About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Thursday, May 29, 2008

Mengaharamkan Islam Hadhari; Sekadar Mengharamkan Yang Haram

Pada 26hb Mei 2008, Dewan Undangan Negeri Selangor mencatatkan satu lagi sejarah baru apabila Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato' Dr Hassan Mohamed Ali telah mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu semasa menggulung perbahasan di hari akhir sidang DUN itu di Shah Alam Isnin lalu.

Menolak Islam hadhari sama sahaja dengan menolak Islam yang di labelkan dengan bermacam-macam sifat. Islam Hadhari satu spisis dengan Islam Liberal, Islam Moderate, Islam Sosialist, Islam Pertengahan Islam itu dan ini sebagai satu kaedah baru menolak Islam betopengkan Islam. Kalau ada pepatah Melayu menyebut " musang berbulu ayam" maka Islam Hadhari juga boleh disamakan dengan musang itu yang mahu menjadikan ayam sebagai mangsanya. Maka tidak mustahil kini wujud Musang berbulu Islam. Bulunya sahaja Islam tetapi hatinya busuk mahu merosakkan Islam.

Islam sudah pun lengkap. Mengapa mahu ada islam yang lain pula...? Sudah tentu Islam yang lengkap ini tidak memberikan keuntungan pada puak-puak yang menolak Islam. Maka untuk melihatkan kepada rakyat bahawa mereka juga tidak menolak Islam maka diciptanya Islam yang mengikut citarasa serta hawa nafsu mereka. Maka Islam Hadhari pun diperkenalkan kepada rakyat jelata tanpa rasa segan silu kepada Allah pemilik hakiki alam semesta yang fana ini. Mereka juga tidak rasa malu kepada Allah kerana melakukan jenaah cetak rompak terhadap produk Allah Ta'ala yang Maha Original ini semata-mata mahu mengambil kesempatan terhadap nama Islam untuk kepentingan mereka dan keluarga mereka.

Mengapa Islam Hadhari Wajib ditolak..? Wajib ditolak kerana Islam Hadhari itu sendiri menggambarkan bahawa betapa Islam itu amat lemah lagi lekeh. Apakah kita boleh terima bahawa Islam milik Allah S.W.T ini bersifat lemah sedangkan Allah S.W.T menjadikan Islam itu sebagai jawapan kepada seluruh masalah manusia..? Sudah tentu mustahil kerana Islam ini dicipta oleh Allah yang maha mengetahui baik buruk kuat lemahnya manusia itu. Kenapa pulak Islam Hadhari boleh melekehkan Islam..? Kerana jika selama ini UMNO mencipta Islam hadhari sudah tentu ada Islam yang tidak hadhari. Demikian juga UMNO sedaya upaya menjaja kepada rakyat berkenaan konsep Islam Hadhari dan menolak Islam yang tidak hadhari. Jika begitu maka ada dalam Islam itu sendiri yang mesti ditolak. Bolehkah Islam itu di ambil mana yang patut dan ditolak apa yang patut..? Jika Islam Hadhari menolak Islam yang tidak Hadhari maka amalan Islam yang tidak hadhari mesti ditolak juga. Bukankah usaha tolak menolak serta membezakan Islam itu menunjukkan bahawa Islam itu lemah. Islam tidak bersifat lemah. Islam tidak boleh bersifat lemah. Mustahil cara hidup yang lemah diredhai Allah kerana Allah merdhai Islam sebagai cara hidup seluruh manusia kerana yang Islam itu Allah yang cipta bukan manusia maka Allah jualah yang Maha Tahu keperluan manusia. Allah hanya mengiktiraf Islam satu-satunya cara hidup yang menyempurnakan nikmat manusia dan Allah hanya redha dengan Islam. Apabila Allah telah iktiraf Islam sebagai satu-satunya cara hidup maka sudah tentulah Islam itu mustahil mempunyai kelemahan.

Apakah pula Islam yang tidak hadhari..? Sudah tentu Islam yang banyak menyusahkan puak-puak bermentalkan sekular berjantungkan orientalist. Sekular manolak agama. Orientalisat bencikan agama. Tidakkah kita ingat kenyatan Nazri Aziz satu ketika dahulu bahawa UMNO terpaksa menggunakan perkataan Islam untuk menyaingi PAS..? Kalau PAS tidak ada di atas muka bumi Malaysia ini atau tidak wujud jamaah yang memperjuangkan Islam maka UMNO memperjuangkan apa..? Maka tidak mustahil Islam Hadhari ciptaan UMNO juga adalah untuk menyaingi Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Jika benar, maka jawapan kepada soalan apakah dia Islam yang tidak hadhari ialah Islam yang PAS perjuangkan. Islam yang dibawa oleh PAS bersifat sempurna. Bahkan PAS dari segi amalan dan pendiriannya wajib memastikan segala keputusan mengikut apa yang dibenarkan oleh Islam, bukan seperti UMNO yang yang mahu Islam mengikut kata dan telunjuk UMNO. Maka satu jawapan lagi ialah, Islam yang mengikut UMNO itulah Islam Hadhari.

Untuk memastikan Islam tidak difitnah dan tidak dilekehkan maka Islam Hadhari mesti ditolak. Islam hadhari tidak pernah mengahalang maksiat, rasuah, penyelewengan, penipuan dan penindasan. Islam sebenar menolak semua itu. Bahkan Islam sebenar memastikan tidak akan ada mana-mana manusia boleh mengambil hak orang lain dengan cara batil. Sebaliknya Islam Hadhari tidak mempersoalkan semua ini. Bebas ambil hak orang lain. Bebas menindas orang lain. Bebas mencuri duit rakyat. Bebas seleweng duit rakyat. Bebas robohkan surau. Bebas robohkan masjid. Bebas robohkan kuil. Bebas tembak orang berhimpun secara aman. Bebas malakukan maksiat. Bebas bunuh orang. Bebas bom orang. Bebas bebas bebas bebas...Islam hadhari bersifat bebas. Bebas buat apa sahaja walaupun Allah marah. Islam Hadhari tiada ambil kisah Allah marah atau tidak, yang penting bebas, manusia bebas berseronok...ya Islam Hadhari mesti bebas walaupun Allah marah. Bolehkah manusia buat apa yang dia suka walaupun dimurkai Allah..? Bolehkah Allah Ta'ala terima Islam ciptaan UMNO yang membiarkan ahli-ahlinya buat kerja sesuka hati melawan Allah Ta'ala..? Bukankah Islam menjadi lekeh apabila Islam mesti mengikut kemahuan akal dan nafsu manusia..?

Membiarkan manusia menganut fahaman hadhari yang hanya bertuhankan akal dan nafsu adalah membiarkan manusia terus malakukan kerja murka kepada Allah. Perkara yang dimurkai Allah adalah perkara yang diharamkan oleh Allah dan dituntut untuk menjauhinya. Maka fahaman hadhari yang membiarkan manusia terus melawan Allah juga adalah fahaman yang haram disisi Allah. Maka tindakan DUN Selangor mengaharamkan Islam Hadhari adalah betul kerana sekadar mengharamkan apa yang haram. Menjadi tanggungjawab pemerintah menjaga aqidah rakyat agar tidak bertuhankan akal dan nafsu. Allah Ta'ala mengharamkan seluruh manusia bertuhankan akal dan nafsu. Allah hanya sayang dan kasih kepada manusia yang tunduk kepadanya dan amat murka kepada manusia bertuhankan akal dan nafsu. Islam Hadhari membiarkan manusia bertuhankan akal dan nafsu lebih dari Allah Ta'ala. Maka Islam Hadhari adalah Islam yang palsu. Islam yang palsu wajib ditolak. Apa salahnya mengharamkan yang haram..? Wallahu A'lam..

9 comments:

Anonymous said...

Salam
perlukah islam syafi'i sedangkan Rasul tak bermazhab. Tak lengkapkah islam Rasul yg tak bermazhab itu.

Anonymous said...

SALAM.....

KEPADA "anakbapak8385" JANGAN GATAL-GATAL NAK BERI RESPON DALAM RUANGAN KOMEN EZOEGYPT...ANDA SILAP ORANG TU...BRO FAIZAL TAK ADA KENA MENGENA DALAM KOMEN SAYA BERKAITAN(AURAT VS TUDUNG)KELMARIN...

-anak jati johor darul ta'zim-

aNaK BaPaK said...

jawapan kepada perlukah islam syafi'i sedangkan rasul tak bermazhab..?

saya nak tanya..tuan dapat ilmu solat dari siapa..? adakah trus dari rasul..? sudah tentu dapat dapat dari hadith yang soheh2 bukan..? kalau hadith itu diriwayatkan oleh imam bukhori apakah islam itu dipanggil islam bukhori..?

aNaK BaPaK said...
This comment has been removed by the author.
aNaK BaPaK said...
This comment has been removed by the author.
aNaK BaPaK said...

owh..anak jati johor..saya cari blog tuan takde..saya pon posting la kat blog ezo..tambah ilmu la katakan..untuk ezo baca sekali..hehe!!

Anonymous said...

SALAM......

KALAU DAH TAK JUMPA TU SUDAH LA...
SENGAJA LA TU NAK CARI KESALAHAN ORANG LAIN.

-anaj jati johor darul ta'zim-

Anonymous said...

anakbapak..saya rasa anakbapak tak payah la layan anak jati johor tu, biang masa ja..saya tengok anakjati johor pon bukan bago komen melalaui blos dia..macam mana nak jumpa..last2 kata orang cari kesalahan..ini alasan basi orang UMNO tak sedar diri..rasanya bukan cari kesalahan.tapi nak betulkan kesalahan..orang UMNo yang tak reti mengaku salah..

Letting the time pass me by said...

Saya tak pernah terima konsep Islam Hadhari...

tetapi... Saya sebenarnya masih tertarik dengan isu komen Munirah mengenai pakaian sekolah...

Saya rasa komen Munirah tu adde benarnya, tetapi isu perbahasan bukanlah berkenaan dengan baju, tetapi kaitan antara jenayah rogol dengan pakaian seksi...

Paham-paham ajela, geng-geng non-muslim punya pakaian macamana punya seksi, meleleh air liur...

Tapi saya juga tertanya-tanya keikhlasan kaum wanita dalam memperjuangkan Islam... Jika mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan Al-Quran, mereka juga harus memberikan komen yang ikhlas mengenai kebenaran untuk lelaki berkahwin 4 seperti didlam Al-Quran...

Janganlah memperjuangkan sebahagian ayat dan melupakan ayat-ayat lainnya... kenala adil dalam menegakkan kebenaran...

Wallahu'alam....