About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, July 14, 2008

PAS Bukan Biro Agama Parti Sekular

Mungkin agak aneh jika direning sejenak tajuk di atas, PAS sebagai sebuah jama'ah Islam hanya bersifat biro agama mana-mana parti sekular. Bukan mustahil dan boleh jadi PAS bila-bila masa sahaja akan dijadikan sebagai biro agama mana-mana parti politik sekular yang mahu mengambil kesempatan terhadap kekuatan jentera PAS.

PAS adalah sebuah Jama'ah Islam. Berdaftar sebagai sebuah parti politik untuk menyertai pilihanraya. Tujuan PAS ditubuhkan ialah untuk memperjuangkan wujudnya di dalam pemerintahan negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hakamnya menuju keredhaan Allah. Untuk mencapai tujuan itu maka PAS sebagai subuah jama'ah wajib berusaha untuk mendapatkan kuasa pemerintahan negara deng menyertai pilihanraya. Untuk menyertai pilihanraya maka wajib bagi PAS mendaftar sebagai sebuah parti politik. Kalau berdaftar sebagai sebuah badan bukan kerajaan macam ABIM maka PAS tiada boleh bertanding dalam mana-mana bahagian pilihanraya dengan menggunakan lambang bulan penuh. Untuk menguasai parlimen PAS wajib menang majoriti kerusi parlimen. Tak dapat dua per tiga majoriti mudah pun jadilah. Untuk menang dalan mana-mana bahagian pilihanraya, PAS wajib mempersiapkan jenteranya. Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan wajib ditubuhkan. Ahli-ahli PAS pula wajib mengorbankan dirinya untuk menjayakan usaha PAS mancapai tujuan dan maksud PAS ditubuhkan.

Menegak dan menubuhkan negara yang melaksanakan Islam sebagai dasar serta membentuk masyarakat yang tunduk kepada Allah bukan satu perkara main-main. Ia adalah arahan Allah. Arahan Allah adalah wajib dipatuhi. Maknanya berjuang mengorbankan masa, tenaga, wang ringgit hatta yang paling bernilai di dalam diri manusia iaitu nyawa sekalipun akan dikorbankan semata-mata untuk memastikan diri setiap muslim itu benar-benar di atas jalan yang Allah redhai. Menolak arahan Allah adalah dikira ingkar. Manusia yang ingkar pula tergolong dikalangan manusia-manusia yang kufur. Siapa yang kufur maka terputuslah hubungannya dengan Allah. Maka manusia yang zahirnya muslim tetapi hatinya ingkar arahan Allah Ta'ala tergolong pula dikalangan manusia munafiq. Manusia yang munafiq matinya ia disisi masyarakat adalah muslim tetapi disisi Allah mereka adalah kafir dan akan menghuni neraka buat selama-lamanya bersama bapak munafiq Abdullah Bin Ubai Bin Salul.

Maka PAS adalah sebagai wadah dan platform untuk menegakkan Islam dan pemerintahannya. Islam itulah yang maha penting dan Islam itulah segala-galanya. Allah Ta'ala tidak berhajat atau perlukan manusia. Tetapi manusia amat berhajat kepada Allah untuk hidup kerana Allahlah yang menciptakan manusia, menghidupkan dan mematikannya. Islam tidak perlukan kepada manusia kerana hakikatnya manusia amat-amat perlukan Islam untuk hidup. Hanya Islam yang menawarkan pakej hidup yang maha lengkap kepada seluruh manusia tidak kira bangsa apa pun manusia itu, Arabkah dia, Melayukah dia, Cinakah dia, Indiakah dia, orang aslikah dia hatta orang eskimokah dia, Islamlah satu-satunya cara hidup terbaik untuk manusia dulu kini dan selama-lamanya sampailah dunia ini hancur lebur dilanda qiamat.

Maka ada pula kumpulan yang melihat semua ini sebagai ancaman terhadap dirinya. Tiada tahu apakah sebenarnya yang dia mahu dalam hidup ini. Mungkin sekadar ingin mencapau tahap masyarakat yang adil dan berkebajikan semata-mata tanpa melihat adil dan kebajikan itu mengikut kaca mata Allah Ta'ala yang sudah pun ada di dalam Al-Qur'an di huraikan pula oleh Rasulullah melalui kata-kata dan kehidupannya. Akal manusia amat lemah sifatnya. Maka sifat akal yang lemah tidak mungkin dapat mengungkap maksud sebenar keadilan dan kebajikan. Jika deberi peluang pada akal untuk mendefinasikan kebajikan dan keadilan, maka yang difikirkannya adalah kebajikan dan keadila pada dirinya sahaja bukan pada manusia seluruhnya. Tetapi Islam melatakkan keadilan dan kebajikan kepada seluruh manusia yang bernaung dibawahnya. Jika tidak dikhuatiri nanti dengan kuasa yang ada manusia akan menyeleweng dan mula menindas manusia yang lain. Seperti kisah Qarun, yang pada awal hidupnya adalah manusia yang taat dan beriman sungguh-sungguh pada Allah, namun setelah diberi kekayaan, berkawan dengan Fir'aun pula, maka dia jadi ingkar kepada Allah kerana akalnya dipimpin oleh nafsu serakah tambahan pula berkawan dengan Fir'aun dan Haman.

Oleh itu PAS mesti berkawan dengan sesiapa sahaja yang dikira boleh menguntungkan Islam. Berkawan tiada menjadi salah, yang salah ialah berkawan tapi lupa tuhan. Itu bukan sahaja salah malah dimurkai Allah Ta'ala. Persefahaman mesti dibentuk. Maka PAS wajib berdakwah kepada kawan-kawannya kearah faham Islam, faham apa itu Islam, faham apa itu sistem-sistem kehidupan Islam, sistem keadilan Islam, sistem kebajikan Islam dan seterusnya. PAS wajib fahamkan kawan-kawannya yang sekular dan sosialis agar tentang jaminan Islam tentang keadilan dan kebajikan Islam kepada seluruh manusia tanpa mengira apa spisis manusia pun dari mula manusia itu lahir sampailah manusia itu mati menemui Allah. Dalam masa yang sama juga pasti kawan-kawan sosialis akan fahamkan kepada PAS tentang dasar hidup sosislisnya, kawan-kawan kapitalis akan fahamkan PAS tentang dasar hidup kapitalisnya dan kawan-kawan Sekularis akan fahamkan PAS tentang dasar hidup sekularisnya. Mereka semua akan minta kepada PAS untuk menerima dan faham matlamat perjuangan mereka yang jelas menolak peranan Allah dalam hidup atau mengambil sebahagian peranan Allah dalam hidup dan menolak sebahagian peranan Allah dalam hidup.

Semua itu tidak menjadi masalah jika PAS terus berusaha bermati-matian memberitahu kepada kawan-kawannya yang tidak percayakan Allah atau percayakan Allah separuh-separuh bahawa PAS telah pun faham semua itu sudah sekian lamanya. Oleh kerana PAS faham bahawa apa yang mereka bawa itu tidak membawa PAS kepada redha Allah maka PAS menolak konsep masyarakat dan negara yang menolak Allah secara total atau menolak Allah sebahagiannya. PAS berpendirian bahawa kehidupan manusia memerlukan Allah dan Rasul-Nya. Manusia seluruhnya perlu kepada petunjuk dan bimbingan wahyu Allah dan nasihat Rasul-nya. Menghormati kawan-kawan adalah baik. Tapi kalau menggadaikan Islam kerana nak dapat kawan macam UMNO buat adalah tidak baik disisi Allah. Demikian jika kawan-kawan sekular mintak faham prinsip meraka, maka mereka juga mesti faham prinsip PAS. PAS pula wajib fahamkan kepada mereka tentang kedudukan kita di atas muka bumi ini. Kita hidup di atas muka bumi Allah, kita makan rezeki kurniaan Allah, kita minum air yang diturunkan oleh Allah, kita sedut udara yang Allah cipta bahkan kita mesti ingat bahawa Allahlah yang menghidup dan mematikan kita semua. Kepada kawan yang tiada beriman kepada Allah, wajib bagi PAS fahamkan mereka kedudukan mereka serta jaminan bahawa nyawa, akal, kehormatan, harta serta amalan serta ajaran agama mereka adalah terjamin dan tiada manusia yang boleh menceroboh hak-hak asasi mereka secara bathil. Fahamkan kepada mereka undang-undang Islam menjamin hak mereka untuk beragama, mendapat pendidikan, mendapat keadilan dan kebajikan, ekonomi mereka terjamin, mereka juga boleh terus bangga dengan budaya nenek moyang mereka dan banyak lagi yang PAS wajib fahamkan. Segala kefahaman ini adalah untuk meyakinkan mereka bahawa slogan PAS 4 ALL bukan perkara main-main atau syok-syok saja bak kata Pak Lah Badawi. Mereka mesti difahamkan dan diyakinkan sungguh-sungguh oleh PAS bahawa Islam adalah untuk semua manusia.

Jika mereka enggan untuk faham atau buat-buat tidak faham, PAS mesti berhati-hati semasa berkawan. Api yang panas ketika kecilnya menjadi kawan, satu masa bila dia besar diri dia menjadi lawan maka hanguslah kita dijilat api yang dahulunya menjadi kawan kita yang paling akrab ketika di dapur membantu kita memasak. Jika tidak dikawan maka dia seterusnya besar diri maka dengan kita-kita sekali dimasaknya. PAS lengkap dengan jentera, ahlinya ramai cawangan pun banyak. Bak kata Dato' Seri Presiden PAS, ahli PAS bukannya bodoh. Maka seluruh ahli hinggalah peringkat pimpinan wajib buktikan bahawa kita sebagai ahli PAS bukan manusia bodoh. Prinsip dan matlamat PAS untuk taat perintah Allah adalah segala-galanya. Biarlah penyokong tak ramai atau ahli lari daripada mati dibakar api neraka. Macam Nabi Allah Nuh 'Alaihissalam, berjuang hampir seribu tahun penyokongnya tak sampai seratus orang. Unutk membuktikan PAS bukan bodoh, adalah sajauh mana usaha kita memahamkan kawan-kawan PAS sehinggalah mereka benar-benar faham tentang dasar dan matlamat perjuangan PAS. Jangan pula ada kalangan ahli atau pimpinan peringkat cawangan sehingga peringkat tertinggi mewarisi kerja-kerja Abdullah Bin Ubai Bin Salul, yang hanya mengikut telunjuk musuh atau membawa PAS ke jalan yang tidak diredhai Allah. Sekiranya PAS berhasrat menggadaikan dasar dan tujuannya ditubuhkan dengan mengikut selera kawan-kawan yang menolak Allah, maka PAS sudah menyalahi dasarnya sendiri dan bila-bila masa sahaja PAS boleh diharamkan. Kalaupun pendaftar pertubuhan tidak mengharamkan PAS, maka seluruh ahli PAS terus hidup atas jalan yang diharamkan Allah S.W.T yang sudah pasti jauh dari keredhaan-Nya.

Maka PAS wajib bergerak atas dasar Islamnya. Kerana hanya Islam sahaja dasar yang diterima oleh Allah Ta'ala. Kawan-kawan boleh jadi akan mengambil kesempatan kekuatan ahli dan jentera PAS untuk mendapatkan undi ahli PAS yang ramai. Maka PAS wajib sentiasa berhati-hati agar PAS tidak menjadi biro agama kepada mana-mana parti politik sekular yang hanya menguntungkan kawan dan merugikan Islam. Pada saya sebagai ahli jama'ah, lebih baik penyokong sikit daripada penyokong ramai tetapi di azab oleh Allah di dalam neraka-Nya. Wallahu A'lam.

No comments: