About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, April 18, 2008

Polemik Perpaduan, Ketuanan Dan Kuasa Politik Melayu..Suatu Helah Warisan Musyrikin Quraisy di Makkah...!!!

Kisah rundingan politik musyrikin Quraisy kepada Rasulullah S.A.W.


Oleh kerana kekentalan iman dan ketabahan Rasulullah S.A.W bersama para sahabat dan penyokongnya menghandapi tentangan,kekerasan dan kedahsyatan penyeksaan kaum musyrikin Makkah, tidak juga ia memberi kesan terhadap perjuangan rasulullah bersama para sahabat meneruskan dakwah agar manusia seluruhnya kembali mengesakan Allah tuhan sekelian alam. Pimpinan musyrikin bingung dengan situasi tersebut dan terus memikirkan dengan kaedah apakah lagi yang sesuai digunakan untuk melunturkan aqidah dan taqwa Muhammad dan para penyokonganya.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hisham daripada Ibnu Ishaq mengenai seorang yang bernama 'Utbah dan Rabi'ah, seorang pemimpin dikalangan kaum musyrikin yang yang pintar dan berpandangan jauh, lebih jauh dari pimpinan musyrikin yang lain. 'Utbah telah pergi menemui puak Quraisy di dewan perhimpunan mereka lalu berkata;

"Wahai saudaraku sekalian dari kalangan Quraisy..!! Aku sedia menawarkan diriku untuk berunding dengan Muhammad. Aku yakin bahawa sebahagian dari apa yang aku tawarkan akan diterima Muhammad. Di samping itu aku akan tahu apa-apa yang dikehendaki Muhammad dan aku akan cuba memahaminya serta cuba memenuhi kehendaknya.."

Kalangan Quraisy terus bersetuju sebulat suara dengan cadangan yang telah dibentangkan oleh 'Utbah bin Rabi'ah. Bukan sekadar itu mereka turut memberi sokongan penuh terhadap 'Utbah untuk melaksanakan misi diplomatik itu bagi memastikan iman dan taqwa Rasulullah dan pengikutnya tidak lagi kepada Allah tetapi kepada manusia dan material.

Maka 'Utabah pun terus pergi menemui Rasulullah setelah mendapat mandat dari pimpinan musyrikin Quraisy. 'Utbah terus duduk berhadapan dengan Rasulullah lalu berkata;

"Wahai anak saudaraku..!! Sepanjang ingatan kami bahawasanya engkau adalah orang yan paling mulia dan dihormati seperti yang diketahui umum, kerana kami tahu bahawa engkau berasal dari baka dan keturunan yang amat mulia serta engkau sentiasa disanjung dikalangan kami. Tetapi sayangnya engkau telah membawa satu ajaran yang menyebabkan dikalangan kami berpecah, kamu juga telah memperkecil, memperolok dan memperbodohkan pemimpian-pemimpian serta amalan penyembahan berhala kami. Mahukah sekiranya aku tawarkan engkau beberapa perkara, semoga engkau menerima sebahagian darinya."

Maka Rasulullah pun berkata kepadanya ; " Katakanlah wahai Abu Al-Walid, Aku cuba mendengarnya.., " Kemudian 'Utbah berkata ;

"Wahai anak saudaraku..!! Sekiranya apa yang engkau lakukan kerana hendak mendapatkan harta, maka kami sedia menghimpunkan harta itu sehingga engkau menjadi orang yang paling kaya dikalangan kami. Sekiranya perjuangan kamu ituadalah kerana hendakkan kemuliaan, kami sanggup melantik engkau menjadi tuan kepada kami sehingga apa jua masalah yang timbul maka kami akan memberitahu dan bertanya pada engkau dahulu. Jika engkau ingin menjadi raja nescaya kami akan tabalkan engkau menjadi raja. Jika semua tawaran yang aku berikan tadi engkau tolak maka yang terakhir sekali kami bersedia membelanjakan harta kekayaan kami untuk mencari doktor yang terhebat untuk merawat engkau hingga sembuh..,"

Setelah 'Utbah selesai berkata-kata, Rasulullah pula berkata kepada 'Utbah; "Apakah sudah habis segala hasrat yang hendak engkau curahkan itu..? " Jawab 'Utbah ; " Ya..!! " Kemudian Rasulullah berkata kepada 'Utbah ; " Dengarkanlah dariku.., "

Maka Rasulullah membacakan firman Allah Ta'ala dari surah Fushshilat mula ayat yang pertama yang maksudnya ;

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..

1) Haa Miim

2) Diturunkan ( Al-Quran ) dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

3) Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, iaitu bacannya dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui.

4) ( Kitab ) Yang membawakan berita gembira dan membawa peringatan tetapi kebanyakan mereka berpaling dan tidak pula mahu mendengar.

5) Mereka ( kaum musyrikin )berkata " Hati kami berada dalam keadaan tertutup ( yang menutupi ) apa yang kamu seru kami kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada halangan, maka bekerjalah kamu ( cara kamu ) sesungguhnya kami bekerja ( mengikut cara kami pula ) "

6) Katakanlah ( wahai Muhammad ) " Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada aku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya."


Raulullah terus membacakan wahyu Allah S.W.T sementara 'Utbah juga mendengarnya sehingga ayat ke-13 Surah Fushshilat yang bermaksud ;

" Jika mereka berpaling maka katakanlah ( wahai Muhammad ) " Aku telah memperingatkan kamu dengan petir yang menimpa kaum 'Aad dan kaum Thamud."


Utbah yang dalam ketakutan dan menggeletar mendengar ancaman dari wahyu Allah yang telah sisampaikan oleh Rasulullah S.A.W lalu terus menekupmulut baginda dengan tangannya dan memohon kepada Rsulullah supaya berhenti dari meneruskan bacaannya. Maka Rasulullah pun menamatkan bacaannya dan 'Utbah terus beredar dari situ menemui pimpinan musyrikin Quraisy.

Pimpinan serta sekalian musyrikin Quraisy sedia menanti kepulangan 'Utbah untuk mengetahui keputusan rundingan dan tawaran 'Utbah kepada Rasulullah. Setibanya 'Utbah kepada kaumnya di dewan persidangan Quraisy,dengan segera mereka terus bertanyakan kepada 'Utbah tentang perkembangan rundingan yang telah berlangsung antara dia dan Rasulullah lantaran itu bertalu-talu soalan diajukan kepadanya. Bertanya seorang perwakilan kepadanya ; " Apakah perkhabarannya wahai 'Utbah...? " Utbah menjawab ;

" Demi sesungguhnya belum pernah aku mendengar barang sesuatu yang telah dengar sepertimana yang aku dengar hari ini, ianya bukan syair, bukan jampi, bukan seloka, bukan sihir dan bukan gurindam biarawan."

" Wahai sekalian kaum Quraisy..!!! Dengarlah nasihat aku. Berilah peluang kepada Muhammad untuk berkata-kata apa jua yang dia hendak katakan. Demi Allah, dari kata-kata Muhammad itu, suatu ketika kelak kamu akan mendengar berita ( sejarah ) yang mengejutkan. Dari kalangan kita janganlah menggangu dia, jika terdapat puak lain yang memusuhinya maka biarkanlah. Sekiranya Muhammad berjaya, maka kejayaannya adalah kejayaan kita bersama kerana kita adalah kaum kerabatnya.."


Jawab mereka ; " Demi sesungguhnya engkau pun juga sudah terpedayaoleh Muhammad dengan kelancaran lidahnya " Di balas oleh 'Utbah ; " Apa yang aku katakan tadi adalah pendapatku tentang Muhammad, dan pendapat kamu terserahlah kepada kamu sekalian.."

At-Tobari dan Ibnu Kathir dan ahli sejarah yang lain meriwayatkan bahawa satu delegasi musyrikin Makkah terdiri dari Walid bin Al-Mughirah dan Al-'Aash bin Waidh telah datang menemui Rasulullah dan menawarkan harta yang banyak sehingga Muhammad menjadi manusia terkaya. Selain itu mereka juga menawarkan Muhammad untuk dikahwinkan dengan gadis yang paling jelita dikalangan mereka jika Muhammad mahukan wanita sebagi teman, tetapi dengan syarat Muhammad mesti meninggalkan perjuagannya menegakkan kalimah Allah serta tidak lagi mencerca atau memperlekeh patung berhala yang menjadi sembahan dan pendapatan mereka.

