About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Saturday, May 24, 2008

Aurat Bukan Perkara Remeh

Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda ;

"Dua jenis manusia penghuni neraka yang aku tidak melihatnya; golongan orang yang memegang tongkat menggerakkannya seperti ekor lembu, memukul manusia, golongan perempuan yang memakai pakaian tetapi seperti bertelanjang yang menarik pandangan lelaki dan memalingkan pandangannya kepada lelaki, kepala ( rambut ) seperti bonggol unta Khurasan. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium baunya sedangkan baunya semerbak sejauh perjalanan demikian demikian." ( Hadith Riwayat Muslim )

Hadith yang saya nyatakan di atas dengan jelas menyentuh soal kod etika pakaian bagi muslimat. Menutup aurat bukan sekadar mengenakan tudung kepala sehingga menutup dada atau memakai pakaian yang longgar sahaja bahkan mestilah pakaian itu tidak menampakkan bentuk susuk badan baik bentuk luaran badan ataupun pakaian yang longgar sehingga menampakkan susuk tubuh badan si pemakai pakaian tersebut.

Rasulullah menyebut bahawa antara golongan yang menjadi penghuni neraka antaranya adalah golongan wanita yang memakai pakaian tetapi seperti bertelanjang yang menarik pandangan lelaki. Ini bermkasud bahawa antara kriteria-kriteria menutup atau menjaga aurat yang sempurna antaranya adalah tidak memakai pakaian yang nipis. Jika tidak, maka ia sama sahaja keadaannya dengan orang yang bertelanjang kerana susuk tubuh wanita itu secara fitrahnya memang menarik perhatian mana-mana lelaki di atas muka bumi ini walaupun seseorang wanita itu tidak mengingininya.

Menjaga aurat adalah langkah pertama mendidik manusia dari menjauhi jenayah zina. Islam mendidik seluruh umatnya menjauhi bahaya zina. Zina dikira jenayah yang cukup besar di sisi Allah yang akan merosakkan keturunan dan nasab manusia di samping menjatuhkan maruah manusia itu sama seperti binatang. Sudah menjadi fitrah manusia itu, lelaki mempunyai rasa tertarik dengan wanita begitu juga sebaliknya. Oleh kerana itu Islam meletakkan berbagai-bagai undang-undang dan peraturan yang sesuai benar dengan fitrah manusia. Bermula dengan menutup aurat kemudian dilarang mendekati zina, disyari'atkan nikah untuk manusia menyalurkan fitrahnya ke jalan yang diredhai Allah. Semua ini adalah untuk memastikan tiada manusia yang akan mengambil hak orang lain secara bathil. Kehormatan adalah hak manusia. Setiap manusia terutamanya wanita ada kehormatannya. Menjaga kehormatan wanita bermakna menghormati hak wanita. Kerana wanita ini umpama duit. Tidak boleh didedahkan dan mesti dijaga dengan rapi. Manusia sentiasa tertarik dengan duit. Jika duit itu sentiasa terdedah dan tidak dipelihara keselamatannya. Ia bermakna duit itu sentiasa terdedah kepada bahaya. Ramai orang ingin memilikinya walu dengan cara apa sekalipun. Namun duit hanya boleh boleh dimiliki dengan jalan yang sah, jika tidak, duit itu akan dirampas kehormatannya maka duit itu tidak bernilai lagi.

Berhubung dengan isu PKPIM memberi saranan kepada pihak kementerian pelajaran untuk mengkaji semula pakaian pelajar perempuan di sekolah, saya menyokong penuh saranan itu adas dasar iman dan taqwa. Perkara ini bukan isu remeh. Sekolah tempat mendidik manusia menjadi manusia yang boleh menjadi ejen perubahan masyarakat kepada masyarakat yang lebih baik. Sekolah bukan sekadar tempat menadah ilmu. Sekolah tempat mendidik manusia ke jalan kebenaran. Maka mendidik manusia menjauhi masalah zina adalah tanggungjawab semua. Oleh itu, mendidik pelajar lelaki dan perempuan memamakai pakaian yang dijamin tidak menjolok mata manusia lain. Keadaan remaja terutama pelajar sekolah kini pun sudah dikira bejat yang amat sangat. Malah aktiviti seks bebas dikalangan pelajar sekolah menengah bukan suatu perkara asing, menunjuk betapa parahnya moral dan akhlak remaja kini. Ia pasti bermula dengan etika pemakaian. Walaupun yang melakukan aktiviti yang tidak bermoral juga berpakaian baik, maka langkah pertama ke arah membendung gejala tidak bermaruah dikalangan manusia mesti bermula dari kod etika pakaian Islam di sekolah.

