untuk menyiasat mana-mana wakil rakyat yang terlibat dengan rasuah atau melarikan diri daripada membayar cukai. Mereka akan didakwa jika cuba melompat daripada BN.

Persoalannya, apakah apabila seseorang itu kekal dengan BN, dia mempunyai imuniti daripada undang-undang, sedang bila keluar sahaja, maka undang-undang akan berkuat kuasa ke atasnya.

Inikah yang dikatakan keadilan untuk rakyat? BN bukan sahaja mengugut wakil rakyat mereka demi kelangsungan kuasa Pak Lah, tetapi turut memermain-mainkan undang-undang.

Kerana itu, wakil rakyat BN yang ingin menyertai Pakatan Rakyat, mereka mesti melakukan dengan segera supaya kerajaan BN terus tumbang dan tidak lagi dapat memperalatkan jentera kerajaan untuk kepentingan politik mereka.

PAS berharap kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu dapat memainkan peranan untuk melindungi wakil-wakil rakyat BN yang ingin berhijrah ke Pakatan Rakyat bagi menjayakan pembentukan kerajaan baru bagi negara Malaysia yang lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara dan prihatin terhadap kepentingan dan kebajikan rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena,
Ketua Penerangan PAS Pusat.