Semua tawaran itu ditolak menta-mentah oleh Rasulullah S.A.W. Kerana sesungguhnya tugas dakwah, perjuangan menegakkan dan mendaulatkan Islam tidak mungkin ditukarka dengan kuasa dan kekayaan juga gadis-gadis jelita. Namun penolakkan Rasulullah secara total tawaran delegasi musyrikin Makkah itu tidak mengahalan mereka untuk mengemukakan cadangan baru, mereka meminta agar bertolak ansur dan bekerjasama soal 'ibadah, supaya satu hari mereka bersama-sama menyembah tuhan Muhammad dan pada hari yang lain pula Muhammad menyembah patung berhala mereka.

Hasil dari rundingan itu maka turunlah wahyu Allah pesanan tegas tentang bahawa keimanan dan kekufuran tiada tolak-ansurnya seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam surah Al-Kaafiruun. Kaum musyrikin tetap tidak berputus asa malah terus berusaha berunding dengan baginda Rasulullah dengan tawaran-tawaran kemuliaan dan material. Semuanya dijawab oleh Baginda dengan katanya ;

" Sesungguhnya aku tiada kena mengena dengan apa yang telah suarakan. Segala apa yang aku bawakan bukanlah untuk mendapatkan harta kekayaan dan bukan juga untuk mencari pengaruh dan bukan juga untuk mendapatkan kuasa dari kamu. Tetapi Allah Ta'ala melantik aku menjadi Rasul dan menurunkan Al-Quran serta memerintahkan aku menyampaikan kepada kamu berita yang menggembirakan ( balasan syurga kepada orang yang beramal soleh ) dan berita ancaman ( kepada mereka yang ingkar arahan Allah ). Aku menyampaikan risalah serta memberi nasihat, jika kamu menerima nasihat itu adalah tanda bahawa kamu bernasib baik,jika kamu tolak nasihat itu, saya sanggup bersabar kerananya sehingga Allah memberi kata putus antara aku dan kamu semua.."

Setelah perbincangan berlarutan dan Rasulullah tetap dengan pendiriannya menolak secara tuntas tawaran yang disuarakan oleh kaum musyrikin Makkah dan sebagai kata terakhir dari pihak Quraisy ;

" Wahai Muhammad, sebenarnya telah sampai suatu berita kepada kami bahawa apa yang kamu ajarkan kepada kami bukanlh dari langit, sebaliknya kamu telah menerima ajaran itu dari seorang lelaki di sebuah daerah Yamamah dan orang itu bernama Ar-Rahman, jika ajaran yang kamu perolehi dari orang yang bernama Ar-Rahman, demi Allah kami tidak akan beriman dengan berita yang disampaikan oleh orang yang bernama Ar-Rahman. Kami juga tidak akan benarkan engkau menyebarkan ajaran itu kepada puak kami.


Pengajaran dari pandangan Fiqh Sirah Nabawiyyah.

S
irah Nabawi jelas menasihat dan mengingatkan kita betapa usaha-usaha musuh Allah dan rasul-Nya dengan tanpa berputus asa dteruskan dengan apa cara sekalipun. Polemik mengembalikan kuasa politik Melayu kononya adal ditiru dari apa yang telah dilakukan oleh kaum Musyrikin Quraisy di Makkah.


Bermula dengan tawaran "Utbah bin Rabi'ah kepada Rasul dengan menimbulkan sentimen puak Quraisy kepada Rasulullah seolah tiada ubahnya dengan sentimen yang dimainkan oleh UMNO untuk meraih sokongan kembali masyarakat kepada sebuah parti politik Melayu yang pada hakikatnya makin teruk teroksida. 'Utbah dalam rundingannya seolah-olah mahu menarik perhatian nabi atas nasib kaum Quraisy kononnya berpecah belah hanya kerana ajaran yang dibawa oleh Muhammad. Rasulullah diajak supaya bersatu di bawah naungan musyrikin Makkah malah ditawarkan pula dengan dengan habuan kemewahan material, kemuliaan dan kekuasaan. Rundingan pertama gagal namun kaum musyrikin terus-menerus menghantar wakil untuk berunding dengan baginda secara diplomasi namun gagal. Allah S.W.T menghantar isyarat jelas tentang maksud sebenar golongan-golongan pewaris amalan musyrikin Makkah ini hanya semata-mata mahu mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan mereka.



Golongan Kuffar Musyrikin di Makkah ketika itu akhirnya menjadikan rundingan itu untuk menjaga kepentingan kuasa dan kekayaan mereka dengan mengambil kesempatan terhadap penyembahan berhala. 360 berhala yang mengelilingi Ka'bah adalah sumber pendapatan mereka kerana setiap berhala mempunya tabung khas untuk orang ramai menderma ang akhirnya mereka boleh mengaut kekayaan tanpa perlu penat bekerja dengan hanya memakan hasil derma orang ramai ke dalam tabung berhala tersebut. Sekiranya seruan Rasulullah sampai kepada masyarakat, sudah pasti akan terbongkar penipuan mereka tentang hakikat penyelewengan aqidah yang mereka lakukan kerana semakin ramai manusia menyembah berhala semakin kayalah pimpinan kuffar. Masyarakat dobodohkan tentang aqidah, Rasulullah dihalang sedaya upaya dari menyampaikan maklumat Tauhid kepada rakyat. Semakin bodoh masyarakat semakin berkuasa pemimpin musyrikin.


Apa yang berlaku kini adalah tayangan semula sikap dan pendirian kaum musyrikin dalam versi UMNO. Mengapa UMNO sungguh-sungguh ingin mempropagandakan tentang kehilangan kuasa politik Melayu. Tanpa segan silu menjemput PAS untuk berunding soal perpaduan Melayu.Seharusnya rakyat harus sedar bahawa isu perpaduan Melayu tajaan UMNO sekadar untuk mencari kekuatan baru untuk UMNO sama sahaja seperti apa yang telah ditawarkan oleh 'Utbah kepada Rasulullah dengan menyatakan bersama sentimen menyatukan Quraisy yang pecah belah kununnya angkara perjuangan dan seruan Rasulullah agar manusia seluruhnya kembali kepada Allah. Maka 'Utbah secara tersirat mahu perpaduan dikalangan Quraisy mesti disegerakan.


Lantaran masyarakat Melayu jangan terpengaruh dengan sentimen perkauman yang dimainkan oleh UMNO kerana yang penting bagi mereka adalah kuasa dan harta. Allah S.W.T telah mengisyaratkan kepada manusia seluruhnya secara jelas bahawa akan ada manusia yang akan mewarisi dan mengulangi apa yang telah dilakukan oleh kaum yang mendapat kemurkaan Allah.


Pada hakikatnya bukan tentang perpaduan yang menjadi matlamat, tetapi kuasa yang mereka pegang jangan sampai terlepas kepada siapa sahaja yang mewarisi kerja-kerja Rasulullah, iaitu para 'Ulamak dan pejuang-pejuang Islam serta kebenaran. Kerana sekiranya kuasa ini terlepas, maka terbongkarlah rahsia penyelewengan,penipuan, penindasan, rasuah dan segala macam keburukan UMNO sebagaimana pimpinan musyrikin Quraisy di Makkah yang amat takut sekiranya dakwah Muhammad sampai kepada masyarakat dan rakyat Makkah seluruhnya, maka terbongkarlah rahsia penyelewengan aqidah dengan mengambil kesempatan mengaut kekayaan atas kejahilan manusia yang melakukan derma untuk berhala. Bukan kuasa politik Melayu yang dibimbangkan tetapi kuasa politik UMNO yang dibimbangkan sebagaimana 'Utbah bimbang perpecahan kaum Quraisy pada hakikatnya mereka takutkan manusia lari dari menyembah berhala. Jangan kita dibodohkan oleh sentimen jahiliyah anjuran UMNO yang memang amalannya mengambil kesempatan atas kejahilan rakyat umumnya Melayu khususnya.