About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, August 7, 2008

PAS bantah forum anjuran Majlis Peguam Malaysia

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Parti Islam Se Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam Malaysia untuk mengadakan forum bertajuk "Memeluk Islam" yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Ogos ini.

PAS mengakui bahawa hak kebebasan bersuara memberikan jaminan kepada semua pihak untuk berdailog dan berbincang berhubung isu-isu kepentingan umum, namun demikian isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan dipelihara oleh perlembagaan negeri-negeri.

Oleh itu PAS merasakan kiranya forum ini diteruskan ia nanti mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara. Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak.

Bagi PAS Islam adalah agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa (authority) kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.

Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.

Demi menjamin kestabilan dan hubungan antara agama dan kaum PAS menyeru pihak penganjur agar membatalkan sahaja forum berkenaan.

Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS)

7 comments:

sangkakala said...

Salam,

PAS memang wajar mengemukakan bantahan tersebut.

Tapi bagaimana badan dan NGO Islam yang lain, misalnya Persatuan Ulama Malaysia. Saya harap mereka juga akan membantah (kalau belum).

Batis Batagar said...

Majils Peguam diingatkan jangan talaluk wanik mancabar kewibawaan orang islam lukuk kainak katulahan..

Gagak di Rimba said...

Politik memang pelik. Apabila Majlis Peguam mengadakan forum "Memeluk Islam", parti politik yang menentang kuat ialah PAS dan PKR, di samping pelbagai NGO. UMNO/BN tidak menentang sangat, kecuali Datuk Zahid Hamidi.
Najib dan Syed Hamid Albar pun hanya memberi "nasihat".

Sebagai implikasinya, orang-orang bukan Melayu, sekurang- kurangnya sebahagiannya, mula kurang senang terhadap PAS dan PKR dan mungkin menarik balik sokongan mereka kepada PAS dan PKR.

Sebaliknya, UMN0/BN mereka lihat lebih toleran dan lebih liberal, dan kerana itu wajar di sokong.

Ada penulis blog, misalnya Tulang Besi, yang menyarankan supaya forum anjuran Majlis Peguan itu jangan dipedulikan sangat dan tidak diberi publisiti yang meluas.Kalau tidak diberi perhatian sangat dan tidak beri publisiti yang meluas, kesannya mungkin tidak ada apa-apa. Ia berlalu macam angin lalu saja.

Saya tidak tahu adakah pendapat ini betul. Tapi kita lihatlah apa implikasinya terhadap tindakan PAS dan PKR yang menentang forum itu begitu kuat.

Anonymous said...

I am a beginner who wish to learn before forex trading. Thank You.
[url=http://forexrobot-review.info]best forex software[/url] [url=http://komusin.pe.kr/bbs//zboard.php?id=board&page=2&page_num=20&select_arrange=hit&desc=&sn=off&ss=on&sc=on&keyword=&no=11087&category=1]unlock iphone[/url]

Anonymous said...

Being a complete computer nut, the idea of using a computer to evaluate current trends in real time and have it indicate the optimum buy and sell points, really makes sense to me. If you have had any experiences with automated software in the forex or similar trading platforms your answer will be of great interest to me
[url=http://forexrobot-review.info]best forex software[/url]

Anonymous said...

Im bored) lets play three word story =)

Three word story is a game in which a story is built by multiple people, who use three words each turn. It is a common favorite of forum gamers, since it is easy to explain and play in a linear, structured fashion. An example game goes as follows:
* A fat man...
* ... walked into a...
* ... car and it...
* ... was very painful...
* ... but he jumped...
* ... back up and...
* ... dug a really...
* ... small cave that...
* ... had two red...
* ... cats coming out...
* ... from some smoke...
* ... though a blue...
* ... streak speeds by...
* ... forcing twenty wayward ...
* ... evidences of fright...

ok =)?
Ill begin:

I opened the door...

Anonymous said...

27051.....2841