Soal pakaian nipis yang menampakkan aurat, terdapat satu hadith menyentuh soal ini. Hadith yang diriwayatkan oleh Sayidatina 'Aisyah R.A menceritakan bahawa Asma' Binti Abu Bakar menemui Rasulullah S.A.W dengan pakaian nipis, lalu Rasulullah S.A.W bersabda ;

" Wahai Asma' Binti Abu Bakar...!!! Sesungguhnya perempuan yang datang haidh tidak boleh dilihat melainkan ini sahaja." Rasulullah mengisyaratkan pada muka dan tapak tangan.
( Hadith Riwayat Abu Daud )

Rasulullah sendiri melarang Asma' Binti Abu Bakar memakai pakaian yang nipis. Maka syarat sempernua penutupan aurat juga adalah pakaian yang dipakai tidak boleh nipis sehingga menimbulkan fitnah. Saya yakin pimpinan PKPIM sudah merujuk dan mengkaji perkara ini untuk perhatian dan tindakan yang sepatutnya terutama pihak kementerian pelajaran yang bertanggungjawab ke atas perlaksanaan dasar pendidikan termasuklah dasar pemaikaian yang mendidik manusia agar menjauhi fitnah. Namun agak malang saranan ini dipandang sepi malah PKPIM dikritik dan dihentam pula bahkan sehingga ada pihak yang melabelkan mereka sebagai ejen taliban untuk 'mentalibankan' manusia. Saya tidak hairan jika orang yang mengkritik kenyataan dan saranan PKPIM itu dikalangan non-muslim yang pelik ialah orang yang mengaku Islam tetapi berpendirian sama seperti non-muslim sedangkan dua hadith yang saya bawakan sebagai panduan kita bersama jelas menyebut dengan nyata tentang tegahan memakai pakaian yang nipis. Tak kiralah pakaian itu baju kurang kah atau jubah kah atau apa-apa jenis pakaian yang pada asalnya menutup aurat tetapi jika ia jarang atau nipis sehingga menampakkan bahagian dalam si pemakai ia tetap dikira tidak menutup aurat.

Saranan saya pula, semua pihak harus bersama pendirian PKPIM dalam isu ini kerana ia melibatkan isu aqidah, syari'at dan akhlak. Yakin tanpa bebrbelah bagi terhadap apa yang telah diputuskan oleh Allah dan Rasul-Nya adalah perkara 'aqidah, melaksanakan undang-undang dan peraturan yang disyari'atkan Allah dan Rasulnya adalah perkara Syari'at, hidup menurut peraturan itulah akhlak.( saya amat menantikan pendirian UMNO dalam isu ini )

Saranan PKPIM ini bukan satu perkara yang remeh. Gejala sosial yang amat meruncing di kalangan anak muda terutama pelajar sekolah malah mahasiswa/wi pusat pengajian tinggi juga dilaporkan amat kritikal. Saranan ini saya kira mesti dipanjangkan ke peringakat pusat pengajian tinggi bahkan mesti dipanjangkan kepada pekerja sektor awam dan swasta( termasuk selebriti ). Pakaian adalah antara salah satu faktor menusia itu terdorong untuk melakukan perkara memuaskan nafsu sama ada dalam keadaan rela atau tidak. Faktor-faktor lain juga mesti disemak dan dikaji semula umpamanya unsur-unsur hiburan melampau di dada media ditambah pula ransangan dari manusia itu sendiri. Abaikan mereka-mereka yang suka berbahas soal perkara ini sehingga menganggap ianya remeh. Mereka-mereka ini mencari alasan untuk menolak hukum Allah Ta'ala kerana mereka sudah lama dididik dan diasuh bertuhankan akal dan nafsu. Jika suatu perkara itu ditegah oleh Allah dan Rasulnya, maka ia bukan perkara remeh lagi. Ia adalah perkara yang mustahak dan mesti disegerakan. Wallahu A'lam.


