About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, May 16, 2008

Panduan Memilih Parti...Ciri-Ciri Parti Yang Diredhai Allah dan Parti Yang Dimurkai Allah

Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala ;

" Tiada suatu kebaikan pada kebanyakan pertemuan-pertemuan mereka kecuali daripada dari kalangan mereka menyuruh ( manusia ) memberi sedekah ( mengorbankan harta dan jiwanya ), atau menyuruh kepada perkara yang ma'ruf ( perkara yang di arahkan oleh Allah ) atau memperbaiki hubungan di antara manusia ( memperjuangkan hak dan kebajikan manusia ) dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan berikan kepadanya ganjaran yang amat besar "

( Surah An-Nisaa' Ayat-114 )

Setiap manusia di atas muka bumi ini pasti mempunyai soalan terhadap masalah yang dihadapi dalam hidupnya. Setiap persoalan itu pasti ada jawapannya. Manusia pada hakikatnya tidak akan mampu memberikan jawapan yang tepat terhadap persoalan-persoalan yang timbul dalam hidupnya. Manusia punya akal, namun akal manusia amat terbatas. Oleh kerana akal manusia yang amat terbatas maka manusia dibatasi oleh kelemahan akalnya untuk menentukan jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan persoalan yang timbul dikalangan manusia.

Mengapa akal semata-mata tidak dapat memberikan jawapan terhadap persoalan dalam kehidupan manusia..?

1. Kerana akal manusia akan menimbulkan berbagai-bagai konsep yang memang berlainan dan amat berbeza di antara satu sama lain, serta berbeza terhadap nilai hidupnya. Kerana itu satu masyarakat akan memberikan nilai yang berbeza dengan masyarakat yang lain. Oleh kerana itulah wujud jawapan-jawapan yang terpesong dari 'aqidah, hanya bersumberkan akal melalui pandangan falsafah sahaja seperti sosialis, kapitalis, demokrasi, nasionalis, sekularis, diktator dan lain-lain lagi, maka mana satukah jawapan yang paling sesuai dengan persoalan yang di
hadapi manusia dalam hidupnya..?

2. Kerana akal manusia sentiasa terdedah kepada pengaruh nafsu, perkauman, kedaerahan serta persekitarannya. Keadaan-keadaan ini tidak akan menimbulkan rasa peri kemanusiaan yang sejati dan prinsip-prinsip umum yang boleh diterima oleh manusia yang lain. Telah banyak undang-undang yang dicipta semata-mata untuk memuaskan hawa nafsunya sahaja. Jika undang-undang itu tidak secocok atau tidak menguntungkan dirinya, maka undang-undang itu akan dipinda agar ia dapat memberi keuntungan pada hawa nafsunya.

3. Kerana akal dan fikiran manusia yang amat terbatas untuk menentukan peristiwa yang akan berlaku dimasa hadapan. Bahkan amat mustahil sekali manusia dapat menentukan apakah yang terjadi pada masa depan. Manusia hanya dapat mengetahui sesuatu itu pada waktu itu juga dengan syarat ada berita yang disampaikan padanya atau manusia itu sendiri yang melihatnya.

4. Kerana tabiat manusia yang hidup di atas muka bumi tidak begitu menghormati undang-undang yang diciptanya sendiri walaupun undang-undang yang digubal olehnya itu dianggap munasabah. Umpanya undang-undang pencegahan rasuah, jika manusia itu merakan rasuah adalah lebih baik dan menguntungkan dirinya, maka dia sendiri akan mengabaikan malah melanggar undang-undang itu untuk kepentingan dirinya.

Setelah melihat kepada alasan-alasan betapa akal semata-mata tidak dapat memberikan jawapan terhadap perosalan hidup, maka apakah jawapan yang paling cocok kapada manusia. Sudah pasti jawapan yang paling cocok adalah jawapan dari siapa yang menciptakan akal manusia. Sudah tentu pencipta akal manusia Maha Mengetahui tentang kelebihan dan kelemahan akal yang diciptanya itu. Untuk mengatasi kelemahan ini manusia perlukan jawapan dari pencipta akal. Maka yang menciptakan akal bahkan seluruh alam semesta ini adalah Allah tuhan sekalian alam.

Bagaimana pula mahu mendapatkan jawapan dari Allah Ta'ala..? Jawapannya adalah dari wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada Pesuruhnya..Nabi Muhammad S.A.W. Apa pula kaitan Rasulullah dengan jawapan dari Allah..? Jawapannya adalah kerana kehidupan Rasulullah itu adalah tafsiran paling tepat dan jelas terhadap wahyu dari Allah.

Antara banyak-banyak persoalan yang timbul dari kalangan manusia yang hidupnya bermasyarakat adalah ; Parti manakah yang boleh dia sertai untuk memperjuangkan kalimah Allah dan hak rakyat yang adil dan berkebajikan. Maka jawapan itu sudah dijawab oleh Allah Ta'ala di dalam kitabnya yang Maha Suci Surah An-Nisaa' ayat ke-114.

Jelas bahawa Allah sahaja yang mengetahui segala tindak-tanduk manusia yang hidup mermasyarakat. Allah telah memberi peringatan kepada seluruh manusia berkenaan satu sikap manusia apabila berkumpul, atau berpakat-pakat, atau berorganisasi, berpesatuan dan sebagainya bahawa tiada perkara yang baik yang akan menjadi matlamat untuk dibincangkan. Allah telah meletakkan beberapa kritirea-kritiriea yang khusus membezakan organisasi yang baik dan diterima oleh Allah seterusnya diberikan ganjaran yang cukup besar disisi-Nya.

Dalam konteks organisasi politik, sudah tentu parti-parti politik yang menjadikan Islam sebagai dasar tubuhnya adalah diterima oleh Allah. Kerana dasar tubuh parti itu adalah bentuk 'aqidah yang diimani oleh parti itu. Syarat untuk segala amalan diterima Allah adalah keimanan yang tiada berbelah bagi walaupun sebesar atom. Jika parti itu ragu dengan beberapa rukun keimanan dikhuatiri parti itu menjadi parti yang munafiq dan fasiq. Parti mesti beriman kepada Allah, bentuk keimanan boleh dilihat dalam undang-undang tubuhnya yang menjadikan sumber-sumber rujukan Islam menjadi rujukan paling utama dalam menentukan sikap, amalan dan pendirian parti itu. Dalam Islam, Al-Quran, As-sunnah, Al-Ijmak dan Al-Qias menjadi rujukan. Rujukan pula bermaksud mencari jawapan terhadap persoalan-persoalan yang dihadapi oleh parti itu.

Kemudian Allah menyebutkan ciri-ciri kumpulan manusia yang diterima Allah.

1. Menyuruh kepada memberi sedekah.

Parti itu mesti menggalakkan amalan bersedekah atau infaq harta untuk meneruskan kelangsungan perjalanan parti. Parti mesti bergerak untuk berjuang mencapai cita-citanya. Untuk bergerak parti itu perlukan dana kewangan untuk membiyayai segala aktivitinya. Untuk mendapatkan sumber perlu kepada jalan yang dihalalkan oleh Allah keran undang-undang parti itu adalah Islam. Islam mengharamkan mana-mana kalangan manusia hatta parti politik sekalipun mencari serta mengambil harta dengan cara yang batil yang ni haram di sisi Allah. Mencari sumber atau dana kewangan hasil dari mencuri duit rakyat adalah haram, seleweng duit rakyat adalah haram, memeras harta rakyat dengan cara menindas juga haram, menipu harga projek juga haram, malah memindahkan duit persatuan secara tidak sah juga adalah haram. Maka jalan menginfaq atau sedekahkan harta adalah yang paling berkat dan terbaik. Untuk melaksanakan maksud parti perlukan tenaga manusia. Maka konsep memberi sedekah juga termasuk mengorbankan masa dan hidupnya kepada parti. Manusia itu akan mengorbankan jasad dan tenaganya untuk menjayakan matlamat partinya sebagai mana yang diperintahkan oleh Allah. Keyakinannya kepada Allah akan manjadikan dia ikhlas dalam perjuangan partinya tanpa mengharapkan apa-apa bentuk material kerana lebih yakin dengan ganjaran dari Allah.

2. Menyuruh kepada perkara ma'ruf

Maksudnya sebuah parti yang diredhai Allah, adalah parti yang berjuang melaksanakan segala perintah Allah. Parti itu juga mesti melaksaakan tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar. Bermula dari individu sebagi ahli parti yang sah sehinggalah kepada peringkat pimpinan semanya mesti dibentuk ke arah berjuang melaksanakan perintah Allah. Maka jika sebelum ini manusia itu tidak taat perintah Allah, setelah menjadi ahli parti, dia ditarbiyah dan berubah menjadi manusia yang taat segala perintah Allah. Jika sebuah parti itu tidak mengambil kira tarbiah ahlinya, maka ditakuti parti itu tidak diredhai oleh Allah. Jika manusia itu asalnya baik, setelah menjadi ahli parti berubah dia menjadi tidak baik, maka sudah ada ciri-ciri parti yang tidak diredhai Allah. Jika sebelum menjadi ahli parti dia sentiasa solat, amanah dan sentiasa bercakap benar, tetapi selepas menjadi ahli parti mula tinggalkan solat bahkan meninggalkannya, dari amanah menjadi tidak amanah dengan mengamalkan rasuah dan penipuan, maka sudah ada ciri-ciri parti yang dimurkai oleh Allah.


3. Memperbaiki hubungan di antara manusia

Parti yang diredhai Allah mesti berjuang dan berusaha memperbaiki hubungan di antara manusia. Memperbaiki maksudnya mengubah masyarakat sekitarnya atau masyarakat yang dipmpinnya itu dari keadaan tidak taat kepada Allah berubah menjadi taat kepada Allah. Memberikan ilmu kepada masyarakat. Menyampaikan maklumat tentang kebenaran serta mendedahkan kebatilan dan kezaliman agar kehidupan masyarakat menjadi lebih terjamin kehidupannya. Ini kerana keselamatan asasi manusia tanpa mengira bahasa atau warna kulit manusia itu. Aqidahnya terjamin ( termasuk kebebasan berugama ), nyawanya terjamin, harta terjamin, keturunannya terjamin, kemuliaan akalnya terjamin, akhlaknya terjamin, sehinggalah hak manusia untuk bersuara juga terjamin di bawah naungan Islam. Jika sebuah parti itu hanya memikirkan keuntungan hasil dari proses pembodohan minda rakyat, memainkan sentimen juga isu perkauman yang sempit, menzalimi manusia, kebajikan manusia tidak dipedulikan, hak rakyat untuk bersuara dinafikan, maka semua itu dikhuatiti akan termasuk ke dalam ciri-ciri parti yang dimurkai oleh Allah Ta'ala.

Akhir sekali, selepas Allah Ta'ala nyatakan ciri-ciri tersebut sebagai jawapan kepada persoalan manusia yang mahu memilih parti mana yang patut disertainya, dengan keikhlasan dan penyerahan dirinya kepada Allah semata-mata, berjuang dan bergerak juga berparti mengikut ciri-ciri yang ditetapkan oleh Allah semata-mata untuk mendapat redha Allah, nescaya akan diberikan ganjaran yang amat besar dari Allah S.W.T. Jika parti itu tidak menpati ciri-ciri parti yang diredhai Allah tetapi manusia itu masih mengharapkan redha Allah, maka ia adalah tidak diterima kerana manusia itu berada dalam parti yang tidak beriman kepada Allah dan sentiasa mendapat murka dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu A'lam.

11 comments:

Letting the time pass me by said...

... dan barang siapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan berikan kepadanya ganjaran yang amat besa...

... yang lebih penting ialah mencari keredhaan Allah... Kalau nak mencari populariti pun tak boleh jugak...

Ade orang masuk PAS sebab frust dengan UMNO, ade yang masuk PAS sebab nak nampak alim, ade masuk PAS sebab ayah dia orang PAS... dan ade orang masuk PAS semata-mata inginkan keredhaan Allah...

Wallahu'alam....

aNaK BaPaK said...

salam...terima kasih atas komen anda..

saya sendiri tiada boleh nafikan betapa ada jiwa yang menyertai pas seperti yang dinyatakan oleh saudara adalah benar-benar wujud..adapun saya kira hanya segelintir sahaja...mungkin ada sikap ini pada pimpinan pas tapi ia tiada ketara adanya..

adapun tulisan sara berkenaan parti yang diredhai allah atau parti yang dimurkai allah adalah berdasarkan kaedah yang telah digariskan oleh allah di dalam al-quran dan diterangkan dengan sunnah rasul...kerana berpolitik adalah urusan agama apabila urusan agama mesti melalui kaedah yang diredhai allah..

adapun terdapat di kalangan penyokong pakatan rakyat sendiri ramai yang menyindir PAS..secara ikhlasnya ramai di kalangan teman PKR yang mempersoalkan amalan politik PAS bahawa PAS terlalu keagamaan.

alasannya susah bersama dengan pas...nak kena tutup aurat...kena pakai tudung..mesti berakhlak..berusrah..ber'liqo'...kuliyah tafaqquh fiddeen..hukum itu dan ini yang memberi gambaran kepada saya bahawa cukuplah sekadar kita perjuangkan matlamat politik..xpayah susah2 libatkan agama..

maksud parti yang diredhai allah adalah amalan dan sikap parti terhadap isu mestilah berdasarkan islam seperti mana yang termaktub di dalam undang2 tubuh Pas bab kedua fasal 3 ;dasar pas ialah islam. maka segala aktiviti,perjalanan parti serta pendirian pas mestilah di dalam lingkungan islam..adapun ada ahli yang tidak berakhlak islam,nya biasanya ahli itu tidak mengikuti program tarbiyah anjuran pas yang mana sikap itu merugikan dia dan dia bertanggungjawab di depan allah atas sikapnya itu..

saya sendiri pernah ditempelak oleh rakan2 PKR yang mengatakan saya sekadar nak tunjuk alim sahaja..bagi mereka buat apa nak hipokrit dalam berjuang..alasan itu sudah tentulah saya tidak dapat menerimanya kerana sebagai ahli pas saya dituntut untuk mengubah diri saya untuk sedaya upaya mengamalkan apa yang di ajar oleh islam dalam kehidupan saya,atau maksudnya islam mesti menjadi cara hidup saya..secara jujur pada saya fahaman pendokong dan penyokong PKR sama sahaja dengan umno yang sekular...bezanyua cuma PKR baik dari UMNO..PKR pembangkang sama macam pas dan umno adalah di pihak parti pemerintah..matlamat PKR saya sendiri tidak jelas..sekadar mahu menegakkan negara berkebajikan bersih dan adil namun tiada menjadikan allah sebagi matlamat utama..ini pendapat saya..dalam PKR tiada unsur tarbiyyah dan dakyah sepertimana yang dituntut dalam mana2 kaedah jamaah islam..matlamat pas jelas seperti yang termaktub dalam bab ketiga fasal 5 tujuan PAS;
1.memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai2 hidup islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan allah.
2.mempertahankan kesucian islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

maksudnya di sini, soal menadapat keredhaan allah mesti melaui jalan yang allah tetapkan..adapun individu yang bersama pas hanya kerana nama atau mahu menunjuk alim,terpulang kepadanya kerana itu perkara hati yaang akan dijawabnya di depan allah ta'ala.sekiranya seorang ahli secara zahirnya seperti melakukan maksiat besar di sisi allah maka ahli itu akan dikenakan tindakan tatatertib samada ninasihat atau dipecat dari menjadi ahli..

apakah yan paling bernilai dalam islam...sudah tentu hukum-hakamnya,apa sumbernya...seperti yang termaktub di dalam bab ketiga fasal ke-7;

adapun hukum tertinggi sekali dalam pegangan pas adalah kitabullah dan sunnah rasul serta ijmak ulamak dan qias yang terang dan nyata.

adalah perlu kita faham bahawa, setiap ahli pas tiada terlepas dari bersangkut soal dosa dan pahala..jika pun dia menyamar alim kerana hendak menunjuk2 bahawa dia alim,dia mesti sedar bahawa allah sentiasa menilai apa yang dia buat dan akan diberi samada ganjaran pahala atau balasan doasa walaupun dia ahli pas.sebab itu dalam pas ahli di didik untuk berkorban harta dan nyawa kerana yakin bahawa perjuangan pas walaupun sekadar menampal poster adalah termasuk jihad yang sudah tentu besar ganjarannya di sisi allah..

saya menyatakan semua di atas keran teringat apa yang berlaku ke atas diri saya sendiri.tentang respon teman2 khususnya PKR tentang PAS dan ahlinya.bahkan sampai ada yang pertikai bahawa kaedah islam yang pas amalkan sudah tidak releven lagi kerana pada nya yang penting berjuang menegakkan masa depan yang adil dan bersih juga berkebajikan.

saya pernah di kata buat2 alim,ada yang kata sebab frust dengan umno,ada sebab nak jadi penceramah popular,ada sebab ayah saya yang memang pas jadi saya pun pas..yang aneh semua respon seperti yang tuan nyatakan ini hanya datang dari dua kelompok..yang pertama orang UMNO...yang kedua teman2 dari PKR sendiri yang buat saya jadi keliru apa sebenar matlamat mereka dalam hidup dan perjuangan ini,tiadakah hubungan kita dengan allah...?sama sahaja dengan umno cuma bezanya PKR adalah sepakatan dengan pas..pembangkag!!

saya harap tuan bukan dikalangan dari mereka yang sering menimbulkan kenyataan ini lantaran kurang suka dengan pendekatan pas yang sentiasa mengingatkan ahlinya hubungan manusia dengan allah,syurga neraka,dosa pahala,halal haram serta batas2 iman dan kufur..

atas dasar inilah mereka menyertai pas kerana..sayadapat mengesan bahawa ramai yang menyertai PKR kerana kerana tiada dapat hidup dengan cara hidup dalam proses tarbiyyah pas..dalam PKR tiada program tarbiyah..ahli tiada proses tarbiyah tapi itu saya hormati amalan politik PKR..saya x pastu tuan di pihak parti mana..saya hanya terpanggil menulis respon ini pada tuan keran mahu memberi gambaran lebih lanjut tentang islam yang menjadi dasar dalam perjuangan pas..

satu lagi...soal kalangan ahli yang frust pada umno lalu menyertai pas..saya kira itu logiklah sebab kalau orang frust kerana penyelewengan,penipuan,penindasan,rasuah dan salah laku umno bahkan merendahkan martabat islam kemudian mahu perjuangkan semua itu kembali pada martabatnya adalah tiada salah..saya sendiri bersifat terbuka soal siapa mahu jadi ahli..kadang2 saya agak terkilan dengan sikap teman2 PKR ( saya yakin bukan di kalangan pimpinan tertinggi walaupun saya kurang bersetuju dengan corak perjuangan anwar ibrahim )yang hanya mengambil kesempatan terhadap kekuatan jentera pas untuk menang..cubalah lihat di seluruh negara apa yang berlaku.. tapi saya hormati keputusan itu keran sudah diputuskan oleh pimpinan tertinggi pas..

hanya mereka yang yakin benar dengan islam sahaja yang akan bersama dengan pas bahkan mengorbankan harta dan nyawanya kerana yakin dengan janji allah ta'ala..

Anonymous said...

salam alaik akh ibrahim...anta rupanya...alhamdulillah,ape cite ezoegypt tu?bkn main umno die..lawan syeh...

Anonymous said...

salam alaik akh ibrahim...anta rupanya...alhamdulillah,ape cite ezoegypt tu?bkn main umno die..lawan syeh...

aNaK BaPaK said...

salam...terima kasih pada enta yang hantar respon...ana dah jawab dah persoalan UMNO yg ditimbulkan oleh ezoegypt tu..cuma enta boleh baca komen ana pada ezo pada tulisan dia tentang DEB...wassalam

aNaK BaPaK said...

eh saudara...soheh la saudara kenai ana..perkenaikanlah diri enta sapa..hehe!

aNaK BaPaK said...

rujuk komen ana terhadap tulisan ezo pada tajuk penjelasan tentang DEB..sory lah ada salah ejaan sikit..

http://www.ezoegypt.blogspot.com

Anonymous said...

ana ni sahabat di insaniah dulu...mgkin anta x brapa knai...rakyat besa ja..hee,ezo tu ramai ka pgikut dia kt cna t?

aNaK BaPaK said...

oo ya ka...eh ana pon rakyat besa ja..macam enta jugak...

aNaK BaPaK said...

wallahu a'lam..ramai ka tak..ada la kot pengikut..hehe

Miss jane said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,正妹牆,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站