About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Monday, May 21, 2007

Profesional PAS sekular..???

Ketika terbaca tulisan di dalam webblog Roslan sms dan Penarik Beca, ada suatu yang menyentuh fikiran saya berkenaan adakah di kalangan pimpinan atau ahli Pas yang berfikiran sekular dan cerita strategi Umno dan Barisan Nasional untuk jatuhkan Pas Kelantan, tambahan pula pesanan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Bin Mat isa ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 PAS Kawasan hulu Langat baru-baru ini yang menyentuh soal terdapat cubaan baru untuk mencetuskan pertelingkahan antara golongan ulama dengan profesional dengan mengatakan bahawa golongan profesional sebagai sekular.

Jika di tinjau dari sudut yang sama perkembangan ini, sudah nampak akan adanya gerakan untuk mencetuskan pertelingkahan di antara pimpinan tertinggi PAS . Mungkin gerakan ini telah lama cuba menyusup masuk ke dalam saf kepimpinan PAS justeru cuba merenggangkan seterusnya memutuskan hubungan yang erat antara golongan ulama dan profesional kerana apabila keruhnya hubungan di peringkat pimpinan maka sudah pasti kesannya dari psikologi ahli lebih merbahaya.

Persoalan yang cuba di timbulkan oleh musuh-musuh PAS ini adalah cuba merenggangkan hubungan pimpinan antara golongan 'Ulama dan profesional. Tuduhan-tuduhan yang mengaitkan golongan profesional jelas menunjukkan kejengkelan musuh dalam memahami PAS sebagi satu jama'ah Islam yang memperjuang isu-isu nasional mahupun antarabangsa berdasarkan apa yang telah di tetapkan oleh Islam. Perlu di ingat bahawa PAS adalah sebagai sebuah platform memperjuang dan mendaulatkan Islam, seterusnya Islam itu sendiri di dalaulatkan bukan di birokrasikan lagi.

Maka sudah tentu barisan pimpinan PAS di setiap peringkat telah diasuh dan ditarbiyah sikapnya, tindakannya dan pandangannya sesuai mengikut syariat Allah Ta'ala. Timbul pula persoalan ( mungkin saya yang menimbulkan persoalan ini ) bahawa ahli-ahli PAS juga terdiri dari golongan agama dan sekular berdasarkan latar belakang pendidikan ahli yang bukan semua berpendidikan agama. Pentunjuk jelas yang perlu mereka sedari bahawa jika sekiranya ramai di kalangan ahli-ahli PAS sendiri adalah bukan berpendidikan agama, mereka tetap di bawah naungan Islam dan mesti bergerak, bersikap, berpendirian dan bersikap sepertimana yang digariskan oleh Islam juga. Maka bagaimana pula sekiranya terdapat ramai golongan berpendidikan agama yang berkelulusan setinggi langit namun masih meredhai dasar perjuangan sekular yang jelas hanya menjadikan agama sebagai hiasan dinding sekular semata-mata. Maka anda di kalangan berpendidikan atau lulusan agama masih tidak punya kesedaran seperti kereka yang hanya belajar agama sekadar melelengkapkan kurikulum namun kesedaran terhadap perjuangan Islam amat mengkagumkan.

Soal pertentangan antara golongan 'Ulama dan profesional samada sekular atau tidak pada pendapat saya tidak timbul bahkan nyata di dapati musuh-musuh politik Islam sengaja mengada-adakan cerita untuk di panjangkan lagi cerita ini ke episod seterusnya dengan harapan PAS akan kian lemah dan tewas hanya dengan sebab timbulnya masalah dalaman dan ketidaksefahaman antara pimpinan mahupun anrata pimpinan dan ahli. Sekiranya benar simptom-simptom pasti, maka undang-undang tatertib PAS yang terkandung di dalam perlembagaan PAS dapat di jadikan antibiotik terbaik pada peringkat asas dan untuk setiap ahli-ahli PAS tanpa mengira hieraki jawatannya di dalam PAS. Kerana di dalam tatatertib PAS jelas menegaskan bahawa semua ahli-ahli PAS hendaklah;


-Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS,

-Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya,

-Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti,


-Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang di tugaskan oleh Perti sedaya upaya yang boleh,

-Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti,

-Mengamalkan akhlak Islam.

