About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, May 9, 2008

Label Negatif Hanya Pada Pakatan Rakyat..,Tidak Pada UMNO/BN

Pernah diriwayatkan tentang satu kisah seorang sahabat nabi yang bernama Abdullah Bin Salam, sebelum Islamnya beliau adalah seorang pendita yang mahir tentang kitab taurat. Beliau amat disanjungi oleh umat yahudi ketika itu atas kepakarannya dalam mentafsirkan taurat dan segala ilmu di dalamnya. Dalam semua kitab yang diturunkan Allah kepada utusannya, pasti akan menceritakan tentang kemunculan nabi dan rasul terakhir yang akan memimpin manusia. Bahkan disebut oleh Allah Ta'ala di dalam surah As-Soff ayat ke-5 yang bermaksud ;

" Dan ketika telah berkata Nabi Isa anak kepada Maryam ; ' wahai Bani Isra'il...!!! sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat, dengan membawakan kepada kamu berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang selepas aku bernama 'Ahmad ( Muhammad )'. Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas lagi nyata, mereka berkata ; 'ini adalah sihir yang amat nyata"
( As-Soff ayat-5)


Maka pada satu ketika Rasulullah bertemu dengan sekumpulan kaum Yahudi bertanyakan tentang perihal Abdulla Bin Salam, maka segala puji dan puja dilimpahkan ke atas Abdullah Bin Salam dengan kemuliaan dan penghormatan atas kapasitinya seorang pendita yang mahir berkaitan kitab Taurat. Namun setelah Rasulullah mendedahkan kepada mereka bahawa Abdullah Bin Salam telah pun mengucapkan dua kalimah syahadah dan telah Islam ia, serta merta peribadi Adullah Bin Salam ditohmah, dicerca, dimaki hamun bahkan dianggap manusia yang paling celaka di atas muka bumi hanya kerana beliau telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kaum yahudi yang pada mulanya amat memuliakan Abdullah Bin Salam sebelum Islamnya namun dengan sekelip mata dihina dan dikeji hanya kerana iman dan bersama dengan nabi.

Kisah tersebut memberikan satu pengajaran kepada pejuang islam dan kebenaran bahasanya pihak musuh akan memuja dan memuji jika bersama mereka jika sebaliknya, maka cemuhan dan segala yang yang mereka anggap sebagai layak diberikan. Inilah suatu sikap double standard yang sebenarnya sudahpun berlaku ke atas Rasulullah dan Para Sahabatnya. Meletakkan label buruk dan negatif dan buruk kepada pejuang kebenaran bukan satu perkara baru, tetapi lebih kepada mewarisi golongan yang ego dengan dirinya untuk terus menentang sesiapa sahaja yang berjuang menegakkan kebenaran dan bersungguh-sungguh menolak dan mencegah kemungkara.

Inilah yang berlaku pada Pakatan Rakyat. Sejak kemorosotan prestasi UMNO/BN pada PRU-12 yang lalu, UMNO khususnya terus mengambil kesempatan berlakon menjadi juara umat Melayu. Apa sahaja yang berkaitan dengan hal ehwal Melayu, hanya UMNO sahaja yang layak memberikan keputusan bahawa kaedah menguatkan dan mengembalikan hak juga ketuanan Melayu kununnya hanya pada UMNO. Seolah-olah UMNO adalah tuhan yang menciptakan Melayu di atas muka bumi ini, justeru mendidik manusia bahawa rezeki dan ajal umat Melayu hanya di tangan UMNO sahaja, dan bersaksi bahawa tiada tiada lain melainkan UMNO sahaja yang mampu memberi rezeki.

Orang Melayu amat sensitif soal raja-raja Melayu. Barang siapa yang menentang keputusan raja di anggap menderhaka. Maka atas kesempatan ini juga UMNO cuba menjadi pelakon terbaik pembela raja-raja Melayu. Isu Lim Kit Siang mengambil pendirian memulaukan majlis angkat sumpah Ir Mohamad Nizar Bin Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak diambil kesempatan sepenuhnya oleh UMNO sebagai senjata utama UMNO menyerang Pakatan Rakyat walaupin Lim Kit Siang selepas itu meminta maaf secara terbuka kepada pihak istana Perak. Terbaru, isu ahli Parlimen Bukit Gelugor yang juga sebagai pengerusi DAP kebangsaan, Karpal Singh berikutan kenyataan berhubung isu Menteri Besar Perak mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak ( JAIP ) bertukar ke jabatan lain dalam tempoh 24jam, digunakan sepenuhnya oleh UMNO untuk menghentam Karpal malah melabelkan Karpal sebagai penderhaka kepada Sultan.

Dengan salah guna kuasa amalan UMNO dulu kini dan selamanya, media digunakan seoptimum mungkin untuk menggambarkan betapa bahayanya pemimpin Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa dan membentuk kerajaan. Mesej yang jelas mahu disampaikan oleh UMNO bahawa raja-raja yang selama ini menjadi teduhan umat Melayu seluruhnya akan tercabar dan dicabar seterusnya mungkin akan dihapuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat sekiranya mereka berkuasa membentuk kerajaan. Segala-gala propaganda yang sedang dan akan disebarkan oleh UMNO ini tidak lebih hanya sekadar mahu melaga-lagakan mimda rakyat bahawa suatu hari nanti tidak akan ada jaminan umat Melayu akan dapat hidup dengan aman dan selesa kerana naungan umat Melayu yang menjadi tempat berteduh umat Melayu akan musnah ditangan Pakatan Rakyat.

Soalnya, kenapa bersungguh benar UMNO dengan tiba-tiba melenting dan menjadi perisai tiruan kepada raja-raja Melayu. Tidak semena-mena isu derhaka kepada raja menjadi isu terhangat media perdana. Apakah UMNO mahu mentup isu keretakkan UMNO itu sendiri disamping mengambil kesempatan atas isu derhaka kepada raja ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka adalah jaguh memperjuangkan kedaulatan raja-raja Melayu. Mengapa isu bekas Menteri Besar Perlis memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baru tidak diambil tindakkan oleh UMNO lantaran beliau menafikan pilihan Raja Perlis, bukankah itu derhaka namanya. Mengapa tidak diambil tindakkan sebahagian pemimpin UMNO Terengganu tidak bersetuju dengan pilihan Sultan Terengganu bahkan menyifatkan pihak Istana Terengganu Sebagi " natang " yang jelas derhakanya kepada institusi raja di sana. Mengapa UMNO tidak mahu mengheret golongan penentang pilihan Sultan Terengganu malah menyifatkan Pihak Istana sebagai binatang tidak dihebohkan derhakanya. Muncul beberapa tokoh dan pengamal undang-undang mendesak agar Karpal di dakwa dibawah akta hasutan, kenapa penderhaka dari golongan UMNO tidak pula mahu didakwa dibawah akta hasutan, malah tidak membela raja-raja pula ketika itu atas dasar bercanggah dengan perlembagaan dan sebagainya??

Maka benarlah bahawa label penderhaka hanya melekat pada pemimpin Pakatan Rakyat dan tidak pada siapa sahaja yang hidupnya beriman dengan UMNO dan Barisan Nasional. Rupa-rupanya sejarah pasti berulang. Sikap double standard seperti kisah Abdullah Bin Salam kini diwarisi oleh UMNO dan Barisan Nasional. Label jahat hanya pada siapa sahaja yang berjuang menegakkan kebenaran, tidak kepada pelopor kemungkaran.

No comments: