About Me

My photo
Anak Bapak Al-Banjary Al-Asya'iry As-Syafi'iy, Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!

Friday, May 18, 2007

blogger..,

Tidak dapat dinafikan lagi kini masyarakat ketandusan saluran maklumat yang benar-benar seimbang untuk dinilai dan di amati tentang apakah, kenapakah, siapakah, bilakah, bagaimanakah suatu yang berlaku dalam lingkungan masyarakat. suatu maklumat yang adil akan memberi gambaran yang sebenar tentang susana yang sebenar malah mengajak masyarakat menilai suatu kejadian dan peristiwa itu dengan keadilan dan disiplin ilmu juga.

Masyarakat Malaysia kini tidak di hujani maklumat yang dapat membentuk masyarakat yang menjadikan imu sebagai dasar timbangan dan kewajaran. Yang pasti, maklumat yang ditawarkan hanya menyogok masyarakat kembali berfikir dalam lingkungan feudal, terpaksa mengiyakan apa yang iya walaupun iyanya tidak dan terpaksa menidakkan yang tidak walaupun yang tidak itu adalah iya.

Blogger kini menjadi alternatif dan gantian kepada sumber sedia ada ( mungkin juga kalangan masyarakat prejudis terhadap saluran yang ada ). Bagi saya ini suatu perkembangan baru saluran media berteraskan teknologi maklumat terkini, sia-sia sahaja kalau tiada di guna peluang ini untuk memberi maklumat baru kepada masyarakat yang kini kontang maklumat malah yang lebih tepat bagi saya, maklumat yang di berikan hanya sekadar picisan, mengalih pandangan masyarakat dari suatu yang maha penting kepada suatu yang hanya penting cukup makan sahaja, atau hanya memberi gambaran yang baik terhadap individu walaupun hakikatnya individu itu tidaklah sebaik mana walaupun lebih banyak buruk dari yang baik.

Sekadar menyatakan pendirian saya terhadap suatu isu yang datang semampu kemampuan ilmu dan pengetahuan saya sebagai seorang blogger kerana telah lama terpendam di minda ini betapa rakyat perlu di bebaskan dari kongkongan maklumat, tidak menerima sesuatuitu bulat-bulat dan mengajak rakyat berfikir dengan lebih kritis dan menilai sebaik mungkin agar tidak dikelirukan dan dimangsakan lagi.

1 comment:

tadaknama said...

Macam mana dengan kenyataan bahawa blogger boleh diheret ke mahkamah atas tuduhan fitnah. Nyatakan pendirian saudara,,