6 comments:

ANAK JATI JOHOR DARUL TA'ZIM said...

SALAM....

TAHNIAH!!!____________KERANA...

MEMPERJUANGKAN TUNTUTAN ISLAM TU,BAGUS SEKALI..!!TAPIKAN...

SAYA INGIN BERKONGSI PANDANGAN, KALAU BENAR2 PARTI PAS BEGITU KOMITED MEMPERJUANGKAN TENTANG HAL INI(AURAT vs TUDUNG),NAMPAKNYA... SAYA BERSETUJU DENGAN HUJAH YG ANDA BERIKAN...TETAPI..

MENGAPAKAH MASIH TERDAPAT SEGELINTIR ANAK2 GADIS ORANG KITA (PAS)YG MASIH BERBOGEL KEPALA TANPA SEGAN SILU???

INI KAH YG DIPERJUANGKAN ?...atau..

RETORIK SEMATA-MATA????

aNaK BaPaK said...

salam,

terima kasih kepada anak jati johor darul ta'zim..

soalan yang selalu sanagt saya terima dan amat mudah sangat untuk saya jawab..

soalan tuan..

" mengapakah masih terdapat segelintir anak2 gadis orang2 kita (PAS) yg masih berbogel kepala tanpa segan silu???

Jawapan saya...,

saya berikan satu kiasan istimewa untuk tuan,

dalam satu kampung (persekutuan ), ada 14( negeri ) petak sawah yang mana setiap sawah itu mempunyai seorang tuan sawah ( MB ) juga keluarganya ( exco ) yang mengerjakan sawah, sudah menjadi lumrah setiap sawah pasti ada musuhnya..tikus dan siput gondang( maksiat dan jenayah tmasuklah x pakai tudung )...dalam banyak2 14 petak sawah itu..hanya 5 petak sahaja yang diusahakan oleh tuannya dengan bersungguh2 dari ancaman tikus dan siput gondang.

kelima2 tuan sawah itu bersama keluarganya bersungguh2 mengerjakan sawah dan sedaya upaya ( berjuang ) menghapuskan ancaman tikus dan siput gondang yang boleh merosakkan pokok padi dan buah padi itu sendiri. kelima2 tuan sawah juga sepakat untuk memberi memberi perlindungan kepada padi( rakyat ) dari dirosakkan tikus dan siput gondang dengan menyembur racun serangga, racun tikus, racun siput, beri baja buah baja pokok walaupun dengan harga yang mahal..namun masih ada jugak segelintir padi yang rosak ( mungkin x pakai tudung )

adapun tuan2 sawah yang lain ambil tidak kisah tentang mengawal perosak masuk ke bendang mereka.sekian banyak peruntukan racun pun beli yang murah aje..tikus pun senyum..duit lebih bagi pada menantu..contonya..hehe..maka bila pengawasan tiada..bebas biarkan tikus2 masuk ke bendang..( hiburan melampau2 ) racun pun ala kadar ( undang2 sekadar kosmetik ) maka makin ramai lah padi yang akan rosak dirosakkan tikus, serangga tikus gondang dan sebagainya. memang patutlah rosak sebab mereka tiada buat dasar mengawal padi sebab mereka ketua peringkat persekutuan. adapun tuan2 petak padi yang lima tadi terpaksa bekerja keras bertungkus lumus untuk mengawal padi mereka dari dirosakkan oleh tikus2 siput2 gondang dan serangga dari petak2 sawah yang memang rosak..dari 5 petak sawah 1 petak sahaja tuan sawah itu berjuang 18tahun mengawal padinya itupun masih ada padi yang rosak sebab jiran sebelah tak jaga padi dia, penuh dengan tikus akhirnya masuk sawah orang sebelah..baru2 ni aje dapat lagi 4 petak sawah,sebab apa..sebab tuan sawah tak pandai jaga padi..bukan takat padi..sawah pun dah nak digadaikan..maka ditukar tuannya kepada tuan yang lebih amanah dan bertanggungjawab jaga kebajikan padi..

