About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Wednesday, April 30, 2008

Fiqh Sirah Nabawiyyah ; Musysrikin Quraysh Mempertahan Kekufuran Untuk Kepentingan Perut dan Bawah Perut...

Setelah pimpinan Musyrikin Quraysh gagal dalam usaha diplomatik mereka menghantar delegasi memujuk Rasulullah S.A.W bersatu bersama mereka atas nama kemuliaan bangsa Quraysh ( kerana mereka menganggapa dakwah Muhammad itu telah memecah-belahkan perpaduan, ketuanan dan kuasa politik Quraysh ) dengan tawaran kedudukan, kemuliaan dan kekayaan ditolak oleh Rasulullah secara total, mereka seakan berputus asa lalu mereka telah mengada-adakan cerita yang bukan-bukan untuk menutup aib atas kegagalan rundingan dan tawaran kepada Muhammad.

Sebelum itu, ketika rundingan masih berlangsung namun sudah berada di penghujung rundingan, setelah semua tawaran ditolak oleh Rasulullah, mereka berkata ;

" Ya Muhammad...!!!, sebenarnya sudah sampai suatu berita kepada kami bahawa apa yang kamu ajarkan kepada kami itu bukanlah datang dari langit, sebaliknya kamu telah menerima ajaran itu dari seorang lelaki di sebuah daerah Yamamah dan orang yang mengajarkan kamu bernama Ar-Rahmaan. Jika ajaran yang kamu perolehi itudari orang yang bernama Ar-Rahmaan, demi Allah kami kami tidak akan beriman dengan berita yang disampaikan oleh orang yang bernama Ar-Rahmaan. Dan kami tidak akan biarkan engkau menyampaikan ajaran itu kepada puak kami...!!! "

Cerita yang dibuat-buat oleh Musyrikin Quraysh yang kecewa tidak lebih hanyalah untuk menjadikan alasan untuk menolak Islam. Rundingan-rundingan juga tawaran-tawaran yang dikemukakan oleh Musyrikin Quraysh juga adalah usaha mencantas dan memadamkan dakwah Rasulullah untuk menyampaikan Islam kepada seluruh manusia di bumi Makkah ketika itu malah seluruh dunia.

Mengapa pula sungguh-sungguh Musyrikin Quraysh mencari jalan mempastikan maklumat tentang Islam tidak sampai kepada masyarakat Makkah seluruhnya dan menolak Islam dengan pelbagai alasan yang tiada boleh diterima akal. Tidak lain juga kerana kepentingan mereka terhadap 360 berhala di sekeliling Baitullah yang sejak sekian lama menjadi sumber kekayaan dengan hanya memastikan rakyat terus kufur dan menyembah berhala. Kerana pada setiap berhala mempunyai sebuah tabung khas untuk orang ramai melakukan derma yang akhirnya setelah duit derma itu dikumpul, pimpinan Musyrikin ini boleh makan dengan hasil kekayaan itu tanpa perlu bersusah payah bekerja.

Pimpinan Musyrikin mesti mempastikan rakyat tidak mendapat apa-apa maklumat tentang Islam dari Rasulullah untuk mempastikan sumber kekayaan mereka terjamin. Apa akan terjadi kiranya rakyat di Makkah bersama Rasulullah tunduk kepada Allah dan meninggalkan amalan penyembahan berhala, apakah nasib pimpinan musyrikin yang selama ini duduk senang lenang menikmati kekayaan hasil dari kekufuran orang lain. Kerana itulah segala usaha yang dilakukan oleh pimpinan Musyrikin Quraysh walaupun atas nama perpaduan dan ketuanan Quraysh hanyalah helah dan taktik musuh-musuh Islam untuk menyekat dan menghapuskan Islam dalam masa yang sama mereka beroleh kuasa dan kedudukan yang lebih kukuh untuk terus menipu dan menyeleweng.

Musyrikin Quraysh mahukan rakyat Makkah seluruhnya terus menerus dalam keadaan kufur dan jahil. Lantaran kekufuran dan kejahilan itulah mereka terus menyembah 360 buah berhala disekeliling Baitullah dan memberi derma dengan harapan mendapat berkat hidup atas derma yang dilakukan. Musyrikin Makkah juga mahukan bisnes patung berhala bertambah maju, semakin kufur manusia, semakin kaya pimpinan Quraysh. Mereka terus meyakinkan rakyat bahawa berhala itulah yang mampu memberi kemakmuran, kestabilan dan kemanan tiada yang lain. Maka propaganda memburuk-burukkan Rasulullah dilakukan secara bersungguh-sungguh demi untuk mempastikan tiada rakyat yang keluar dari kepompong kekufuran. Rakyat terus menjadi bodoh dan kufur, pimpinan pula terus menjadi kaya. Rakyat yang kufur terus menderma, pimpinan yang kufur pula terus mengambil derma rakyat untuk kekayaan diri, keluarga mungkin juga menantunya.

Seluruhnya ini menggambarkan betapa pimpinan Musyrikin di Makkah terus dengan agenda kekufuran dan terus meng'kufurkan' rakyat untuk menjaga kepentingan ekonomi dan politik kufur mereka. Rakyat disekat dari menerima maklumat yang disampaikan oleh Muhammad S.A.W. Rakyat juga terus di didik dengan kekufuran dan kejahilan. Rakyat dilalaikan dengan hiburan dan arak untuk mempastikan mereka tidak sempat berfikir bahawa betapa pimpinan mereka selama ini menghentam duit yang mereka dermakan untuk kepentingan perut dan bawah perut pimpinan Musyrikin ketika itu.

Sirah Nabawiyyah memberikan pada kita isyarat yang cukup jelas tetntang sikap dan pendirian sebenar golongan-golongan yang berselindung di atas nama perpaduan dan sentimen perkauman. Yang mana pada hakikatnya mereka ini hanya mahukan kedudukan mereka tidak tergugat kerana selama ini dengan kedudukan mereka itulah mereka mengaut sebanyak mungkin harta dan kekayaan negara milik rakyat.

Sejarah pasti berulang, sekali-sekala apabila kita memandu kenderaan pasti kita akan melihat pada cermin sisi atau cermin belakang untuk kemaslahatan masa depan. Sudah pasti pimpinan Musyrikin di Makkah lebih seribu empat ratus tahun dahulu ada pewarisnya. Siapa pewarisnya. Pasti ada padanya ciri-ciri yang sama seperti gulungan Musyrikin Quraysh. Antara ciri-cirinya ialah :

1. Musyrikin Quraysh di Makkah menjadikan sentimen perkauman untuk mengajak Rasulullah S.A.W bersatu bersama pimpinan Musyrikin Quraysh atas alasan apa yang dibawa baginda telah merendah-rendahkan kemuliaan bangsa Quraysh dan kerananya juga kononnya Quraysh ketika itu berpecah-belah. Sama seperti pimpinan yang kononnya membela nasib Melayu dulu, kini dan selamanya mengajak pejuang Islam bersatu bersama pembela Melayu atas alasan apa yang dibawa oleh pejuang Islam dan yang bersama menegakkan kebenaran telah merendah-rendahkan kuasa politik Melayu dan kerana perjuangan Islam bersama bangsa lain menegakkan kebenaran ini telah memecah-belahkan Melayu dan kononnya Melayu kini tiada kuasa politik.

2. Musyrikin Quraysh di Makkah mahukan rakyat terus kufur dan jahil kerana atas kekufuran dan kejahilan itu pimpinan Musyrikin akan terus menjadi kaya hasil daripada duit yang didermakan oleh rakyat yang majoritinya kufur menerusi tabung yang disediakan pada setiap 360 buah berhala di sekeliling Baitullah. Begitu juga pejuang nasib Melayu yang suka menghunus keris dalam perhimpunan tahunannya( kemudian meminta maaf entah kenapa) mahukan rakyat terus kufur perintah Allah dan jahil tentang kedudukan mereka sebagai rakyat yang berhak tahu apa yang pemimpin mereka buat kerana dengan kekufuran ini rakyat akan lalai dibuai keseronokkan dan keasyikkan hiburan melampau dan kejahilan rakyat membolehkan pimpinan hipokrit ini terus mengamalkan penyelewengan wang rakyat, harta kekayaan negara yang sepatutnya dinikmati rakyat dapat dikaut secara batil.

3. Musyrikin Quraysh di Makkah menghalang Nabi untuk terus menyebarkan dakwah dan memberi maklumat kepada masyarakat di Makkah betapa berhala yang mereka sembah adalah dusta, kerana sekiranya msyarakat tahu apa yang mereka dustakan, sudah pasti berhala akan ditinggalkan maka sumber ekonomi pimpinan Musyrikin pasti akan lenyap. Begitu juga mereka yang mendakwa pembela umat Melayu yang terus menyekat dan menutup maklumat dari sampai kepada rakyat, kerana bimbang sekiranya maklumat itu sampai, maka terbongkarlah rahsia tentang kegiatan jahat mereka menggelapkan duit rakyat, menipu rakyat, seleweng, menindas dan rasuah yang telah, sedang dan akan mereka lakukan ke atas rakyat. Siapa-siapa sahaja yang menentang mereka akan dihalang untuk memberi maklumat yang benar sebagai mana musyrikin melarang nabi menyampaikan dakwahnya kepada rakyat Makkah. Sekiranya rakyat tahu, maka mereka tidak dapat lagi menggelapkan duit rakyat sebagimana pimpinan Musyrikin yang menggelapkan duit derma berhala berlindung disebalik kekufuran.

4. Musyrikin Quraysh di Makkah bersungguh-sungguh meyakinkan orang ramai bahawa berhala itulah yang memberi mereka kesejahteraan hidup dan memburuk-burukkan Muhammad S.A.W bahawa apa yang dibawa baginda kononnya palsu, kerana yang penting makin ramai yang yakin dengan kekufuran, maka ramailah yang datang menyembah berhala, apabila ramai yang menyembah berhala, maka banyaklah duit derma masuk ke dalam setiap tabung yang disediakan untuk setiap berhala, maka banyaklah kutipan kemudian makin kaya-rayalah pimpinan Musyrikin. Begitu juga golongan kononnya pembela Melayu, sunggug-sungguh meyakinkan bahawa golongan mereka sahajah yang layak disokong, diikut hatta disembah kerana selama selepas merdeka hanya merekalah yang membawa kesejahteraan hidup, keamanan, kemakmuran, cemerlang, gemilang, terbilang dan temberang sebaliknya memburuk-burukkan kepimpinan 'Ulamak yang mahu menegakkan Islam dan mereka yang memperjuangkan kebenaran juga hak rakyat, diburuk-burukkan bahkan mendakwa bahawa apa yang dibawa oleh pejuang Islam dan kebenaran ini adalah palsu dan janji kosong sahaja.

Siapakah mereka yang kini mewarisi kepimpinan Musyrikin Quraysh ini...?

Hapus Proses Pembodohan Melayu Dengan Menghapuskan Kuasa Politik UMNO

Seperti biasa, bila berlalunya suatu pilihanraya umum, setelah keputusan pilihanraya diumumkan,kalau UMNO hilang banyak kerusi ke tangan pembangkang, yang akan heboh seterusnya berkumandang ke udara dan terus ke telinga rakyat adalah ketuanan Melayu, perpaduan Melayu, Melayu hilang kuasa politik dan sebagainya berkaitan betapa seolah dekatnya Melayu kepada pupus. Maka orang Melayu yang menjadi penyokong dan pendokong UMNO sejati atas kejahilan dan kedangkalan minda hasil dari proses pembodohan anjuran UMNO zaman berzaman percaya dan yakin dengan kepercayaan dan keyakinan tahap bersungguh-sungguh bahawa Melayu hanya boleh terus hidup dengan hidupnya UMNO. Jahanamnya UMNO maka Jahanam jugalah Bangsa Melayu dan begitulah sebaliknya.

Pilihanraya ke-12 yang telah lalu UMNO/BN bukan hilang banyak kerusi, bahkan hilang banyak negeri. Tiga negeri yang diperintah UMNO selama 50 tahun dirampas Pakatan Rakyat, Selangor, Perak dan Kedah. Di Pulau Pinang yang dahulunya dik uasai Parti Gerakan kini dikuasai DAP-PKR-PAS dan UMNO menjadi pembangkang. Di Kelantan UMNO hanyut dibawa arus Kelantan sehingga Dato' Seri Zainuddin Maidin yang tewas majoriti 9,381 undi di Sungai Petani ( yang sebelum PRU-12 dengan angkuh mahu hilangkan deposit lawan ) mengeluarkan kenyataan berbau pasrah dan putus asa terhadap usaha UMNO/BN menguasai Kelantan yang beliau anggap sebagai sia-sia dan buang duit UMNO sahaja ( walupun hakikatnya duit rakyat tapi mengaku duit UMNO ). Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyaksikan BN hilang sepuluh kerusi dan hanya mempertahankan satu kerusi menerusi Dato' Seri Zulhasnan Rafique di P.118 Setiawangsa, itupun dengan susut majoriti yang mendadak berbanding PRU-11 dari 19,669 undi susut kepada hanya 8,134 undi.

Melihatkan prestasi UMNO/BN yang teruk, maka seperti biasa suara perkauman Melayu pun dimainkan oleh UMNO. Mungkin untuk menarik balik sokongan kepada 100% Melayu kepada UMNO. Maka bermulalah proses pembodohan Melayu anjuran UMNO atas tajuk, mengembalikan ketuanan,perpaduan dan politik Melayu. Rakyat seolah di ajak berfikir tentang nasib Melayu dengan mengaitkan UMNO, bahawa UMNO lah segala-galanya untuk Melayu di dunia dan di akhirat.

Proses pembodohan Melayu anjuran UMNO atas nama mengembalikan perpaduan, ketuanan dan kuasa politik politik Melayu sebenarnya suatu program berterusan UMNO untuk meraih sentimen kemelayuan dan berharap seluruh umat Melayu bersatu di bawah UMNO. Sekian lama umat Melayu telah melalui proses pembodohan ini dan mnyertai pr0gram ini tanpa sedar, tanpa perlu borang penyertaan, tapi dengan hanya terjebak dengan sentimen perkauman UMNO suduh cukup menjadikan mana-mana umat Melayu menjadi peserta program ini yang mahukan peserta-pesertanya melalui proses pembodohan Melayu.

Kenapa UMNO terus-menerus dengan program/proses pembodohan Melayu ini. Jawapannya ialah, survival UMNO adalah terletak kepada sejauh mana berjaya dan berkesannya program/proses pembodohan Melayu ini berjalan dikalangan umat Melayu yang akhirnya UMNO mengutip keuntungan dari kebodohan umat Melayu berfikir tentang dirinya, keluarganya, masyarakatnya, negerinya, negaranya hingga ke peringkat agamanya yang terus jahil dibodohkan oleh UMNO.

Contoh termudah boleh kita dapati dan kita dengar dari dan pendirian ahli-ahli UMNO atau individu non-partisan tetapi mengundi UMNO apabila diutarakan pandangan umum tentang suasana politik dan ekonomi temapatan mahupun nasional. Sikap dan pandangan mereka ini pada hakikatnya telah termaktub dalam silibus dan kurikulum bersepadu UMNO warisan penjajah ( divide and rule ) yang berorientasikan kejahilan dan kebodohan sehingga menghasilkan spisis manusia bodoh sombong. Mereka bodoh kerana diasuh dengan kurikulum pembodohan UMNO kemudian menjadi sombong pula kerana tiada sedar dirinya itu bodoh lagi dibodohkan kerana menganggap bahawa apa jua pelajaran yang telah diterimanya dalam apa jua medium, suratkhabarnya, telivisyennya, radionya dan apa-apa jua instrumen kerajaan dijadikan medium perantaraan antara peserta program dan penganjur progran iaitu UMNO.

Jawapan mereka mudah dan dangkal, segala harta kerajaan diyakininya sebagi UMNO yang punya. Kekayaan negara juga kekayaan UMNO yang punya. Balai Raya UMNO yang punya. Masjid dan surau UMNO yang punya. Jalanraya UMNO yang punya. Duit kerajaan UMNO yang punya. Kerajaan UMNO yang punya. Malaysia ini UMNO yang punya segala-galanya dari dunia sampailah akhirat jawapannya UMNO yang punya. Mahukan pembangunan mesti dengan UMNO. Mahukan kekayaan mesti melalui UMNO. Mahu kemiskinan dihapuskan mesti dengan UMNO. Mahukan keamanan mesti juga dengan UMNO. Mahu kestabilan mesti UMNO..., yang baik dari UMNO yang buruk adalah datang dari selain UMNO. Tiada ada yang betul melainkan UMNO sahaja yang lain tiada lain melainkan salah salah salah dan salah. UMNO UMNO UMNO...

Dengan menggunakan teori pembangunan dan keamanan. Rakyat melalui proses pembodohan Melayu dibawa berfikir bahawa kedu-dua perkara pembanguna dan keamanan ini hanya dapat dijamin survivalnya dengan UMNO semata-mata. Justeru menanamkan satu jawapan tuntas bahawa selain UMNO adalah dijamin tidak akan berjaya seperti pencapaian UMNO. Seterusnya dengan beralasan bahawa yang memerintah selama ini UMNO sahaja, selain UMNO tiada bukti akan dapat dicapai, sekiranya ada pihak lain membuat tawaran kebajikan yang lebih baik dan pembangunan yang lebih seimbang dari UMNO, maka UMNO akan mengeluarkan jawapan baru bahawa, pihak yang lain-lain itu hanya membuat janji kosong sahaja atau syok-syok saja.

UMNO membawa umat Melayu percaya bahawa kerajaan dan UMNO tiada boleh dipisahkan. Justeru kotak pemikiran graduan lulusan fakulti pengajian UMNO akan terus berpendapat bahawa barang siapa menentang UMNO sedang ia bekerja makan gaji dengan kerajaan, maka orang itu bolehlah disifatkan sebagai pengkhianat kepada kerajaan. Seolah-olah pendapatan hasil dari pekerjaannya itu sebagai haram kerana duit gaji dari kerajaan dikira duit UMNO/BN. Orang itu juga dikira tidak mengenang budi kerajaan ( baca UMNO/BN ) kerana menolak kerajaan. Banyak lagi silibus yang dicipta oleh UMNO untuk memastikan umat Melayu terus dikongkong minda dan fikirannya. Terlalu banyak kejahilan untuk diceritakan, dan masih menjajahi minda umat Melayu yang akhirnya dapat kita lihat bahawa UMNO sudah menjadi tuhan baru pujaan manusia bodoh bergelar ahli dan penyokong UMNO.

Mengapa UMNO beriya-riya benar mahu meneruskan proses pembodohan ke atas umat Melayu dulu, kini dan selamanya. Tiada lain melainkan untuk memastikan UMNO kekal berkuasa, dengan kuasa itulah akan diambil kesempatan atas kejahilan dan kebodohan rakyat. Melayu yang bodoh lagi jahil tidak punya timbangan ilmu, intelek mahupun akedamik. Mereka hanya , mereka hanya menilai dan menimbang sesuatu itu dengan apa yang telah disediakan oleh UMNO dalam kurikulum yang dianjurkan oleh UMNO yang diwarisi dari penjajah dahulu.

Kesan daripadanya, apa sahaja salah laku, penyelewengan, penipuan, rasuah, penindasan dan seluruh keburukan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO tidak akan dapat dipersoal malah terus dibela oleh penyokong dan pendokong UMNO atas dasar kejahilan dan kebodohan tadi. Jika UMNO menerima kritikan atau berlaku pendedahan atas penipuan dan penyelewengan dikalangan pimpinan UMNO, penyokong dan pendokong UMNO dikalangan orang yang diperbodohkan UMNO dengan taatnya terus percaya dan yakin sungguh-sungguh bahawa semua itu bohong, fitnah, mengumpat, keji, maki hamun dan sewaktu dengannya. Bahaslah dengan cara akedamik bagaimana pun, ia telah tersemat didalam mindanya bahawa itu semua bohong, mustahil bagi UMNO buat perkara itu kununnya maka Melayu yang menjadi penyokong dan pendokong UMNO yang setia adalah antara manusia paling prejudis dalam dunia,. Itu juga sebabnya UMNO bermati-matian mempertahankan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971( AUKU ) kerana dengan jalan ini sahajalah mereka dapat mengongkong pemikiran para mahasiswa agar mereka tidak boleh mempersoalkan apa yang dibuat oleh UMNO walaupun ia salah dari segi disiplin ilmu, kerana yang hanya meluluskan pandangan serta pendapat mereka hanyalah apa yang terkandung dalam silibus dan disiplin pengajian yang disediakan UMNO sahaja.

Apakah cara yang paling efektif untuk membebaskan umat Melayu seluruhnya keluar dari kepompong kejahilan tajaan UMNO. Mudah sahaja, hapuskan kuasa politik UMNO. Tinggalkan 2 atau 3 kerusi untuk tatapan anak cucu kita bahawa UMNO yang kerjanya merosakkan minda dan menjatuhkan maruah umat Melayu ketahap haiwan peliharaan seperti lembu dan kambing, babi juga mungkin yang disembelih apabila tiba masanya untuk dinikmati keuntungannya oleh puak-puak pemimpin UMNO. selagi UMNO/BN berkuasa selama itu jugalah manusia akan dieksploitasi kebodohannya untuk menjamin kuasa dan kedudukan mereka kekal kerana sudah jelas diketahui bahawa kuasa dan kedudukan pemimpin UMNO bukan bertujuan untuk menjaga kepentingan dan ketuanan Melayu sebagaimana yang dilaung-laungkan selepas prestasi buruk mereka pada PRU-12 yang lalu, tetapi untuk mempastikan bahawa mereka dapat kepentingan perut dan bawah perut mereka dengan mengambil kesempatan kebodohan dan kejahilan umat Melayu. Kaum India sudah sedar bahawa mereka sudah lama ditipi MIC, akhirnya mereka meninggalkan MIC. Kaum Cina sudah sedar bahawa mereka telah lama ditipu MCA, akhirnya mereka meninggalkan MCA. Umat Melayu mesti sedar bahawa UMNO sudah lama menipu Melayu dan menjadi tanggungjawab Melayu meninggalkan UMNO. Tiada gunanya kembali bersatu atas nama UMNO, kerana ia akan terus menipu.Tak Nak BN...BN.., Barang Naik...

Tuesday, April 22, 2008

UMNO berjuang kerana kuasa bukan kerana Bangsa..!!


Keputusan pilihanraya yang amat mengejutkan UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya yang telah lalu menimbulkan polemik baru tajaan UMNO atas nama perpaduan Melayu. Sekonyong-konyong UMNO dan kuncu-kuncunya menyebarkan khabar pilu bahawa kuasa politik Melayu sudah tidak sekuat dahulu. Umum mengetahui bahawa pada hakikatnya bukan kuasa politik yang dimaksudkan, tetapi kuasa UMNO yang kian lusuh menanti pupus akibat keputusan rakyat yang tidak sebodoh dahulu ketika UMNO rancak berkuasa atas kesempatan kejahilan rakyat.

Maka menyalaklah pembesar-pembesar UMNO yang rata-rata masih menganggap rakyat sejahil dahulu dengan sentimen-sentimen perkauman, setidak-tidaknya dapat mengulagi tragedi 13 Mei untuk mendapatkan semula kuasa. Bermula dengan isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkaitan isu Dasar Ekonomi Baru, kemudian isu Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Bin Jamaluddin kononnya boneka DAP, yang baru lepas isu projek kandang babi moden berharga RM 100 juta yang diteruskan oleh kerajaan Negeri Selangor yang baru namun diluluskan oleh kerajaan Negeri Selangor yang lama.

Jika dihalusi setiap serangan-serangan yang dilakukan oleh UMNO terhadap kerajaan-kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat, hanyalah yang menyentuh soal kedudukan istemewa Melayu ( kononnya UMNO sahajalah yang menjadi juara memperjuangkan hak Melayu ). Rata-rata ahli UMNO yang sedia tidak cerdik hasil dari program tidak cerdik UMNO menyahut seruan perkauman sempit ini seolah-olah kedudukan Melayu amat tidak terjamin haknya dibawah pimpinan Pakatan Rakyat.Dalam erti kata yang lain, UMNO adalah pelopor mengajar masyarakat Melayu benci kepada Kaum Cina, UMNO jelas kini berperanan sebagai parti memecah-belahkan perpaduan rakyat semata-mata untuk mendapat keuntungan politik mereka. Kenyataan bahawa Melayu hlang kuasa politik disebar dan disajikan kepada masyarakat bermula dari barisan pimpinan UMNO yang kecewa sehinggalah kepada penulis-penulis UMNO kecewa di ruang surat pembaca akhbar perdana.

Tiba-tiba baru-baru ini, ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO telah memilih Ahli Parlimen Bintulu YB. Dato' Seri Tiong King Sing sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional ( BNBBC ) pada majlis pemukiman yang diadakan di Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ahli Parlimen Bintulu ini mengukir sejarah sebagai orang Cina pertama yang menduduki jawatan peneraju kelab penyokong Barisan Nasional.

Mengapa tidak dipilih dikalangan ahli parlimen UMNO yang masih mengungguli carta ahli parlimen terbanyak dikalangan parti komponen BN.Bukankah UMNO mahu memperjuangkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Bukankah UMNO mempunyai seorang ahli parlimen yang tanpa segan dan silunya mengaku bahawa dia memang nakal dan suka pecah-belahkan parti pembangkang. Dia juga suka merujuk beruk kepada sesiapa sahaja yang berdemonstrasi menolak dasar gila babi UMNO/BN yang kemudiannya ramai pula ahli UMNO jadi beruk ( merujuk kepada kata-kata ahli parlimen Rembau ) di Pulai Pinang, di Perak dan di Selangor. Bukankah orang yang paling layak menerajui satu kelab yang kerjanya menyokong usul mana-mana ahli parlimen BN tidak kira usul hak atau batil ialah orang yang suka memecah-belahkan parti pembangkang ditambah pula dengan nilai tambah kenakalan yang ada padanya,itukan satu kriterea cemerlang, gemilang dan terbilang yang patut ada pada pengerusi BNBBC.

Atau sekadar mengambil hati orang Sabah dan Sarawak maka dilantik dikalangan mereka timbalan menteri baru, pengerusi dan timbalan pengerusi kelab penyokong BN? Yang paling mustahak sekarang UMNO sudah menampakkan perangai sebenarnya dalam apa jua yang suarakannya berhubung isu ketuanan Melayu sebelum ini. Yang dimatlamatkan ialah survivor politik UMNO bukannya ketuanan Melayu. Dato' Seri Anwar Ibrahim hanya melawat Sabah Sarawak UMNO dah mula gelabah biawak. Cerita 30 orang ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak membuatkan UMNO dan BN histeria. Untuk mengelakkan UMNO/BN diserang angin ahmar maka dipujuknya orang-orang Sabah dan Sarawak dengan gula-gula baru buatan UMNO, maka dilantiklah dari Sarawak pengerusi BNBBC dan wakil dari Sabah sebgai timbalannya,dengan harapan, jangan diserang angin ahmar politik negara yang baru sahaja dilanda tsunami.

Ertinya bukan seperti yang dilaungkan oleh UMNO, perpaduan Melayu, kuasa politik Melayu, ketuanan Melayu, Melayu Pupus dan macam-macam lagi berkaitan Melayu dan tergugat kedudukan kononnya. Pada hakikatnya apa yang dimaksudkan ialah perpaduan untuk UMNO, kuasa politik UMNO, ketuanan UMNO, UMNO nak pupus dan yang macam-macam lagi berkaitan tergugatnya kedudukan Melayu yang hakikat sebenarnya adalah KUASA DAN KEDUDUKAN UMNO KINI TERGUGAT...!!!!

Noh Omar & UMNO, Tidak Tidur, Tapi Mimpi Tak Sedar Diri..!!!

Dato' Noh Bin Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang, merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mengajak rakyat Selangor untuk bersatu menghadapi kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah. Noh menganggap Pakatan Rakyat terlalu rapuh dan tidak berada pada landasan dan matlamat yang betul kerana pada pilihanraya umum yang lalu, ketiga-tiga parti ini, PAS, PKR da DAP bertanding dengan menggunakan simbol yang berlainan tidak seperti Barisan Nasional. Noh juga mendakwa kerajaan Selangor yang dibentuk hasil gabungan ketiga-tiga parti politik ini adalah lemah kerana mempunyai idealogi yang berbeza dan bergabung hanya untuk membentuk kerajaan semata-mata.

Dakwaan dan andaian Noh tersebut seolah-olah menggambarkan bahawa menteri ini mengajak rakyat untuk menjadi tidak matang dan tidak cerdik sepertinya. UMNO memeng sudah lama mendidik dan mengasuh rakyat agar menjadi tidak matang dan tidak cerdik dalam apa jua suasana. Kerana bagi UMNO, biarlah rakyat tidak cerdik kerana kalau rakyat cerdik maka UMNO akan ditolak kerana sifat tidak cerdiknya UMNO. Logiknya, UMNO akan ditolak kerana sifatnya yang tiada cerdik oleh orang yang cerdik. Yang tidak menolak UMNO adalah orang yang mempunyai sifat yang sama macam sifat UMNO yang tidak cerdik sepertinya kerana masing-masing tiada cerdik maka tiada pula ia merasa bodoh kerana masing-masing berada dalam suasana dan lingkungan zon tidak cerdik.

Mengapa Noh beria-ia mengajak rakyat bersatu mengahadapi kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah. Mungkin kerana sifat tidak mengaku kekalahan walupun Noh menang tapi kalah di negeri sendiri. Untuk menghilangkan rasa kalah di negeri sendiri maka andaian, jangkaan dari angan-angannya mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah-belah dijadikan isi penting untuk difikirkan bersama-sama orang yang tidak cerdik sepertinya.

Saya yakin Noh tidaklah sebodoh itu berpegang pada apa yang telah dia katakan kepada persatuan penduduk dan persatuan teksi Pelabuhan Klang. Yang penting manusia-manusia yang hadir pada majlis kesyukuaran tersebut menjadikan apa yang diungkapkannya itu sebagai dalil baru untuk diyakini dan diimani. Biar ia menjadi panduan untuk membuat andaian yang lain pula terhadap Pakatan Rakyat,bahawa tiada lain yang boleh mersatu melainkan UMNO dan BN semata-mata. Yakinlah saya bahawa yang datang pun kebanyakkannya mungkin dikalangan UMNO/BN juga, masakan majlis kesyukuran yang dirasmikan oleh menteri yang aqidahnya UMNO akan menyambut kemenangan Pakatan Rakyat. Sudah pastilah majlis itu adalah menzahirkan rasa syukur atas kemenangan UMNO yang tiada seberapa itu kerana yang merasmikannya UMNO dan yang manyambutnya UMNO sepertinya juga. Noh mahukan orang yang mendengar ucapannya berfikir dalam lingkungan tidak cerdik dan terus berada dalam lingkungan tidak cerdik dan tidak matang. Dengan harapan mungkin, biarlah cemerlang bagaimanapun Pakatan Rakyat menerajui negeri, kecemerlangan itu akan ditutup dengan ketidak cerdikkan dan ketidak matangan rakyat atas usaha Noh dan UMNO seluruhnya.

Hanya kerana lambang dan matlamat lain justeru ia adalah dalil yang tidak syak lagi akan pasti membawa kepada perpecahan dan tidak seperti UMNO dan BN yang selambang, sematlamat dan sehati sejiwa menipu dan memperbodohkan rakyat dengan mengambil kesempatan atas kejahilan yang telah diprojekkan oleh UMNO dan BN setelah sekian lama. Kiranya perasaan cemburu tahap melampau Noh terhadap pencapaian luar biasa Pakatan Rakyat adalah faktor yang mendorong beliau untuk mengambil peluang dalam apa jua majlis pun asalkan kod pemikiran rakyat mesti diracun dan diserap dengan pandangan yang tidak cerdik jauh dari pandangan ilimiah.

Noh memang mengharapkan Pakatan Rakyat hancur. Untuk merialisasikan kehancuran itu cukup sekadar andaian dan jangkaan kerana kata-katanya akan dilaporkan oleh orang suratkhabar ke dalam suratkhabar. Majoriti rakyat kini sudah terkeluar dari kod pemikiran UMNO seperti yang dibawa oleh Noh. Rakyat sudah tahu betapa tidak cerdiknya mereka berada dalam program tidak cerdik akhirnya langsung mereka menjadi tidak cerdik. Maka majoriti rakyat di Selangor telah memilih jalan yang betul keluar dari program tidak cerdik dan menjadi tidak cerdik.

Hanya orang yang tidak cerdik macam Noh sahaja yang meyakini bahawa kerana lainnya lambang yang digunakan maka ia akan berpecah. Mimpi Noh mahu melihat Pakatan Rakyat berpecah yang bermula dengan andaiannya menyingkap bahawa dirinya yang UMNO itu, yang menggunakan lambang UMNO satu-satunya itu ( belum lambang BN lagi ) kini di ambang perpecahan, kehancuran bahkan kepupusan pun. Noh dan UMNO tiada sedarkan diri mereka sedang berpecah menuju hancur sesuai dengan matlamat pendokong UMNO yang mahu melihat peluang untuk berkuasa walaupun sanggup menabur pasir ke dalam periuk nasi ahli UMNO sendiri.

PAS, PKR dan DAP memang pada dasarnya berbeza perjuangannya. Berbeza kerana setiap parti ada undang-undang tubuhnya sendiri. Demikian kerana berbeza pandangan politiklah yang membuatkan ketiga-tiga parti ini berunding semeja untuk mencapai keputusan dan kaedah terbaik untuk mengembalikan hak dan kebajikan rakyat. Melalui perbincangan dan muafakat inilah akhirnya menemukan mereka kepada satu titik pertemuan yang sama, memperjuangkan hak rakyat tanpa mengira bahasa dan warna kulit manusia itu. Tidak seperti UMNO yang hanya sibuk dengan propaganda ketuanan Melayunya pada hakikat ramai Melayu jadi tidak cerdik.

Noh juga dengan bangga menyampaikan gagasan teori " kalau " untuk meyakinkan orang lain mungkin dirinya juga bahawa Pakatan Rakyat memang benar-benar boleh berpecah. Katanya kalau PAS keluar dari pakatan, maka PKR dan DAP hanya akan tinggal 28 kerusi sahaja. Kalau DAP keluar, lagi hancur katanya sebab pakatan hanya akan tinggal 23 kerusi, maka jelasnya lagilah mereka tidak boleh memerintah. Soalnya memanglah kalau ia benar-benar berpecah. Yang menjadi masalah UMNO dan BN yang tiada boleh berbuat apa-apa sebab hanya ada 20 kerusi sahaja. Noh menang di parlimen di mana BN masih membentuk kerajaan walaupun hanya dengan simple majority, jadi menteri penuh pulak tu. Yang disibukkannya kedudukan UMNO dan BN di Selangor. Sepatutnya Noh menghormati pilihan majoriti rakyat Selangot yang mahukan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan. Atau kerana Noh dan pimpinan UMNO yang lain tiada dapat memperoleh kontrak-kontrak yang boleh disub-subkan dan ditunggu-tunggu oleh sebilangan kontraktor yang selalu duduk minum-minum dan bincang-bincang petang di Restoran Yusoff bertentangan Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Karang. Atau tiada lagi dapat peruntukkan gila dari SUK untuk belanja pilihanraya yang akan datang...??? Entahlah...!!!


Friday, April 18, 2008

Polemik Perpaduan, Ketuanan Dan Kuasa Politik Melayu..Suatu Helah Warisan Musyrikin Quraisy di Makkah...!!!

Kisah rundingan politik musyrikin Quraisy kepada Rasulullah S.A.W.


Oleh kerana kekentalan iman dan ketabahan Rasulullah S.A.W bersama para sahabat dan penyokongnya menghandapi tentangan,kekerasan dan kedahsyatan penyeksaan kaum musyrikin Makkah, tidak juga ia memberi kesan terhadap perjuangan rasulullah bersama para sahabat meneruskan dakwah agar manusia seluruhnya kembali mengesakan Allah tuhan sekelian alam. Pimpinan musyrikin bingung dengan situasi tersebut dan terus memikirkan dengan kaedah apakah lagi yang sesuai digunakan untuk melunturkan aqidah dan taqwa Muhammad dan para penyokonganya.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hisham daripada Ibnu Ishaq mengenai seorang yang bernama 'Utbah dan Rabi'ah, seorang pemimpin dikalangan kaum musyrikin yang yang pintar dan berpandangan jauh, lebih jauh dari pimpinan musyrikin yang lain. 'Utbah telah pergi menemui puak Quraisy di dewan perhimpunan mereka lalu berkata;

"Wahai saudaraku sekalian dari kalangan Quraisy..!! Aku sedia menawarkan diriku untuk berunding dengan Muhammad. Aku yakin bahawa sebahagian dari apa yang aku tawarkan akan diterima Muhammad. Di samping itu aku akan tahu apa-apa yang dikehendaki Muhammad dan aku akan cuba memahaminya serta cuba memenuhi kehendaknya.."

Kalangan Quraisy terus bersetuju sebulat suara dengan cadangan yang telah dibentangkan oleh 'Utbah bin Rabi'ah. Bukan sekadar itu mereka turut memberi sokongan penuh terhadap 'Utbah untuk melaksanakan misi diplomatik itu bagi memastikan iman dan taqwa Rasulullah dan pengikutnya tidak lagi kepada Allah tetapi kepada manusia dan material.

Maka 'Utabah pun terus pergi menemui Rasulullah setelah mendapat mandat dari pimpinan musyrikin Quraisy. 'Utbah terus duduk berhadapan dengan Rasulullah lalu berkata;

"Wahai anak saudaraku..!! Sepanjang ingatan kami bahawasanya engkau adalah orang yan paling mulia dan dihormati seperti yang diketahui umum, kerana kami tahu bahawa engkau berasal dari baka dan keturunan yang amat mulia serta engkau sentiasa disanjung dikalangan kami. Tetapi sayangnya engkau telah membawa satu ajaran yang menyebabkan dikalangan kami berpecah, kamu juga telah memperkecil, memperolok dan memperbodohkan pemimpian-pemimpian serta amalan penyembahan berhala kami. Mahukah sekiranya aku tawarkan engkau beberapa perkara, semoga engkau menerima sebahagian darinya."

Maka Rasulullah pun berkata kepadanya ; " Katakanlah wahai Abu Al-Walid, Aku cuba mendengarnya.., " Kemudian 'Utbah berkata ;

"Wahai anak saudaraku..!! Sekiranya apa yang engkau lakukan kerana hendak mendapatkan harta, maka kami sedia menghimpunkan harta itu sehingga engkau menjadi orang yang paling kaya dikalangan kami. Sekiranya perjuangan kamu ituadalah kerana hendakkan kemuliaan, kami sanggup melantik engkau menjadi tuan kepada kami sehingga apa jua masalah yang timbul maka kami akan memberitahu dan bertanya pada engkau dahulu. Jika engkau ingin menjadi raja nescaya kami akan tabalkan engkau menjadi raja. Jika semua tawaran yang aku berikan tadi engkau tolak maka yang terakhir sekali kami bersedia membelanjakan harta kekayaan kami untuk mencari doktor yang terhebat untuk merawat engkau hingga sembuh..,"

Setelah 'Utbah selesai berkata-kata, Rasulullah pula berkata kepada 'Utbah; "Apakah sudah habis segala hasrat yang hendak engkau curahkan itu..? " Jawab 'Utbah ; " Ya..!! " Kemudian Rasulullah berkata kepada 'Utbah ; " Dengarkanlah dariku.., "

Maka Rasulullah membacakan firman Allah Ta'ala dari surah Fushshilat mula ayat yang pertama yang maksudnya ;

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani..

1) Haa Miim

2) Diturunkan ( Al-Quran ) dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.

3) Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, iaitu bacannya dalam bahasa Arab untuk kaum yang mengetahui.

4) ( Kitab ) Yang membawakan berita gembira dan membawa peringatan tetapi kebanyakan mereka berpaling dan tidak pula mahu mendengar.

5) Mereka ( kaum musyrikin )berkata " Hati kami berada dalam keadaan tertutup ( yang menutupi ) apa yang kamu seru kami kepadanya dan di telinga kami ada sumbatan dan antara kami dan kamu ada halangan, maka bekerjalah kamu ( cara kamu ) sesungguhnya kami bekerja ( mengikut cara kami pula ) "

6) Katakanlah ( wahai Muhammad ) " Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepada aku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa, maka tetaplah pada jalan yang lurus menuju kepada-Nya dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukan-Nya."


Raulullah terus membacakan wahyu Allah S.W.T sementara 'Utbah juga mendengarnya sehingga ayat ke-13 Surah Fushshilat yang bermaksud ;

" Jika mereka berpaling maka katakanlah ( wahai Muhammad ) " Aku telah memperingatkan kamu dengan petir yang menimpa kaum 'Aad dan kaum Thamud."


Utbah yang dalam ketakutan dan menggeletar mendengar ancaman dari wahyu Allah yang telah sisampaikan oleh Rasulullah S.A.W lalu terus menekupmulut baginda dengan tangannya dan memohon kepada Rsulullah supaya berhenti dari meneruskan bacaannya. Maka Rasulullah pun menamatkan bacaannya dan 'Utbah terus beredar dari situ menemui pimpinan musyrikin Quraisy.

Pimpinan serta sekalian musyrikin Quraisy sedia menanti kepulangan 'Utbah untuk mengetahui keputusan rundingan dan tawaran 'Utbah kepada Rasulullah. Setibanya 'Utbah kepada kaumnya di dewan persidangan Quraisy,dengan segera mereka terus bertanyakan kepada 'Utbah tentang perkembangan rundingan yang telah berlangsung antara dia dan Rasulullah lantaran itu bertalu-talu soalan diajukan kepadanya. Bertanya seorang perwakilan kepadanya ; " Apakah perkhabarannya wahai 'Utbah...? " Utbah menjawab ;

" Demi sesungguhnya belum pernah aku mendengar barang sesuatu yang telah dengar sepertimana yang aku dengar hari ini, ianya bukan syair, bukan jampi, bukan seloka, bukan sihir dan bukan gurindam biarawan."

" Wahai sekalian kaum Quraisy..!!! Dengarlah nasihat aku. Berilah peluang kepada Muhammad untuk berkata-kata apa jua yang dia hendak katakan. Demi Allah, dari kata-kata Muhammad itu, suatu ketika kelak kamu akan mendengar berita ( sejarah ) yang mengejutkan. Dari kalangan kita janganlah menggangu dia, jika terdapat puak lain yang memusuhinya maka biarkanlah. Sekiranya Muhammad berjaya, maka kejayaannya adalah kejayaan kita bersama kerana kita adalah kaum kerabatnya.."


Jawab mereka ; " Demi sesungguhnya engkau pun juga sudah terpedayaoleh Muhammad dengan kelancaran lidahnya " Di balas oleh 'Utbah ; " Apa yang aku katakan tadi adalah pendapatku tentang Muhammad, dan pendapat kamu terserahlah kepada kamu sekalian.."

At-Tobari dan Ibnu Kathir dan ahli sejarah yang lain meriwayatkan bahawa satu delegasi musyrikin Makkah terdiri dari Walid bin Al-Mughirah dan Al-'Aash bin Waidh telah datang menemui Rasulullah dan menawarkan harta yang banyak sehingga Muhammad menjadi manusia terkaya. Selain itu mereka juga menawarkan Muhammad untuk dikahwinkan dengan gadis yang paling jelita dikalangan mereka jika Muhammad mahukan wanita sebagi teman, tetapi dengan syarat Muhammad mesti meninggalkan perjuagannya menegakkan kalimah Allah serta tidak lagi mencerca atau memperlekeh patung berhala yang menjadi sembahan dan pendapatan mereka.

Semua tawaran itu ditolak menta-mentah oleh Rasulullah S.A.W. Kerana sesungguhnya tugas dakwah, perjuangan menegakkan dan mendaulatkan Islam tidak mungkin ditukarka dengan kuasa dan kekayaan juga gadis-gadis jelita. Namun penolakkan Rasulullah secara total tawaran delegasi musyrikin Makkah itu tidak mengahalan mereka untuk mengemukakan cadangan baru, mereka meminta agar bertolak ansur dan bekerjasama soal 'ibadah, supaya satu hari mereka bersama-sama menyembah tuhan Muhammad dan pada hari yang lain pula Muhammad menyembah patung berhala mereka.

Hasil dari rundingan itu maka turunlah wahyu Allah pesanan tegas tentang bahawa keimanan dan kekufuran tiada tolak-ansurnya seperti yang ditegaskan oleh Allah dalam surah Al-Kaafiruun. Kaum musyrikin tetap tidak berputus asa malah terus berusaha berunding dengan baginda Rasulullah dengan tawaran-tawaran kemuliaan dan material. Semuanya dijawab oleh Baginda dengan katanya ;

" Sesungguhnya aku tiada kena mengena dengan apa yang telah suarakan. Segala apa yang aku bawakan bukanlah untuk mendapatkan harta kekayaan dan bukan juga untuk mencari pengaruh dan bukan juga untuk mendapatkan kuasa dari kamu. Tetapi Allah Ta'ala melantik aku menjadi Rasul dan menurunkan Al-Quran serta memerintahkan aku menyampaikan kepada kamu berita yang menggembirakan ( balasan syurga kepada orang yang beramal soleh ) dan berita ancaman ( kepada mereka yang ingkar arahan Allah ). Aku menyampaikan risalah serta memberi nasihat, jika kamu menerima nasihat itu adalah tanda bahawa kamu bernasib baik,jika kamu tolak nasihat itu, saya sanggup bersabar kerananya sehingga Allah memberi kata putus antara aku dan kamu semua.."

Setelah perbincangan berlarutan dan Rasulullah tetap dengan pendiriannya menolak secara tuntas tawaran yang disuarakan oleh kaum musyrikin Makkah dan sebagai kata terakhir dari pihak Quraisy ;

" Wahai Muhammad, sebenarnya telah sampai suatu berita kepada kami bahawa apa yang kamu ajarkan kepada kami bukanlh dari langit, sebaliknya kamu telah menerima ajaran itu dari seorang lelaki di sebuah daerah Yamamah dan orang itu bernama Ar-Rahman, jika ajaran yang kamu perolehi dari orang yang bernama Ar-Rahman, demi Allah kami tidak akan beriman dengan berita yang disampaikan oleh orang yang bernama Ar-Rahman. Kami juga tidak akan benarkan engkau menyebarkan ajaran itu kepada puak kami.


Pengajaran dari pandangan Fiqh Sirah Nabawiyyah.

S
irah Nabawi jelas menasihat dan mengingatkan kita betapa usaha-usaha musuh Allah dan rasul-Nya dengan tanpa berputus asa dteruskan dengan apa cara sekalipun. Polemik mengembalikan kuasa politik Melayu kononya adal ditiru dari apa yang telah dilakukan oleh kaum Musyrikin Quraisy di Makkah.


Bermula dengan tawaran "Utbah bin Rabi'ah kepada Rasul dengan menimbulkan sentimen puak Quraisy kepada Rasulullah seolah tiada ubahnya dengan sentimen yang dimainkan oleh UMNO untuk meraih sokongan kembali masyarakat kepada sebuah parti politik Melayu yang pada hakikatnya makin teruk teroksida. 'Utbah dalam rundingannya seolah-olah mahu menarik perhatian nabi atas nasib kaum Quraisy kononnya berpecah belah hanya kerana ajaran yang dibawa oleh Muhammad. Rasulullah diajak supaya bersatu di bawah naungan musyrikin Makkah malah ditawarkan pula dengan dengan habuan kemewahan material, kemuliaan dan kekuasaan. Rundingan pertama gagal namun kaum musyrikin terus-menerus menghantar wakil untuk berunding dengan baginda secara diplomasi namun gagal. Allah S.W.T menghantar isyarat jelas tentang maksud sebenar golongan-golongan pewaris amalan musyrikin Makkah ini hanya semata-mata mahu mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan mereka.



Golongan Kuffar Musyrikin di Makkah ketika itu akhirnya menjadikan rundingan itu untuk menjaga kepentingan kuasa dan kekayaan mereka dengan mengambil kesempatan terhadap penyembahan berhala. 360 berhala yang mengelilingi Ka'bah adalah sumber pendapatan mereka kerana setiap berhala mempunya tabung khas untuk orang ramai menderma ang akhirnya mereka boleh mengaut kekayaan tanpa perlu penat bekerja dengan hanya memakan hasil derma orang ramai ke dalam tabung berhala tersebut. Sekiranya seruan Rasulullah sampai kepada masyarakat, sudah pasti akan terbongkar penipuan mereka tentang hakikat penyelewengan aqidah yang mereka lakukan kerana semakin ramai manusia menyembah berhala semakin kayalah pimpinan kuffar. Masyarakat dobodohkan tentang aqidah, Rasulullah dihalang sedaya upaya dari menyampaikan maklumat Tauhid kepada rakyat. Semakin bodoh masyarakat semakin berkuasa pemimpin musyrikin.


Apa yang berlaku kini adalah tayangan semula sikap dan pendirian kaum musyrikin dalam versi UMNO. Mengapa UMNO sungguh-sungguh ingin mempropagandakan tentang kehilangan kuasa politik Melayu. Tanpa segan silu menjemput PAS untuk berunding soal perpaduan Melayu.Seharusnya rakyat harus sedar bahawa isu perpaduan Melayu tajaan UMNO sekadar untuk mencari kekuatan baru untuk UMNO sama sahaja seperti apa yang telah ditawarkan oleh 'Utbah kepada Rasulullah dengan menyatakan bersama sentimen menyatukan Quraisy yang pecah belah kununnya angkara perjuangan dan seruan Rasulullah agar manusia seluruhnya kembali kepada Allah. Maka 'Utbah secara tersirat mahu perpaduan dikalangan Quraisy mesti disegerakan.


Lantaran masyarakat Melayu jangan terpengaruh dengan sentimen perkauman yang dimainkan oleh UMNO kerana yang penting bagi mereka adalah kuasa dan harta. Allah S.W.T telah mengisyaratkan kepada manusia seluruhnya secara jelas bahawa akan ada manusia yang akan mewarisi dan mengulangi apa yang telah dilakukan oleh kaum yang mendapat kemurkaan Allah.


Pada hakikatnya bukan tentang perpaduan yang menjadi matlamat, tetapi kuasa yang mereka pegang jangan sampai terlepas kepada siapa sahaja yang mewarisi kerja-kerja Rasulullah, iaitu para 'Ulamak dan pejuang-pejuang Islam serta kebenaran. Kerana sekiranya kuasa ini terlepas, maka terbongkarlah rahsia penyelewengan,penipuan, penindasan, rasuah dan segala macam keburukan UMNO sebagaimana pimpinan musyrikin Quraisy di Makkah yang amat takut sekiranya dakwah Muhammad sampai kepada masyarakat dan rakyat Makkah seluruhnya, maka terbongkarlah rahsia penyelewengan aqidah dengan mengambil kesempatan mengaut kekayaan atas kejahilan manusia yang melakukan derma untuk berhala. Bukan kuasa politik Melayu yang dibimbangkan tetapi kuasa politik UMNO yang dibimbangkan sebagaimana 'Utbah bimbang perpecahan kaum Quraisy pada hakikatnya mereka takutkan manusia lari dari menyembah berhala. Jangan kita dibodohkan oleh sentimen jahiliyah anjuran UMNO yang memang amalannya mengambil kesempatan atas kejahilan rakyat umumnya Melayu khususnya.