Ahli PAS tanpa mengira barisan pimpinan atau tidak, 'Ulama atau profesioanal, pasti dilindungi dengan antibiotik yang memang telah lama tertanam di dalam tubuh ahli-ahli PAS itu sendiri. Oleh itu di mana pula ruang untuk pucuk pimpinan mahupun dari kalangan profesional khususnya untuk menyebarkan fikrah sekular ini. Sekiranya ada di kalangan ahli atau pimpinan yang cuba meletakkan suatu keputusan dan sikap berdasarkan pandangan sekular, sudah pasti mereka ini tidak akan dapat bergerak di dalam suasana Islam sedangkan PAS menuntut ahlinya taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS. Kemudian di kukuhkan pula oleh tujuan-tujuan PAS itu sendiri sepertimana yang termaktub di dalam perlembagaan PAS yang menyatakan ;


-memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. -Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan negara.


Sudah tentu tidak akan ada pimpinan yang akan mendahului syariat dan mengutamakan akal sebagai memberi pandangan dan prinsip terhadap Parti kerana jelas telah di sebut di atas bahawa PAS memperjuangkan untuk mewujudkan di negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup ISLAM. Sudah pasti apa yang paling bernilai di dalam Islam adalah sumber-sumber hukumnya iaitu Al-Qur'an, As-Sunnah, Ijma' dan Qias.

Sekiranya golongan profesional ini mendokong pandangan hidup sekular, berdasarkan tujuan ini pasti meraka tidak akan menyertai PAS atau mereka lebih selesa bersama UMNO dan Barisan Nasional lantaran sesuainya fikrah mereka itu dengan dasar dan pegangan hidup umat ikutan UMNO.

Sekiranya golongan-golongan profesional ini masih berdiri di atas kaki sekular, mungkinkah meraka berdiri teguh di atas dasar Islam yang diperjuangkan PAS yang hanya memfokuskan jalan perjuangan dan gerak kerja yang di redhai Allah Ta'ala. Sudah pasti mereka ini lebih senang untuk bersama parti yang tidak menghiraukan soal keredhaan dan kemurkaan,dosa pahala, batas-batas iman dan kufur, syurga dan neraka kerana dasar pandangan sekular mengejar matlamat dengan menghalalkan apa jua cara sekalipun sesuai dengan pandangan hidup sekular tuhan itu hanya sekadar di surau dan di masjid atau lebih sedikit pun di hari kematian seorang muslim.

Golongan sekular jelas menolak agama sebagai sumber perundangan hidup. Yang mencorakkan hidup mereka adalah apa yang dapat difikirkan oleh akal dan tiada lain hanya akal semata-mata akal yang akan dijadikan pegangan hidup mereka. Islam telah meletakkan asas dan corak kehidupan yang paling sesuai untuk seluruh umat manusia. Islamlah yang mencorakkan kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara bukannya atas kapasiti manusia yang boleh mencorakkan agama mengikut rekabentuk hawa nafsu dan akal manusia.

Justeru saya berpendapat, apakah dikalangan profesional yang sama-sama memperjuangkan Islam dan menolak kekufuran itu masih boleh kita ketegorikan sebagi sekular. Jelas kehidupan meraka juga telah dicorakkan dengan keindahan Islam itu sendiri.Bagaimana pula dengan golongan 'Ulama yang menjual prinsip dan pendirian islam dengan sedikit habuan dunia bersama-sama menegakkan keagungan sekular,apakah mereka tidak dinamakan ahli sekular,walhal mereka menjunjung dan mendokong akal dan fikiran lebih dari segala-galanya. Bagi saya sekular atau tidak bukan terletak pada kelulusan semata-mata, tetapi hendaklah dilihat pada apakah dasar yang diperjuangkan oleh seseorang itu.

Dalam hal ini saya melihat bahawa mereka ini hanya menyandarkan dakwaan sekular itu kepada tokoh-tokoh profesional PAS hanya bersandarkan kepada kelulusan dan latar pendidikan tokoh itu sahaja. Seperti yang di ucapkan oleh Ustaz Nasharuddin bahawa golongan profesonal ini di asuh dan dilahirkan dalam sistem pendidikan sekular namun mereka ini mempunyai fikrah Islam dan mereka menolak fahaman sekular ini.

Bagi saya ini adalah signal betapa paduan para 'Ulama dan profesional dalam barisan kepimpinan PAS amat di geruni dan dicemburui, masakan tidak jika ada orang dengki hendakkan memisahkan paduan yang amat bernilai ini. Namun atas dasar kepentingan parti, layangan cerita ini tidak pula harus kita ambil remeh bahkan boleh kita jadikan suatu amaran agar setiap ahli di semua peringkat menguatkan prinsip dan istiqomah dalam perjuangan Parti Islam Se-Malaysia untuk menegakkan sebuah masyarakat dan negara yang diredhai Allah dan sentiasa di dalam rahmat,keampunan dan lindungnnya.

No comments: