About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, May 12, 2008

Isu Murtad ; Konsep Kebebasan Beragama Dalam Islam

Islam adalah agama juga kaedah serta cara hidup yang paling sesuai dengan fitrah manusia. Islam itu sendiri berperanan memelihara dan menjamin hak individu itu dari diceroboh oleh individu yang lain secara batil. Kebabasan individu dalam memnuat keputusan adalah salah satu kelebihan dan keistimewaan yang diperuntukkan dalam Islam di samping kelebihan-kelebihan yang lain seperti menjaga kebajikan seluruh manusia, menjaga harta manusia dari di ceroboh oleh manusia lain secara tidak sah atau penindasan ekonomi, persamaan sesama manusia tanpa ada kasta dan double standard ( tidak seperti amalan Islam Hadhary UMNO ), menjaga maruah, kehormatan manusia serta nasab keturunan manusia, menjaga nyawa manusia serta menjaga akal manusia dan banyak lagi. Seluruhnya itu sudah cukup menggambarkan bahawa Islam adalah satu-satunya jawapan terhadap persoalan hidup manusia.

Kesimpulan-kesimpulan di atas adalah kelebihan-kelebihan serta keistimewaan-keistimewaan yang membuktikan betapa Islam adalah cara hidup yang maha lengkap betapa Islam juga merupakan cara hidup yang maha sesuai dengan fitrah manusia. Walaupun Islam adalah satu-satunya agama atau cara hidup yang paling sesuai dengan fitrah manusia, namun Islam tidak menyuruh penganutnya mengadakan paksaan kepada individu non muslim untuk menerima Islam sebagai cara hidupnya. Adapun larangan paksaan atau memaksa individu non-muslim untuk memeluk Islam sebagimana firman Allah yang bermaksud ;

" Tidak ada paksaan untuk ( memeluk ) agama ( Islam ), sesunggunya telah jelas jalan yang benar ( Islam ) dari jalan yang salah..,

( Surah Al-Baqarah Ayat-256 )


Adapun Islam meletakkan hak kepada individu yang menganggotai masyarakat itu dengan kebebasan kepadanya untuk menyatakan pendirian dan untuk bersuara. Sifat manusia yang suka mengambil hak orang lain secara batil menyebabkan manusia perlukan undang-undang untuk mengawal dan mengatur pergerakkan serta tindakan manusia itu agar tidak melampau batas kemanusiaan. Begitu juga hak individu terhadap kebebasan beragama. Dalam islam, adalah amat dilaranga kepada mana-mana individu muslim hatta pemerintah sekalipun untuk memaksa mana-mana individu atau kelompok non-muslim untuk menjadi seorang muslim.

Atas dasar bukan paksaan, Islam menuntut setiap Muslim untuk berdakwah kepada non-muslin sekitarnya untuk menerang dan memberi maklumat selengkap mungkin betapa cantiknya Islam ini menjaga dan memelihara kemurniaan kemanusiaan itu sendiri. Sekurang-kurangnya individu non-muslim itu kalaupun dia tidak tertarik untuk memeluk Islam, sekadar dia mengetahui bahawa Islam menjamin hak non-muslim untuk terus hidup bermasyarakat, berekonomi dan selamat dibawah pemerintahan Islam pun sudah mamadai. Sekiranya dakwah dan program penerangan ini dijalankan dengan tiada halangan ( lebih-lebih lagi dari musuh Islam dari kalangan Islam sendiri yang mahu menakut-nakutkan non-muslim kepada Islam atas kepentinga politik sekularnya itu ), saya pasti bahawa masyarakat atau indidvidu non-muslim akan lebih memahami bahawa jaminan Islam kepada mereka untuk hidup termasuklah mengamalkan amalan agama mereka sendiri adalah lenh terjamin dari sistem demokrasi acuan sekular yang jelas memusuhi seluruh agama yang diamalkan dikebanyakkan negara di dunia kini.

Atas dasar itulah meletakkan bahawa masyarakat non-muslim bebas untuk mengamalkan agama mereka sendiri dan masyarakat islam yang lain tidak dibenarkan untuk masuk campur urusan agama mereka. Untuk masuk campur urusan agama non-muslim pun tidak dibenarkan oleh Islam, apatah lagi merobohkan rumah ibadah seperti kuil atau mempersoalkan non-muslim untuk makan dan menternak babi kerana perkara itu dibenarkan dalam agama mereka sendiri. Maka untuk urusan Islam, tidak dibenarkan mana-mana individu atau kelompok non-muslim untuk mempersoalkan apa-apa amalan serta undang-undang Islam kerana ia adalah dibawah amalan Islam itu sendiri. Kesmpulannya muslim tidak dibenarkan untuk masuk campur urusan agama non-muslim, dan non-muslim juga tidak dibenarkan untuk masuk campur urusan agama Islam. Inilah keharmoniaan yang diasaskan oleh Islam, maksud sebenar kebebasan beragama itu adalah menghormati urusan dan agama agama lain tanpa ada tindakan masuk campur yang akan menjejaskan semangat hormat-menghormati antara manusia dengan manusia yang lain.

Atas dasar itu juga Islam tidak memaksa mana-mana non muslim untuk memeluk Islam kerana menganggap jika individu itu hanya menerima maklumat tentang Islam dan amalan-amalannya, dia masih belum berada dibawah urusan Islam tetapi Islam menggalakkan penganutnya untuk terus memberi semangat kepadanya sekiranya dia benar-benar tertarik untuk memeluk Islam tetapi tidak boleh memaksanya. Seseorang individu yang ingin memeluk Islam perlu secara total untuk menyerahkan dirinya untuk tunduk pada apa yang diperintahkan oleh Allah kepadanya. Tunduk kepada perintah Allah bermaksud melakukan seluruh suruhannya dan meninggalkan seluruh larangannya. Maka adalah menjadi tanggungjawab kepada musli itu sendiri atau badan-badan dakwah atau mana-mana pentadbiran hal-ehwal Islam untuk bekerja keras memberi penerangan tentang Islam secara kesuluruhan agar non-muslim tidak menerima maklumat tentang Islam sekerat-sekerat tetapi maklumat yang bersifat komprehensif juga menyeluruh dari segi amalan dan pandangannya terhadap kehidupan manusia serta hubungannya dengan tuhan.

Sekiranya ini berlaku, pasti non-muslim akan lebih memahami secara terbuka tentang Islam.Non Muslim yang bercadang menjadikan Islam sebagai cara hidup juga adalah diberikan ilmu dan maklumat yang tepat tentang undang-undang yang mesti dipatuhinya selepas dia melafazkan syahadah sebagai tanda beriman dengan Allah dan Rasulnya. Non-Muslim itu juga mesti diberi tahu bahawa antara undang-undang yang mesti dipatuhi adalah tidak boleh kembali kepada agama asal mereka kerana Islam mempunyai maruah dan tidak boleh keluar masuk sesuka hati sepeti keluar masuk ke kelab malam.

Apakah ianya bercanggah dengan hak asasi manusia..? Jawapannya sudah pasti tidak kerana persoalan hak asasi manusia tidak boleh dijawab dengan jawapan dari manusia kerana yang menciptakan manusia bukan manusia tetapi Allah Ta'ala sebagai tuhan yang menciptakan manusia dan seluru alam yang fana ini. Akal manusia yang amat terbatas pasti akan memberikan jawapan yang tidak akan pernah tepat bahkan akan berubah mengikut persepsi manusia itu. Manusia akan mencari jawapan yang bersifat menguntungkan dirinya sahaja tanpa memperdulikan orang lain. Oleh itu jawapan sebenar hanya datang dari tuhan yang menciptakan manusia yang sudah pasti Allah jualah Yang Maha Mengetahui kelebihan dan kelemahan manusia itu sendiri termasuklah dalam konteks ini tentang hakikat hak asasi manusia. Asas yang diletakkan oleh Allah Ta'ala ialah menghormati hak orang lain termasuk hak untuk mengamalkan agamanya kerana telah jelas kebenaran tentang Islam dan kepalsuan cara hidup selain dari Islam. Selepas itu barulah akal manusia dapat memainkan peranannya untuk menilai tentang kebenaran dan kebaitlan suatu cara hidup itu itu selepas mendapat bimbingan wahyu dari Allah Ta'ala yang juga menciptakan otak dan akal manusia yang bersifat lemah.

Apabila sesorang itu telah memeluk Islam kemudian ingin mengambil keputusan untuk kembali kepada asalnya adakah dibolehkan dalam Islam..? Sudah tentu tidak boleh kerana Islam adalah satu-satunya agama yang ada maruah. Maruah Islam dipelihara dengan kedaulatan undang-undangya. Antara undang-undangnya adalah melarang umatnya dari keluar dari agamanya. Soal maruah agama selain dari Islam, perlu ditanya pada pengamal agama itu sendiri, apakah ada pada agama itu seperti yang termaktub didalam undang-undang Islam. Biasanya non-muslim yang bersungguh-sungguh ingin memeluk Islam akan mengkaji kepalsuan agamanya dahulu setelah ia yakin bahawa hanya Islam yang benar, barulah dia akan komited meninggalkan agamanya buat selama-lamanya. Adapun yang keluar masuk Islam sesuka hatinya biasanya hanya dikalangan mereka yang tidak menerima maklumat aqidah Islam yang sebenar seterusnya dia tidak merasakan betapa berbezanya Islam dengan agam-agama yang lain. Kerana faktor itulah berlakunya kes-kes murtad kerana mereka tidak bersama Islam dengan ilmu tetapi faktor lain seperti faktor cinta ( perkahwinan ) dan harta. Putusnya ikatan perkahwinan maka dengan mudah juga dia memutuskan hubungan dengan Allah. Di sini dapat kita lihat manusia dengan mudah mempermainkan Allah, boleh diterima dan ditolak mengikut hawa nafsunya sahaja.

Undang-undang murtad adalah dibawah urusan Islam. Seperti umat Islam dilarang masuk campur apa-apa urusan agama selain Islam, begitu juga non-muslim adalah dilarang untuk masuk campur urusan undang-undang Islam. Undang-undang Islam adalah terhebat maka tiada yang terhebat melainkan Islam. Agama lain tiada undang-undang sehebat undang-undang Islam kerana Islam adalah agama yang maha hebat. Islam hanya dilihat tidak hebat kerana ada penganutnnya sendiri tidak mengamalkan undang-undang yang maha hebat ciptaan Allah Yang Maha Hebat dan Dia Yang Maha Menciptakan Manusia dengan kehebatan-Nya. Oleh kerana itu. janganlah menilai Islam dari mana-mana manusia yang mengaku Islam tetapi menolak Islam sebagai cara hidupnya bahkan memusuhinya pula. Oleh kerana Islam adalah agama yang hebat diciptakan oleh Yang Maha Hebat, maka sudah pastilah Yang Maha Hebat memperuntukkan undang-undang yang akan memastikan Islam adalah suatu cara hidup serta agama yang hebat. Suatu yang hebat pasti bermaruah. Suatu yang tidak bermaruah adalah tidak hebat bahkan menjadi hina umpama anak gadis yang sesiapapun boleh tidur dengannya kerana itu anak gadis itu tidak hebat bahkan hina pula disisi manusia bahkan disisi Allah. Anak gadis itu akan dikira hebat jika ada undang-undang dilaksanakan padanya, mesti diikat dengan pernikahan yang sah, barulah dia menjadi hebat. Begitu juga dengan Islam, kehebatannya adalah kerana dia ada maruah. Islam bermaruah dengan sesiapapun tidak boleh keluar masuk kedalamnya sesuka-hati tanpa patuh kepada undang-undangnya. Maka undang-undang melarang muslim untuk murtad adalah penyelesaiannya. Dia mesti tunduk pada undang-undang Allah kerana dia masih dibawah urusan Islam. Maka tiada hak non-muslim untuk mempersoalkan undang-undang ini keran Islam sendiri mengambil sikap tidak masuk campur apa-apa urusan agama-agama lain.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk mewujudkan rasa tidak senang non-muslim kepada Islam. Bagi amalan agama anda, tiada halangan untuk anda mengamalkanya bahkan kami sebagai muslim yang patuh kepada suruhan Allah dan Rasul serta serta larangannya adalah dilarang untuk mempersoalkan amalan agama anda kerana anda bebas untuk mengamalkannya . Maka anda juga tidak perlu susah payah mencampuri urusan agama kami kerana soal larangan murtad adalah urusan kami sebab kami dilarang untuk memaksa anda memeluk agama kami. Bukankah kita dituntut untuk menghormati urusan agama yang lain..? Kalau Islam ada kod etika yang jelas kepada penganutnya untuk menghormati urusan agama yang lain..mengapa tidak agama lain untuk menghormati urusan undang-undang kami...?


2 comments:

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

As-Salamu 'Alaikum!
Salam kepada ahli-ahli PAS sg. sireh, terutama sdra sendiri.
Takbir!!!

AnakMudaParlimenBatu said...

assalamualaikum?
Mengapa isu murtad ini tidak sehabat isu karpal dikatakan hina Sultan ... mengapa kes di Perlis itu dipandang sepi oleh media lantas org Islam di Malaysia tidak ketahui kes tersebut.
Sedih rasa bila dpt tahu seorang lagi org Islam keluar dari Islam.

Kembali Lah Kepada Hukum Allah S.W.T

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …