About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, May 7, 2008

Memecahkan Tembok Perkauman Dengan Taqwa Kepada Allah..

" Wahai Manusia...!!! Sesungguhnya kami jadikan kamu semua daripada seorang lelaki dan seorang perempuan ( iaitu Adam dan Hawa ) dan kami jadikan kamu semua berbangsa-bangsa serta bersuku-suku supaya kamu sering mengenali. Sesungguhnya orang yang palin mulia diantara kamu disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa ( orang yang paling takutkan Allah ) Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.."
( Surah Al-Hujurat ayat ke-13 )

Fahamlah kita bahawa hakikat kejadian manusia ini diciptakan Allah dengan pelbagai bangsa dan suku untuk manusia mengenali manusia yang lain. Untuk mengenali manusia yang lain manusia itu sendiri perlu mengetahui dan memahami sedikit sebanyak ilmu kemasyarakatan kerana fitrah manusia hidup bermasyarakat. Hubungan manusia dengan manusia yang lain diertikan sebagai masyarakat. Didalam ilmu masyarakat terdapat beberapa ilmu mengenai tingkah laku anggota masyarakat itu samada berkaitan pembahagian sumber kekayaan yang terhad kepada keperluan dan kehendak manusia yang dinamakan sebagai ilmu ekonomi, atau berkaitan tentang pembahagian kuasa, proses membuat suatu keputusan atau dasar yang akan menentukan bentuk dan pergerakkan rakyat yang dinamakan sebagai politik, atau berkait tentang kajian tentang apakah faktor anggota masyarakat itu bertindak dengan sesuatu sikap dan pendirian yang dipanggil psikologi, tentang asal-usul budaya dan bangsa suatu masyarakat yang dipanggil antropologi dan pelbagai lagi ilmu-ilmu kemasyarakatan yang amat luas untuk manusia mengenali dan memahami tentang satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Allah S.A.W mahu semua manusia mengiktiraf kemanusiaan yang lain. Ertinya hak kemanusiaan itu mesti diberikan walaupun manusia yang lain itu sendiri tidak beriman dengan Allah dan dia tidak juga manjadikan Islam sebagai satu-satunya cara hidup. Islam membenarkan sesiapa dikalangan Islam sendiri untuk memaksa mana-mana manusia yang tidak beriman untuk beriman dengan Allah. Tetapi Islam menuntut kepada seluruh umatnya untuk bersungguh-sungguh menjalankan kerja-kerja penerangan kepada anggota masyarakat yang lain bahawa betapa cantiknya Islam apabila dilaksanakan. Umat Islam juga diperintahkan oleh Allah untuk bersungguh-sungguh memberi tawaran kepada anggota masyarakat bahawa kpentingan, kebajikan dan hak mereka sebagai manusia adalah lebih terjamin malah lebih baik kedudukannya jika dibandingkan dengan amalan demokrasi yang ada sekarang ini.

Sebelum ini manusia-manusia yang terhadap Islam, samada amalannya atau umatnya sendiri kerana disebabkan oleh propaganda-propaganda jahat yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam dari kalangan Islam sendiri. Mereka ini telah menerima pendidikan dan dilatih sekian lama dengan amalan-amalan ciptaan orientalis yang memang mahu menjadikan mereka-mereka ini sebagai ejen merosakkan masyarakat dan sistem Islam itu sendiri. Sekian banyak kisah-kisah manusia yang menentang Islam seperti kisah penentangan Kaum Nabi Noh A.S, KAum 'Ad dan Thamud, Fir'aun dan Nabi Musa A.S, Kaum Bani Israil dengan Nabi Musa, Ashabul Ukhdud dan bermacam-macam kisah lagi sehinggalah penentangan Kaum Musyrikin di Makkah kemudian Kaum-kaum Yahudi juga Munafiq di Madinah seluruhnya berkisar tentang sikap melampau manusia yang bersungguh-sungguh menentang para nabi dan Islam hanya kerana untuk mempertahankan kedudukan yang menjadi akses kepada mereka mengaut kekayaan dengan mengambil kesempatan terhadap kejahilan dan kelemahan manusia yang lain.

Manusia tidak akan tahu tentang apa sebenarnya yang menjadi matlamat dan tujuan manusia yang bermusuh dengan pejuang kebenaran melainkan dengan didikkan dari wahyu Allah dan peristiwa yang telah berlaku ke atas Rasulullah sepanjang hidup baginda S.A.W Yang menciptakan manusia, langit dan bumi adalah Allah, maka segala rahsia tentang manusia hanya Allah sahaja yang maha mengetahui kerana dia adalah pencipta, pencipta sudah tentu tahu apa yang diciptakannya, baik buruk, kelemahan kekuatan dan segala-galanya. Maka Al-Quran adalah sebaik-baik rujukan dan Sunnah Rasulullah S.A.W adala sebaik-baik nota kaki kepada Al-Quran dimuka bumi ini. Berdasarkan wahyu Allah yang mengisahkan betapa golongan yang menentang Islam itu hanya semata-mata untuk mengekalkan kedudukannya juga hartanya, begitu juga musuh-musuh Islam dari kalangan Islam pada zahirnya, juga mewarisi matlamat kaum-kaum penentang terdahulu.., hanya bertujuan untuk mengekalkan kedudukan, jawatan dan kekayaan yang dimiliki dengan jalan yang amat batil.

Golongan-golongan inilah yang menjadi pengahalang kepada anggota masyarakat untuk kenal-mengenal antara masyarakat yang lain. Masyarakat terus disempitkan minda dan mentalitinya kepada sentimen kaumnya semata-mata sedangkan rahsia ini Allah Ta'ala telah bongkarkan bahawa bukan kepentingan kaum yang mereka perjuangkan namun hakikatnya kedudukan dan kekayaan mereka yang mesti dipertahankan. Hanya yang boleh jika apa yang diperjuangkan oleh anggota masyarakat marhaen ialah apa jua yang boleh menguntungkan mereka dan kedudukan mereka terjamin. Sekiranya apa yang diperjuangkan oleh anggaota masyarakat itu berbentuk penentangan yang bersifat menggugat kedudukan dan kekayaan mereka maka golongan ini akan diperangi habis-habisan serta diburuk-burukkan dengan label yang amat negatif.

Maka, mengenali masyarakat memerlukan seluruh manusia bersifat terbuka dalam menerima pandangan masyarakat yang lain. Apabila manusia itu ada pandangannya, manusia itu akan menzahirkan dengan suaranya. Manusia itu akan bercakap untuk menzahirkan pendirian dan pandangannya. Kebebasan bagi manusia-manusia yang Muslim di dalam sesbuah masyarakat yang menjadikan Islam sebagai dasar adalah berdasarkan kepada konsep syura. Manusia-manusia muslim adalah bebas untuk mengeluarkan pendapatnya selagi mana perkara yang dinyatakan oleh manusia muslim tersebut tidak menyalahi dua perkara berikut ;

1. Tidak mengeluarkan pendapat terhadap perkara-perkara yang telah ada ketetapannya daripada dalil-dalil yang Qat'ie daripa Al-Quran dan As-Sunnah.

2. Tidak menyatakan sesuatu perkara yang bercanggah dengan ruh Islam.

Kebebasan untuk manusia muslim bersuara dan menzahirkan pendapat adalah dalam rangka untuk memperbaiki masyarakat. Malah, kerana itulah manusia muslim itu berhak untuk menyatakan pendirian dan pandangannya terhadap pemimpin negaranya sendiri sekiranya ada perkara-perkara yang dilakukan oleh pemimpin itu tadi tidak menepati apa yang telah ditetapkan oleh Islam atau tidak sesuai dengan kemaslahatan manusia sebagai anggota masyarakat selurunya.

Terhadap manusia-manusia non muslim, mereka tetap diberikan kebebasan untuk manzahirkan pendirian mereka. Kebebasan bersuara yang diberikan kepada non-muslim berdasarkan kebebasan beragama yang diberikan kepada mereka. Oleh itu manusia muslim tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan agama manusia non-muslim dan non-muslim juga tidak dibenarkan untuk mencampuri urusan-urusan Islam kerana Islam sendiri memberikan kebebasan bersuara kepada non-muslim secara khusus untuk mentadbir urusan sesama mereka dari aspek keugamaan dan kebudayaan. Mereka juga diberikan hak oleh Islam untuk untuk memberikan pandangan terhadap pentadbiran negara dan masyarakat secara umum dengan panduan dan undang-undang yang sama seperti kaum muslimin.

Kebebasan hak asasi manusia seperti hak bersuara yang telah disebut diatas dijamin oleh Islam tanpa mengira Islam atau tidaknya manusia itu. Kerana memang manusia itu bersifat suka bersuara. Oleh itu Islam memberikan peruntukan kebebasan untuk manusia bersuara sesuai dengan keperluan-keperluan manusia-manusia itu untuk terus hidup dalam satu masyarakat yang tersusun sistemnya dengan bahagia dan berkebajikan. Namun mengapakah masih ada manusia-manusia yang menentang semua ini..? Jawapannya hanya kerana menjaga status quo mereka sebagi pemerintah selama-lamanya. Kerana jika tidak dapat mengekalkan kedudukan mereka selam-lamanya, maka habislah mereka dihukum oleh masyarakat kerana selama ini mereka ditipu, dibohong, ditindas, dibelasah serta dirompak harta kekayaan masyarakat yang sepatutnya diamanahkan kepada mereka untuk mentadbir dan melaksanakan dasar yang baik-baik untuk masyarakat yang dipimpimpin menjadi baik. Kerana jika harta yang diamanahkan hanya difaraidkan kepada pemimpin dan anak juga menantu mereka sahaja, maka akan ada masyarakat yang tidak cukup makan, malah tidak dapat makan pun. Akhirnya rakyat terpaksa mencuri, merompak, merogol, menculik dan sebagainya semata-mata untuk memuaskan keperluan dan kehendak juga naluri manusia itu.

Penyelesainnya adalah, seperti yang termaktub dihujung ayat ke-13 surah Al-Hujurat,

" Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa ( yang paling takutkan Allah.., "

maka manusia atau masyarakat itu akan menjadi mulia dengan menjadikan dirinya takut kepada Allah S.W.T. Taqwa ertinya takut. Taqwa kepada Allah ertinya Takut kepada Allah dalam erti kata lain takut untuk meninggalkan suruhannya dan takut untuk melakukan larangannya. Membina satu masyarakat yang baik disisi Allah adalah satu arahan kepada siapa sahaja yang diberi mandat kepadanya. Setiap anggota masyarakat pula dituntun untuk memilih pemimpin masyarakat mereka dari kalangan mereka yang amat-amat takutkan Allah kerana hanya mereka ini sshaja yang akan memastikan undang-undang yang akan dilaksanakan hanya undang-undang dari Allah kerana manusia ini dicipta oleh Allah maka Allah sahajalah yang layak untuk menetap dan menentukan undang-undang terbaik untuk manusia. Sekiranya manusia-manusia di masyarakat itu masih dibelenggu kejahilan sedangkan yang menjahilkan mereka adalah pemimpin dikalangan masyarakat itu juga..maka selama itulah minda mereka akan tertutup dari mengenali masyarakat yang lain, selama itu jugalah mereka akan ditindas, dibohong, ditipu dan sebagainya kerana hanya manusia yang sungguh-sungguhnya taqwanya kepada Allah yakni manusia yang sungguh-sungguh takutkan Allah sahaja yang akan membawa masyarakat mengenali masyarakat yang lain dan akhirnya menyatukan masyarakat itu di bawah naungan Al-Quran.