cuba fikirkan..

kalau petak sawah kita berjuang jaga padi kita dari dirosakkan tikus dan siuput gondang, kita racun kita baja,kalu petak sawah keliling kita penuh dengan tikus penuh dengan tikus..tiukus2 dan siput2 itulah yang datang merosakkan segelintir padi2 kita..ada faham..??? hehe..

saya yakin tuan dah baca tentang dasar matlamat dan usaha pas bukan...?

apa tuan lupa bahawa selama 50tahun ni yang berkuasa di peringkat persekutuan UMNO ke PAS..? kenapa ada anak2 gadis orang PAS pun tak pakai tudong jawapannya senang sahaja..sebab dasar negara di gubal oleh UMNO dan BN..masyarakat akan lahir mengikut acuan dasar yang dibuat oleh pembuat dasar..kalau dah dasar UMNO uarat pun tak kesah..maka rakyat pun tak kesah lah pasal aurat..sebab tu islam mesti di daulatkan bukan sekadar kosmetik islam had-hari aje..50tahun memerintah apa tak cukup masa ke umno nak laksana islam..

kalau nak hapuskan tikus dan siput gondang secara optimum..14tuan petak sawah, 5 sedang berjuang yang baki terus merosakkan padi..tuan2 petak sawah yang lain mesti ditukar termasuk petak sawah johor..!!! ada faham..

bila majoriti rakyat tidak takut tuhan, maka majoriti jugaklah akan memilih pemimpin yang tidak takutkan tuhan untuk berkuasa, bila orang yang tidak takutkan tuhan berkuasa, maka undang-undang dan dasar yang digubal juga undang2 yang mendidik dan membentuk rakyat tidak takutkan tuhan, maka lahirlah ada kalangan rakyat yang terus dijahilkan bahkan rakyat yang tidak malu dan takut kepada tuhan keran acuan yang diberikan adalah acuan yang dibentuk oleh mereka yang tidak takutkan tuhan..

wallahu a'lam..

Anonymous said...

anak bapak..
kenapa jawapan terlalu panjang dan susah.
pendek tetapi panjang, senang tapi susah.
tidak releven untuk generasi kini.

aNaK BaPaK said...

manusia kalau sungguh-sungguh mahukan penjelasan..saya juga sungguh-sungguh mahu menjelaskannya..sebab manusia memang perlu diberi penjelasan panjang lebar biar faham..rajin-rajinlah membaca..tiada ruginya..insya-allah..

Ihya said...

salam...

Saya amat bersetuju dengan penjelasan saudara. Saya ni yang tak mengaji di mesir pun faham hakikat aurat ini. takut saya dengan kenyatan saudara. kalau macam inilah dasar negara maka anak ulama' pun boleh rosak,tapi bilangannya mungkin sedikit jika di bandingkan dengan keluarga yang rata rata memegang pemahaman agama tahap sederhana sahaja.

solla alan nabi

naza said...

SAYA ORANG KELANTAN SUNGGUH BERSYUKUR DENGAN PEMERINTAHAN DIBAWA TOK GURU.
AURAT MENJADI KEUTAMAAN.

TAPI ADA PIHAK YANG TAK SENANG TERUTAMA MEDIA TAK HABIS-HABIS BUAT CERITA TAK BETUL.

SEMOGA TOK GURU SENTIASA DALAM KEADAAN SIHAT DAN DIBERKATI ALLAH.

http://onlinepromosi2u.blogspot.com