About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, May 2, 2008

Parlimen Kecoh..Hanya Alasan UMNO / BN Supaya Siaran Langsung Dihentikan..

Satu negara kecoh hanya kerana kekecohan yang berlaku secara langsung di sepan mata rakyat. Buat pertama kalinya dalam sejarah bilangan ahli parlimen pembangkang menafikan majoriti 2/3 penguasaan Barisan Nasional di dewan rakyat. Rakyat juga amat-amat menantikan rakyat. Selama ini pun rakyat Malaysia seluruhnya amat jarang menyaksikan perjalanan mesyuarat di Parlimen. Maka apabila dijanjikan oleh menteri yang berkenaan untuk menyiarkannya di kaca televisyen secara langsung walaupun setengah jam, ia tetap ditunggu-tunggu oleh seluruh lapisan masyarakat dengan semangat yang tinggi mahu melihat proses penggubalan undang-undang melalui perjalanan demokrasi berparlimen yang mungkin hampir seluruh rakyat seumur hidup tidak pernah melihat proses ini seumur hidup. Mungkin yang pernah menyaksikannya hanya pembentangan belanjawan negara dalam parlimen setiap tahun tetapi pembentangan itu tidak melibatkan perbahasan dan perdebatan.

Pelbagai respon dan reaksi diterima dari seluruh lapisan masyarakat berhubung gelagat ahli-ahli parlimen pada sidang rakyat pertama penggal ke-12 ini. Seperti biasa media arus perdana akan menyalahkan pembangkang dalam isu yang dilihat buruk ini. Nampak YDP Dewan Rakyat seolah-olah sengaja mahu menunda-nunda soalan dari pihak pembangkang agar soalan itu tidak tersiar secara langsung seterusnya rakyat diajak berfikir bahawa ahli parlimen pembangkang tidak berfungsi langsung dalam parlimen.

Mungkinkah kekecohan ini sengaja dicetuskan untuk dijadikan alasan kepada rakyat bahawa mesyuarat yang berlangsung di dewan rakyat tidak wajar diperlihatkan aksi-aksinya. seperti biasa yang disalahkan ialah ahli-ahli parlimen pembangkang. Maka orang berita dan orang suratkhabar pun tanpa segan silu mengeksploitasi seoptimum mungkin isu ini untuk mengajak masyarakat ke arah berfikir bahawa pembangkanglah punca segala-galanya. Pembangkang jugalah yang merosakkan kualiti perjalanan mesyuarat di dewan rakyat dan menunjukkan sikap kebudak-budakkan sehingga diberitakan bahawa budak-budak sekolah pun terkejut beruk melihat gelagat sebenar ahli-ahli parlimen ketika perbahasan berlangsung.

Memang ramai yang terkejut selepas menyaksikan siaran tersebut. Tidak menjadi suatu yang aneh bila ramai yang terkejut bila ramai yang tidak pernah pun melihat suatu perbahasan berlangsung di parlimen. Kalaupun ada seperti yang dilaporkan oleh berita dan suratkhabar, tidak lebih sekadar sesi soal jawab seolah-olah ahli-ahli parlimen pembangkang kerjanya hanya bertanya ( macam tiada benda yang hendak dibangkang ) dan ahli-ahli parlimen kerajaan kerjanya menjawab soalan yang kesimpulannya seolah-olah juga ahli-ahli parlimen pembankang tidak tahu apa-apa dan yang tahu hanya UMNO/BN sahaja. Namun pada perbahasan pertama dewan rakyat yang lalu, rakyat seolah-olah terkejut melihat seolah-olah betapa buruknya perangai ahli-ahli yang berhormat ketika berbahas.

Tinggalkan dahulu soal masalah teknikal yang menjadi punca kekecohan. Kerana yang pasti sebenarnya sebahagian besar masyarakat masih mendambakan siaran langsung perbahasan seperti ini perlu diteruskan. Mengapa mesti dikaji semula siaran langsung ini. seperti yang didengar kajian yang hendak dilakukan bermatlamat untuk memberhentikan siaran langsung. Alasannya bahawa kecewa dengan sikap ahli parlimen pembangkang yang suka buat kecoh dan berperangai macam budak-budak kononnya. Tapi yang berperangai macam budak-budak, suka menge'boo' ahli parlimen ialah dari pihak kerajaan. Jelas apabila YB Gombak ketika bercakap disambut boo dari pihak BN. Yang bersungguh-sungguh mengetuk meja pun ada untuk mewujudkan suasana bising dalam dewan. Oleh itu mustahil boleh kita katakan bahawa ahli-ahli parlimen pembangkang sahaja yang berperangai tidak senonoh, sedangkan jika dirujuk kembali rekod perbahasan ahli-ahli dewan rakyat yang lalu, ahli-ahli parlimen BN lah yang selalu mengungkapakan perkataan-perkataan yang jelek dan tidak layak diucapkan di dalam dewan yang mulia ini.

Maka, isu parlimen kecoh seolah-olah satu konspirasi terancang untuk menafikan siaran langsung perjalanan sidang dewan ini berlangsung. Sebagai kosmetik politik UMNO / BN sekadar hendak menunjukkan bahawa mereka terbuka atau media kerajaan kini bersifat terbuka. Lalu menteri berjanji untuk mengadakan siaran langsung selama setengah jam sebagai bukti keterbukaan BN dalam apa-apa jua isu. Tiba-tiba hanya kerana sedikit kekecohan yang berlaku terus hendak dikaji semula siarannya atas alasan bahawa pembangkang mengambil kesempatan atas keterbukaan ini semata-mata untuk menonjol-nonjolkan peribadi masing-masing. Pada hakikatnya bukan UMNO / BN tidak mahu perbahasan dewan rakyat ini disiarka secara langsung. Segala alasan akan dibuat dan akan terus di 'spin' oleh media sebagai justifikasi kukuh betapa perlunya siaran langsung dihentikan. Seperti yang telah berlaku ketika perhimpunan agung UMNO satu ketika dahulu, apabila ada dikalangan ahli secara vokal mengkritik barisan pimpinan, maka kenyataan yang sama juga dikeluarkan, siaran langsung ucapan mesti dikaji semula. UMNO / BN pada asasnya terlalu bimbang sekiranya rakyat tahu keadaan dan fakta sebenar yan akan dibahaskan oleh ahli-ahli parlimen pembangkang yang rata-rata mempunyai kepakaran-kepakaran khusus dan tertentu bahkan mempunyai gaya perbahasan yang terbaik dengan mengemukakan fakta dan bukti yang mampu menggoncang jiwa da qalbu ahli-ahli parlimen UMNO / BN.

Mungkin dikalangan menteri-menteri atau timbalan-timbalan menteri yang dilantik ada yang berkata di dalam hati, ' lebih baik kalah dari menang' kerana tanggungjawab untuk menjawab segala pendedahan yang akan dibuat dan akan menanggung seberat mungkin tuntutan penjelasan dari ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat. UMNO / BN memang menunggu-nunggu isu ini dimainkan untuk meng'haram'kan siaran langsung ini agar segala penyelewengan yang berlaku biarpun terdedah di dalam dewan rakyat, yang penting maklumat ini tidak cepat sampai kepada rakyat. Biar lambat sedikit kerana, mereka masih ada televisyen, radio dan surat khabar untuk menggambarkan bahawa hujah-hujah ahli-ahli parlimen pembangkang adalah karut semata-mata.

No comments: