About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, April 30, 2008

Fiqh Sirah Nabawiyyah ; Musysrikin Quraysh Mempertahan Kekufuran Untuk Kepentingan Perut dan Bawah Perut...

Setelah pimpinan Musyrikin Quraysh gagal dalam usaha diplomatik mereka menghantar delegasi memujuk Rasulullah S.A.W bersatu bersama mereka atas nama kemuliaan bangsa Quraysh ( kerana mereka menganggapa dakwah Muhammad itu telah memecah-belahkan perpaduan, ketuanan dan kuasa politik Quraysh ) dengan tawaran kedudukan, kemuliaan dan kekayaan ditolak oleh Rasulullah secara total, mereka seakan berputus asa lalu mereka telah mengada-adakan cerita yang bukan-bukan untuk menutup aib atas kegagalan rundingan dan tawaran kepada Muhammad.

Sebelum itu, ketika rundingan masih berlangsung namun sudah berada di penghujung rundingan, setelah semua tawaran ditolak oleh Rasulullah, mereka berkata ;

" Ya Muhammad...!!!, sebenarnya sudah sampai suatu berita kepada kami bahawa apa yang kamu ajarkan kepada kami itu bukanlah datang dari langit, sebaliknya kamu telah menerima ajaran itu dari seorang lelaki di sebuah daerah Yamamah dan orang yang mengajarkan kamu bernama Ar-Rahmaan. Jika ajaran yang kamu perolehi itudari orang yang bernama Ar-Rahmaan, demi Allah kami kami tidak akan beriman dengan berita yang disampaikan oleh orang yang bernama Ar-Rahmaan. Dan kami tidak akan biarkan engkau menyampaikan ajaran itu kepada puak kami...!!! "

Cerita yang dibuat-buat oleh Musyrikin Quraysh yang kecewa tidak lebih hanyalah untuk menjadikan alasan untuk menolak Islam. Rundingan-rundingan juga tawaran-tawaran yang dikemukakan oleh Musyrikin Quraysh juga adalah usaha mencantas dan memadamkan dakwah Rasulullah untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia di bumi Makkah ketika itu malah seluruh dunia.

Mengapa pula sungguh-sungguh Musyrikin Quraysh mencari jalan mempastikan maklumat tentang Islam tidak sampai kepada masyarakat Makkah seluruhnya dan menolak Islam dengan pelbagai alasan yang tiada boleh diterima akal. Tidak lain juga kerana kepentingan mereka terhadap 360 berhala di sekeliling Baitullah yang sejak sekian lama menjadi sumber kekayaan dengan hanya memastikan rakyat terus kufur dan menyembah berhala. Kerana pada setiap berhala mempunyai sebuah tabung khas untuk orang ramai melakukan derma yang akhirnya setelah duit derma itu dikumpul, pimpinan Musyrikin ini boleh makan dengan hasil kekayaan itu tanpa perlu bersusah payah bekerja.

Pimpinan Musyrikin mesti mempastikan rakyat tidak mendapat apa-apa maklumat tentang Islam dari Rasulullah untuk mempastikan sumber kekayaan mereka terjamin. Apa akan terjadi kiranya rakyat di Makkah bersama Rasulullah tunduk kepada Allah dan meninggalkan amalan penyembahan berhala, apakah nasib pimpinan musyrikin yang selama ini duduk senang lenang menikmati kekayaan hasil dari kekufuran orang lain. Kerana itulah segala usaha yang dilakukan oleh pimpinan Musyrikin Quraysh walaupun atas nama perpaduan dan ketuanan Quraysh hanyalah helah dan taktik musuh-musuh Islam untuk menyekat dan menghapuskan Islam dalam masa yang sama mereka beroleh kuasa dan kedudukan yang lebih kukuh untuk terus menipu dan menyeleweng.

Musyrikin Quraysh mahukan rakyat Makkah seluruhnya terus menerus dalam keadaan kufur dan jahil. Lantaran kekufuran dan kejahilan itulah mereka terus menyembah 360 buah berhala disekeliling Baitullah dan memberi derma dengan harapan mendapat berkat hidup atas derma yang dilakukan. Musyrikin Makkah juga mahukan bisnes patung berhala bertambah maju, semakin kufur manusia, semakin kaya pimpinan Quraysh. Mereka terus meyakinkan rakyat bahawa berhala itulah yang mampu memberi kemakmuran, kestabilan dan kemanan tiada yang lain. Maka propaganda memburuk-burukkan Rasulullah dilakukan secara bersungguh-sungguh demi untuk mempastikan tiada rakyat yang keluar dari kepompong kekufuran. Rakyat terus menjadi bodoh dan kufur, pimpinan pula terus menjadi kaya. Rakyat yang kufur terus menderma, pimpinan yang kufur pula terus mengambil derma rakyat untuk kekayaan diri, keluarga mungkin juga menantunya.

Seluruhnya ini menggambarkan betapa pimpinan Musyrikin di Makkah terus dengan agenda kekufuran dan terus meng'kufurkan' rakyat untuk menjaga kepentingan ekonomi dan politik kufur mereka. Rakyat disekat dari menerima maklumat yang disampaikan oleh Muhammad S.A.W. Rakyat juga terus di didik dengan kekufuran dan kejahilan. Rakyat dilalaikan dengan hiburan dan arak untuk mempastikan mereka tidak sempat berfikir bahawa betapa pimpinan mereka selama ini menghentam duit yang mereka dermakan untuk kepentingan perut dan bawah perut pimpinan Musyrikin ketika itu.

Sirah Nabawiyyah memberikan pada kita isyarat yang cukup jelas tetntang sikap dan pendirian sebenar golongan-golongan yang berselindung di atas nama perpaduan dan sentimen perkauman. Yang mana pada hakikatnya mereka ini hanya mahukan kedudukan mereka tidak tergugat kerana selama ini dengan kedudukan mereka itulah mereka mengaut sebanyak mungkin harta dan kekayaan negara milik rakyat.

Sejarah pasti berulang, sekali-sekala apabila kita memandu kenderaan pasti kita akan melihat pada cermin sisi atau cermin belakang untuk kemaslahatan masa depan. Sudah pasti pimpinan Musyrikin di Makkah lebih seribu empat ratus tahun dahulu ada pewarisnya. Siapa pewarisnya. Pasti ada padanya ciri-ciri yang sama seperti gulungan Musyrikin Quraysh. Antara ciri-cirinya ialah :

1. Musyrikin Quraysh di Makkah menjadikan sentimen perkauman untuk mengajak Rasulullah S.A.W bersatu bersama pimpinan Musyrikin Quraysh atas alasan apa yang dibawa baginda telah merendah-rendahkan kemuliaan bangsa Quraysh dan kerananya juga kononnya Quraysh ketika itu berpecah-belah. Sama seperti pimpinan yang kononnya membela nasib Melayu dulu, kini dan selamanya mengajak pejuang Islam bersatu bersama pembela Melayu atas alasan apa yang dibawa oleh pejuang Islam dan yang bersama menegakkan kebenaran telah merendah-rendahkan kuasa politik Melayu dan kerana perjuangan Islam bersama bangsa lain menegakkan kebenaran ini telah memecah-belahkan Melayu dan kononnya Melayu kini tiada kuasa politik.

2. Musyrikin Quraysh di Makkah mahukan rakyat terus kufur dan jahil kerana atas kekufuran dan kejahilan itu pimpinan Musyrikin akan terus menjadi kaya hasil daripada duit yang didermakan oleh rakyat yang majoritinya kufur menerusi tabung yang disediakan pada setiap 360 buah berhala di sekeliling Baitullah. Begitu juga pejuang nasib Melayu yang suka menghunus keris dalam perhimpunan tahunannya( kemudian meminta maaf entah kenapa) mahukan rakyat terus kufur perintah Allah dan jahil tentang kedudukan mereka sebagai rakyat yang berhak tahu apa yang pemimpin mereka buat kerana dengan kekufuran ini rakyat akan lalai dibuai keseronokkan dan keasyikkan hiburan melampau dan kejahilan rakyat membolehkan pimpinan hipokrit ini terus mengamalkan penyelewengan wang rakyat, harta kekayaan negara yang sepatutnya dinikmati rakyat dapat dikaut secara batil.

3. Musyrikin Quraysh di Makkah menghalang Nabi untuk terus menyebarkan dakwah dan memberi maklumat kepada masyarakat di Makkah betapa berhala yang mereka sembah adalah dusta, kerana sekiranya msyarakat tahu apa yang mereka dustakan, sudah pasti berhala akan ditinggalkan maka sumber ekonomi pimpinan Musyrikin pasti akan lenyap. Begitu juga mereka yang mendakwa pembela umat Melayu yang terus menyekat dan menutup maklumat dari sampai kepada rakyat, kerana bimbang sekiranya maklumat itu sampai, maka terbongkarlah rahsia tentang kegiatan jahat mereka menggelapkan duit rakyat, menipu rakyat, seleweng, menindas dan rasuah yang telah, sedang dan akan mereka lakukan ke atas rakyat. Siapa-siapa sahaja yang menentang mereka akan dihalang untuk memberi maklumat yang benar sebagai mana musyrikin melarang nabi menyampaikan dakwahnya kepada rakyat Makkah. Sekiranya rakyat tahu, maka mereka tidak dapat lagi menggelapkan duit rakyat sebagimana pimpinan Musyrikin yang menggelapkan duit derma berhala berlindung disebalik kekufuran.

4. Musyrikin Quraysh di Makkah bersungguh-sungguh meyakinkan orang ramai bahawa berhala itulah yang memberi mereka kesejahteraan hidup dan memburuk-burukkan Muhammad S.A.W bahawa apa yang dibawa baginda kononnya palsu, kerana yang penting makin ramai yang yakin dengan kekufuran, maka ramailah yang datang menyembah berhala, apabila ramai yang menyembah berhala, maka banyaklah duit derma masuk ke dalam setiap tabung yang disediakan untuk setiap berhala, maka banyaklah kutipan kemudian makin kaya-rayalah pimpinan Musyrikin. Begitu juga golongan kononnya pembela Melayu, sunggug-sungguh meyakinkan bahawa golongan mereka sahajah yang layak disokong, diikut hatta disembah kerana selama selepas merdeka hanya merekalah yang membawa kesejahteraan hidup, keamanan, kemakmuran, cemerlang, gemilang, terbilang dan temberang sebaliknya memburuk-burukkan kepimpinan 'Ulamak yang mahu menegakkan Islam dan mereka yang memperjuangkan kebenaran juga hak rakyat, diburuk-burukkan bahkan mendakwa bahawa apa yang dibawa oleh pejuang Islam dan kebenaran ini adalah palsu dan janji kosong sahaja.

Siapakah mereka yang kini mewarisi kepimpinan Musyrikin Quraysh ini...?

No comments: