About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, July 30, 2008

UMNO dan ULAR, Jangan Pukul Ular, Pukul dan Belasah UMNO dulu..

Saya kira, ingin juga berkongsi pendapat dengan Sdr. Mohamed Hanipa Maidin, bekas calon Parlimen P.095 Tanjong Karang PRU12 dan saya adalah ejen pilihanraya/wakil calon bagi pihak beliau. Setelah saya baca dan mendalami apa yang telah dinukilkan oleh beliau bagi saya ternyata ada asasnya. Akhirnya saya berpeluang berjumpa dengan beliau atas urusan memulangkan kembali deposit calon yang dikreditkan oleh SPR kepada beliau untuk saya pulangkan duit itu kepada PAS Kawasan Tanjong Karang. Bersama seorang teman, Azrul Hafiz, kami duduk semeja sambil menjamu selera di Restoran Asam Pedas Mak Usu di Taman Sri Gombak.

Sudah pasti topik perbualan ketika itu tidak terlepas dari kontroversi yang timbul ekoran tulisan beliau yang boleh dikatakan kritikal. Sdr. Hanipa bertanya kepada saya, apakah pandangan saya tentang posting terbaru dalam blog beliau yang amat hangat dipasaran. Saya berkata bahawa, itulah suara hati kecil saya sejak isu ini timbul dan saya amat-amat berharap agar rasa hati yang sama ini dapat disalurkan ke dalam mesyuarat khas PAS Pusat hari Khamis 31hb Julai 2008 nanti.

Pada saya, tulisan seperti Hanipa amat-amat saya nantikan selain kenyataan-kenyataan rasmi oleh pimpinan PAS Pusat. Baru dua tiga minggu sudah saya berborak dengan teman-teman saya dengan membincangkan soal kemelut politik tanah air dan mengakui PAS adalah satu-satunya parti yang paling tenang. Kini keadaan amat berubah. PAS pada seminggu dua yang lalu tenang kini menjadi antara parti yang paling haru-biru akibat spin media UMNO/BN.


Nyatalah bagi saya UMNO telah berjaya mengambil kesempatan terhadap isu muzakarah atau muqabalah ini untuk survival politiknya. UMNO kehilangan sokongan kaum Cina dan India. Masalah dalaman UMNO yang meruncing menyebabkan ahli UMNO pening dan ada yang maninggalkan UMNO mengikut jejak Tun Dr Mahathir. Dalam keadaan ini UMNO perlukan tonik baru untuk mengembalikan kekuatannya. Maka PAS menjadi sasaran untuk merosakkan Pakatan Rakyat. Pak Lah nampak seperti berjaya melagakan Anwar dengan Najib. Pak Lah juga mungkin sahamnya dah naik sedikit kerana isu Katuanan Melayu. Maka giliran PAS untuk dirosakkannya.Saya pasti matlamat UMNO adalah untuk menarik balik sokongan umat Melayu kepadanya dalam masa yang sama mengajak masyarakat bukan Islam Cina atau India untuk meragui seterusnya membenci PAS.

Sebelum ini saya bersikap bersangka baik terhadap isu muzakarah UMNO/PAS ini. Manalah tahu dengan kuasa Allah ramai ahli UMNO menyertai PAS selepas itu. Saya tak pasti pulak kalau-kalau ada ahli PAS yang mahu jadi ahli UMNO. Setelah dinilai, nyata UMNO terus dengan sifat khianat dan pembohongnya. Kalaulah benar perjumpaan itu berlaku dan UMNO serius dengan pertemuan itu, kenapa tiba-tiba Pak Lah memecahkan rahsia pertemuan itu? Bukankah itu khianat? UMNO memang suka buat kerja khianat. Dato' Peri Presiden PAS pastilah orang yang paling terperangkap dalam soal ini. Jika dinafikan pertemuan itu berlaku maka ia jadi bohong, takkan ulamak tergamak nak berbohong terutamanya kepada hampir sejuta ahli yang dipimpinnya. Kalau mengiyakan pertemuan maka jadilah keadannya seperti sekarang ini. UMNO memuji-muji sikap PAS di dada-dada media arus perdana. Maka kali ini PAS menerima satu jenis fitnah terbaru ciptaan UMNO yang mungkin dicedok dari teknik menjahanamkan organisasi oleh Abdullah Bin Ubai Bin Salul yang pada masa dahulu pernah cuba menjahanamkan jama'ah pimpinan Rasulullah S.A.W. Mungkin Khairy arif tentang taktik ini.

Saya akhirnya bersetuju dengan Sdr. Hanipa bahawa UMNO adalah satu parti yang paling tidak boleh dipercayai. Hanipa menceritakan kepada saya petisyen DUN Simpang Empat yang difailkan oleh BN kepada PAS, bagaimana peguam bagi pihak BN sanggup berbohong di dalam makamah tentang poster yang digunakan oleh calon PAS ketika itu mendakwa PAS menggunakan poster yang tiada nama dan alamat penerbit di dalam poster tersebut. Semata-mata hanya hendak menununjukkan bukti bahawa nama dan alamat penerbit tidak ada dalam poster calon PAS, pihak BN sanggup menggunting bahagian bawah poster kempen tersebut sebagai bukti. Hanipa memberitahu saya bahawa nampak amat jelas kesan bahagian yang digunting dengan cara yang amat tidak profesional langsung. Sampai ke tahap itu UMNO/BN mahu menipu apatah lagi isu ini. Kalau dalam mahkamah yang ada hakim pun dia sanggup menipu, apatah lagi bila bertemu, takkan UMNO nak bercakap betul.

Prof. Zulkifli Muhammad pernah menyatakan di dalam pidatonya bahawa, suatu hari nati tidak mustahil Islam tertegak dengan sokongan masyarakat bukan Islam. Kenyataan tokoh PAS ini hampir menjadi kenyataan. Dengan kuasa Allah, hati manusia yang tidak pernah beriman kepadanya boleh memberi undi yang akhirnya memenangkan calon PAS khususnya di Selangor contohnya di Parlimen Shah Alam, Parlimen Kota Raja, Parlimen Kuala Selangor, DUN Meru, Dun Selat Kelang dan lain-lain kerusi yang mengandungi jumlah pengundi bukan islam lebih dari 20%. Berikutan permainan media UMNO terhadap kesilapan teknikal dari seorang dua individu PAS baru-baru ini sedikit sebanyak telah mengguris kepercayaan pengundi bukan Melayu/Islam terhadap jaminan PAS terhadap hak mereka sebagai manusia.

Pengundi bukan Islam sudah benci dengan UMNO. Mereka juga sudah benci dengan BN. Kaum India benci dengan MIC kerana berkawan dan berperangai macam UMNO. Begitu juga kaum Cina yang benci kepada MCA dan Gerakan kerana berkawan dengan UMNO dan berperangai huduh pun macam UMNO. Mereka menerima maklumat tentang PAS. Mereka sudah terbuka hati untuk menerima maklumat Islam yang sebenar yang selama ini diseleweng maklumatnya oleh UMNO dan BN. Oleh yang demikian PAS menawarkan alternatif baru kepada masyarakat bukan Islam bahawa hidup dalam sistem Islam lebih terjamin dari amalan demokrasi yang sedia ada sekarang.

Boleh jadi spin media bikinan UMNO menjatuhkan kredibiliti PAS di mata pengundi bukan Islam seperti yang dinyatakan oleh sdr. Hanipa Maidin di dalam blognya adalah berasas. Masyarakat India dan Cina amat benci kepada UMNO. Bila PAS digambarkan baik dengan UMNO oleh media UMNO, maka tempias kebencian masyarakat bukan Islam terkena juga kepada PAS. Kita bangga dengan sejarah PAS yang panjang penuh dengan ranjau onak duri yang mematangkan PAS tapi kali ini masyarakat lain boleh menganggap bahawa PAS adalah parti yang mudah sangat ditipu dan dijerat untuk mendapatkan hasil politik yang lumayan bagi pihak UMNO.

Saya yakin tujuan Sdr Hanipa Maidin menyuarakan pendirian peribadinya adalah untuk menyelamatkan PAS dari disalah ertikan oleh pengundi-pengundi bukan Islam yang telah memberi undi kepada PAS dan perjuangannya.Tulisan beliau juga adalah merupakan mesej jelas kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa PAS adalah parti terbuka dan memperjuangkan hak seluruh manusia menurut sisiten-sistem yang telah ditetapkan oleh Allah. Walaupun dia seorang yang memeganga jawatan tertinggi dalam parti, jika dia melakukan kesalahan, dia wajib ditegur dengan cara yang betul dan mengikut salurannya. Ada yang memberi komen bahawa Sdr Hanipa tiada akhlak dan tidak melalui jalan tarbiyah sehingga sanggup membuat kenyataan sepedas dan sepanas itu. Bagi saya, tindakan membelakangi keputusan ahli jawatankuasa PAS pusat yang nyata menharu-birukan parti adalah agak tersasar dari jalan tarbiyah. Mungkin kerana sifat manusia yang pelupa dan mereka terlepas pandang. Pada hemat saya mereka-mereka ini elok sahaja membuat satu kenyataan maaf secara terbuka kepada seluruh ahli, pimpinan dari semua peringkat, pengundi-pengundi PAS dan seluruh rakyat yang bersimpati dengan PAS atas kesilapan yang mungkin tidak disengajakan atau silap taktik.

Mungkin juga Allah Subhanahu Wa Ta'ala mahu memberi kita satu lagi tarbiyyah haraki yang baru kepada PAS dan mungkin ada kekauatan baru yang PAS akan perolehi selepas ini. mungkin juga Allah mahu seluruh ahli jamaah termasuk pimpinan bermuhasabah kembali agar kita lebih bertanggungjawab terhadap segala tidakan dan sikap kita yang nyata akan ditanya oleh Allah. Bahkan seluruh ahli kalaupun tidak penjelasan secara tuntas di dunia maka beringatlah kita semua penjelasan di akhirat tiada gunanya lagi. Mungkin juga Allah mahu kita bezakan wajah PAS dan jangan sampai sama dengan wajah UMNO yang sekular. Boleh jadi pengundi tak kira islam atau tidak dia itu akhirnya menganggap PAS dan UMNO sama sahaja lebih teruk mungin mereka menganggap PAS parti bodoh kerana terlampau baik dengan musuh sehingga dipatuk berkali-kali. Saya juga bersetuju dengan Sdr Hanipa bahawa lebih baik kita perkuat dan perkukuhkan Pakatan Rakyat dahulu sehingga Pakatan Rakyat benar-benar dapat bernafas dengan baik.

Saya kira cukuplah sekadar ini dibincangkan. Ikut nasihat Tok Guru Nik Aziz isu muzakarah ini tutup fail. Alhamdulillah Tok Guru kini berjaya membuat satu perangkap untuk UMNO pula tentang mengajak UMNO dan PAS dibubarkan kemudian ditubuhkan parti baru yang dasarnya Islam. Saya rasa ia adalah satu serangan psikologi yang cukup berkesan untuk melihat reaksi UMNO mempertahankan sifat dan dasar sekularnya. Segala komen-komen terhadap tulisan Sdr Hanipa saya tidak dapat menghukumnya kerana setiap manusia melihat suatu isu dari perspektif dan konteks yang berbeza terutama mereka yang berada diluar jamaah. Saya menganggap semua komen itu perlu dinilai, kerana saya yakin mereka sebenarnya sayang dan kasihankan PAS, satu-satunya parti yang dasarnya Islam dan perjuangannya hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Saf pimpinan juga wajib bertanggungjawab terhadap tindakannya di dalam dan diluar parti. Biar semua tindakan adalah berdasarkan keputusan mesyuarat untuk memudahkan pimpinan lain bertindak jika ada apa-apa hal yang tidak baik berlaku. Jika tidak, kita akan diharu-birukan seperti ini lagi.

Dalam otak saya berfikir ;

Kalaulah kita terjumpa ular dan UMNO di satu tempat...jangan ketuk ular itu, ketuk dan belasahlah UMNO dahulu..kerana nyata UMNO yang akan terus mematuk dan menelan kita dahulu dan bukannya ular.