About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Tuesday, April 22, 2008

UMNO berjuang kerana kuasa bukan kerana Bangsa..!!


Keputusan pilihanraya yang amat mengejutkan UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya yang telah lalu menimbulkan polemik baru tajaan UMNO atas nama perpaduan Melayu. Sekonyong-konyong UMNO dan kuncu-kuncunya menyebarkan khabar pilu bahawa kuasa politik Melayu sudah tidak sekuat dahulu. Umum mengetahui bahawa pada hakikatnya bukan kuasa politik yang dimaksudkan, tetapi kuasa UMNO yang kian lusuh menanti pupus akibat keputusan rakyat yang tidak sebodoh dahulu ketika UMNO rancak berkuasa atas kesempatan kejahilan rakyat.

Maka menyalaklah pembesar-pembesar UMNO yang rata-rata masih menganggap rakyat sejahil dahulu dengan sentimen-sentimen perkauman, setidak-tidaknya dapat mengulagi tragedi 13 Mei untuk mendapatkan semula kuasa. Bermula dengan isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan isu Dasar Ekonomi Baru, kemudian isu Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin kononnya boneka DAP, yang baru lepas isu projek kandang babi moden berharga RM 100 juta yang diteruskan oleh kerajaan Negeri Selangor yang baru namun diluluskan oleh kerajaan Negeri Selangor yang lama.

Jika dihalusi setiap serangan-serangan yang dilakukan oleh UMNO terhadap kerajaan-kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat, hanyalah yang menyentuh soal kedudukan istemewa Melayu ( kononnya UMNO sahajalah yang menjadi juara memperjuangkan hak Melayu ). Rata-rata ahli UMNO yang sedia tidak cerdik hasil dari program tidak cerdik UMNO menyahut seruan perkauman sempit ini seolah-olah kedudukan Melayu amat tidak terjamin haknya dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.Dalam erti kata yang lain, UMNO adalah pelopor mengajar masyarakat Melayu benci kepada Kaum Cina, UMNO jelas kini berperanan sebagai parti memecah-belahkan perpaduan rakyat semata-mata untuk mendapat keuntungan politik mereka. Kenyataan bahawa Melayu hlang kuasa politik disebar dan disajikan kepada masyarakat bermula dari barisan pimpinan UMNO yang kecewa sehinggalah kepada penulis-penulis UMNO kecewa di ruang surat pembaca akhbar perdana.

Tiba-tiba baru-baru ini, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO telah memilih Ahli Parlimen Bintulu YB. Dato' Seri Tiong King Sing sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional ( BNBBC ) pada majlis pemukiman yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ahli Parlimen Bintulu ini mengukir sejarah sebagai orang Cina pertama yang menduduki jawatan peneraju kelab penyokong Barisan Nasional.

Mengapa tidak dipilih dikalangan ahli parlimen UMNO yang masih mengungguli carta ahli parlimen terbanyak dikalangan parti komponen BN.Bukankah UMNO mahu memperjuangkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Bukankah UMNO mempunyai seorang ahli parlimen yang tanpa segan dan silunya mengaku bahawa dia memang nakal dan suka pecah-belahkan parti pembangkang. Dia juga suka merujuk beruk kepada sesiapa sahaja yang berdemonstrasi menolak dasar gila babi UMNO/BN yang kemudiannya ramai pula ahli UMNO jadi beruk ( merujuk kepada kata-kata ahli parlimen Rembau ) di Pulai Pinang, di Perak dan di Selangor. Bukankah orang yang paling layak menerajui satu kelab yang kerjanya menyokong usul mana-mana ahli parlimen BN tidak kira usul hak atau batil ialah orang yang suka memecah-belahkan parti pembangkang ditambah pula dengan nilai tambah kenakalan yang ada padanya,itukan satu kriterea cemerlang, gemilang dan terbilang yang patut ada pada pengerusi BNBBC.

Atau sekadar mengambil hati orang Sabah dan Sarawak maka dilantik dikalangan mereka timbalan menteri baru, pengerusi dan timbalan pengerusi kelab penyokong BN? Yang paling mustahak sekarang UMNO sudah menampakkan perangai sebenarnya dalam apa jua yang suarakannya berhubung isu ketuanan Melayu sebelum ini. Yang dimatlamatkan ialah survivor politik UMNO bukannya ketuanan Melayu. Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya melawat Sabah Sarawak UMNO dah mula gelabah biawak. Cerita 30 orang ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak membuatkan UMNO dan BN histeria. Untuk mengelakkan UMNO/BN diserang angin ahmar maka dipujuknya orang-orang Sabah dan Sarawak dengan gula-gula baru buatan UMNO, maka dilantiklah dari Sarawak pengerusi BNBBC dan wakil dari Sabah sebgai timbalannya,dengan harapan, jangan diserang angin ahmar politik negara yang baru sahaja dilanda tsunami.

Ertinya bukan seperti yang dilaungkan oleh UMNO, perpaduan Melayu, kuasa politik Melayu, ketuanan Melayu, Melayu Pupus dan macam-macam lagi berkaitan Melayu dan tergugat kedudukan kononnya. Pada hakikatnya apa yang dimaksudkan ialah perpaduan untuk UMNO, kuasa politik UMNO, ketuanan UMNO, UMNO nak pupus dan yang macam-macam lagi berkaitan tergugatnya kedudukan Melayu yang hakikat sebenarnya adalah KUASA DAN KEDUDUKAN UMNO KINI TERGUGAT...!!!!

No comments: