About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Tuesday, April 22, 2008

Noh Omar & UMNO, Tidak Tidur, Tapi Mimpi Tak Sedar Diri..!!!

Dato' Noh Bin Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang, merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mengajak rakyat Selangor untuk bersatu menghadapi kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah. Noh menganggap Pakatan Rakyat terlalu rapuh dan tidak berada pada landasan dan matlamat yang betul kerana pada pilihanraya umum yang lalu, ketiga-tiga parti ini, PAS, PKR da DAP bertanding dengan menggunakan simbol yang berlainan tidak seperti Barisan Nasional. Noh juga mendakwa kerajaan Selangor yang dibentuk hasil gabungan ketiga-tiga parti politik ini adalah lemah kerana mempunyai idealogi yang berbeza dan bergabung hanya untuk membentuk kerajaan semata-mata.

Dakwaan dan andaian Noh tersebut seolah-olah menggambarkan bahawa menteri ini mengajak rakyat untuk menjadi tidak matang dan tidak cerdik sepertinya. UMNO memeng sudah lama mendidik dan mengasuh rakyat agar menjadi tidak matang dan tidak cerdik dalam apa jua suasana. Kerana bagi UMNO, biarlah rakyat tidak cerdik kerana kalau rakyat cerdik maka UMNO akan ditolak kerana sifat tidak cerdiknya UMNO. Logiknya, UMNO akan ditolak kerana sifatnya yang tiada cerdik oleh orang yang cerdik. Yang tidak menolak UMNO adalah orang yang mempunyai sifat yang sama macam sifat UMNO yang tidak cerdik sepertinya kerana masing-masing tiada cerdik maka tiada pula ia merasa bodoh kerana masing-masing berada dalam suasana dan lingkungan zon tidak cerdik.

Mengapa Noh beria-ia mengajak rakyat bersatu mengahadapi kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah. Mungkin kerana sifat tidak mengaku kekalahan walupun Noh menang tapi kalah di negeri sendiri. Untuk menghilangkan rasa kalah di negeri sendiri maka andaian, jangkaan dari angan-angannya mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah-belah dijadikan isi penting untuk difikirkan bersama-sama orang yang tidak cerdik sepertinya.

Saya yakin Noh tidaklah sebodoh itu berpegang pada apa yang telah dia katakan kepada persatuan penduduk dan persatuan teksi Pelabuhan Klang. Yang penting manusia-manusia yang hadir pada majlis kesyukuaran tersebut menjadikan apa yang diungkapkannya itu sebagai dalil baru untuk diyakini dan diimani. Biar ia menjadi panduan untuk membuat andaian yang lain pula terhadap Pakatan Rakyat,bahawa tiada lain yang boleh mersatu melainkan UMNO dan BN semata-mata. Yakinlah saya bahawa yang datang pun kebanyakkannya mungkin dikalangan UMNO/BN juga, masakan majlis kesyukuran yang dirasmikan oleh menteri yang aqidahnya UMNO akan menyambut kemenangan Pakatan Rakyat. Sudah pastilah majlis itu adalah menzahirkan rasa syukur atas kemenangan UMNO yang tiada seberapa itu kerana yang merasmikannya UMNO dan yang manyambutnya UMNO sepertinya juga. Noh mahukan orang yang mendengar ucapannya berfikir dalam lingkungan tidak cerdik dan terus berada dalam lingkungan tidak cerdik dan tidak matang. Dengan harapan mungkin, biarlah cemerlang bagaimanapun Pakatan Rakyat menerajui negeri, kecemerlangan itu akan ditutup dengan ketidak cerdikkan dan ketidak matangan rakyat atas usaha Noh dan UMNO seluruhnya.

Hanya kerana lambang dan matlamat lain justeru ia adalah dalil yang tidak syak lagi akan pasti membawa kepada perpecahan dan tidak seperti UMNO dan BN yang selambang, sematlamat dan sehati sejiwa menipu dan memperbodohkan rakyat dengan mengambil kesempatan atas kejahilan yang telah diprojekkan oleh UMNO dan BN setelah sekian lama. Kiranya perasaan cemburu tahap melampau Noh terhadap pencapaian luar biasa Pakatan Rakyat adalah faktor yang mendorong beliau untuk mengambil peluang dalam apa jua majlis pun asalkan kod pemikiran rakyat mesti diracun dan diserap dengan pandangan yang tidak cerdik jauh dari pandangan ilimiah.

Noh memang mengharapkan Pakatan Rakyat hancur. Untuk merialisasikan kehancuran itu cukup sekadar andaian dan jangkaan kerana kata-katanya akan dilaporkan oleh orang suratkhabar ke dalam suratkhabar. Majoriti rakyat kini sudah terkeluar dari kod pemikiran UMNO seperti yang dibawa oleh Noh. Rakyat sudah tahu betapa tidak cerdiknya mereka berada dalam program tidak cerdik akhirnya langsung mereka menjadi tidak cerdik. Maka majoriti rakyat di Selangor telah memilih jalan yang betul keluar dari program tidak cerdik dan menjadi tidak cerdik.

Hanya orang yang tidak cerdik macam Noh sahaja yang meyakini bahawa kerana lainnya lambang yang digunakan maka ia akan berpecah. Mimpi Noh mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah yang bermula dengan andaiannya menyingkap bahawa dirinya yang UMNO itu, yang menggunakan lambang UMNO satu-satunya itu ( belum lambang BN lagi ) kini di ambang perpecahan, kehancuran bahkan kepupusan pun. Noh dan UMNO tiada sedarkan diri mereka sedang berpecah menuju hancur sesuai dengan matlamat pendokong UMNO yang mahu melihat peluang untuk berkuasa walaupun sanggup menabur pasir ke dalam periuk nasi ahli UMNO sendiri.

PAS, PKR dan DAP memang pada dasarnya berbeza perjuangannya. Berbeza kerana setiap parti ada undang-undang tubuhnya sendiri. Demikian kerana berbeza pandangan politiklah yang membuatkan ketiga-tiga parti ini berunding semeja untuk mencapai keputusan dan kaedah terbaik untuk mengembalikan hak dan kebajikan rakyat. Melalui perbincangan dan muafakat inilah akhirnya menemukan mereka kepada satu titik pertemuan yang sama, memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira bahasa dan warna kulit manusia itu. Tidak seperti UMNO yang hanya sibuk dengan propaganda ketuanan Melayunya pada hakikat ramai Melayu jadi tidak cerdik.

Noh juga dengan bangga menyampaikan gagasan teori " kalau " untuk meyakinkan orang lain mungkin dirinya juga bahawa Pakatan Rakyat memang benar-benar boleh berpecah. Katanya kalau PAS keluar dari pakatan, maka PKR dan DAP hanya akan tinggal 28 kerusi sahaja. Kalau DAP keluar, lagi hancur katanya sebab pakatan hanya akan tinggal 23 kerusi, maka jelasnya lagilah mereka tidak boleh memerintah. Soalnya memanglah kalau ia benar-benar berpecah. Yang menjadi masalah UMNO dan BN yang tiada boleh berbuat apa-apa sebab hanya ada 20 kerusi sahaja. Noh menang di parlimen di mana BN masih membentuk kerajaan walaupun hanya dengan simple majority, jadi menteri penuh pulak tu. Yang disibukkannya kedudukan UMNO dan BN di Selangor. Sepatutnya Noh menghormati pilihan majoriti rakyat Selangot yang mahukan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan. Atau kerana Noh dan pimpinan UMNO yang lain tiada dapat memperoleh kontrak-kontrak yang boleh disub-subkan dan ditunggu-tunggu oleh sebilangan kontraktor yang selalu duduk minum-minum dan bincang-bincang petang di Restoran Yusoff bertentangan Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Karang. Atau tiada lagi dapat peruntukkan gila dari SUK untuk belanja pilihanraya yang akan datang...??? Entahlah...!!!


1 comment:

penyapujagat said...

Noh Simpan bom jangka

Noh Omar, Menteri Kerajaan Dolah Badawi yang menjaga MARA, Koperasi dan Teksi diberitakan menyimpan sebutir bom jangka yang akan meletup bila-bila masa sahaja menjelang perwakilan UMNO Bahagian Tanjung Karang.

Sumber saheh Tg. Karang memberitahu, ini berikutan kedegilan Noh Omar terus menyimpan seorang pegawai khasnya Mohamad Jeli Misran walaupun mendapat bantahan secara bertulis oleh sebahagian besar AJK UMNO Bahagian itu. Menurut sumber itu hanya 3 orang AJK bahagian yang tidak menandatangani surat bantahan yang membawa berpuluh-puluh tandatangan itu.

Mohamad Jeli dianggap sebagai liability kepada UMNO Tg. Karang yang semakin parah dengan krisis lewat pilihanraya umum ke 12 yang lalu. Pelbagai tuduhan yang sukar dijawab berkaitan beberapa orang kuat Noh sepanjang pilihanraya yang lalu. Antara tuduhan yang dilemparkan ialah membolot projek bekalan makanan dikantin-kantin sekolah oleh beberapa orang termasuk Mohamad Jeli yang ketika itu adalah Pegawai Khas Noh di Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, sikap otokratik dan cara Noh yang tidak segan silu memarahi kalangan guru-guru dalam beberapa program di Tanjong Karang juga mengakibatkan Noh gagal mendapat undi dari kalangan guru.

Disamping itu juga, sudah kedengaran sosek-sosek yang menimbulkan status tanah milik UMNO seluas 1 ekar 8 pol berhampiran Dewan Hormat. Laporan menyatakan bahawa tanah tesebut bukan lagi milik UMNO Tg. Karang kerana sudah di ‘caveat’ oleh dua buah syarikat perniagaan.

http://selangortoday.wordpress.com