About Me

My Photo
aNaK BaPaK
Dilahirkan pada tanggal 1hb Januari 1983 di Kg Parit Satu Sungai Sireh, Tanjong Karang, Selangor Darul Ehsan, seorang Melayu berketurunan Banjar suku Alai, Kini bersama PAS Kawasan Tanjong Karang berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi Allah sebagai amanah dan tanggungjawab dari-Nya.. ..terima kasih atas sokongan anda.. Takbirr..ALLAHUAKBAR..!!!
View my complete profile

Saturday, November 28, 2009

UCAPAN PENUTUP PRESIDEN PAS, SEMINAR PERKASA PARTI

UCAPAN PENUTUP PRESIDEN PAS

Pertama-tamanya bagi pihak pimpinan PAS pusat, saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya di atas kehadiran tuan puan dari seluruh pelusuk negara. Di seminar ini kita, telah melakukan perbincangan dan perbahasan yang hangat ini dengan penuh kematangan. Semoga kehadiran kita ke sini diberkati oleh-Nya.

Dalam politik ,kita sekarang ibarat orang-orang yang sedang berada di padang dan yang lain adalah penonton dan petugas. Sebagai contoh, dalam permainan bola sepak, terdapat pengurus, ketua pasukan, pemain bola dan penyokong-penyokong. Dan di kalangan penyokong ini ada yang cuba melakukan provokasi seperti melempar mercun untuk mejatuhkan kita. Jadi sebagai seorang yang bijak dan matang, janganlah kita sebagai pemain juga melakukan perkara yang sama seperti mereka. Apa yang penting, kita mendengar semua pandangan termasuk pandangan dari luar dan hendaklah berjiwa besar dalam menghadapi masalah.

Walaupun berlaku pelbagai kekecohan yang digambarkn oleh semua pihak seolah-olah amat berat dan pandangan-pandangan yang dilontarkan juga agak keras tetapi kita masih mampu menghadapinya dengan bijaksana walaupun terbit rasa marah dihati.

Inilah yang ditunjukkan oleh kita ketika perbahasan tadi. Kenapa tiada kekecohan seperti yang sering terjadi pada UMNO seperti kejadian melempar kerusi dan sebagainya? Jawapannya adalah kerana kita memelihara sifat-sifat parti yang menegakkan Islam. Satu sikap yang sangat kita hargai. Apa yang penting,kita bersyukur kepada Allah SWT. Dan kita perlu terus memantapkan lagi jemaah kita agar memenuhi ciri-ciri pejuang yang menegakkan ajaran Allah.

Dalam ayat yang saya baca dalam ucapan utama tadi (yang bermaksud);

”Rendahkan diri terhadap orang yang beriman, Tumpukan kepada kekuatan dan kehebatan dalam menghadapi lawan yang menentang kita,”

Jangan sekali-kali kita hebat berlawan sesama sendiri tetapi menjadi pengecut dalam menghadaapi musuh.”

Kita mesti meletakkan dan menunjukkan sifat-sifat parti yang menegakkan ajaran Allah yang diajar dengan sifat-sifat yang mulia. Di antaranya ialah kita menyedari kita adalah manusia yang lemah. Namun kita mewarisi perjuangan yang besar. Perjuangan daripada Allah SWT yang dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW.

”Bersegeralah kamu berlumba-lumba kepada keampunan. Tuhan kamu dan syurga yang lebar seperti langit dan bumi yang disediakan untuk orang- orang yang bertaqwa. Dan org org bertakwa itu adalah mereka yang membelanjakan harta benda samada ketika susah dan senang, dan yang dapat menahan perasaan marah”

seperti yang kita tunjukkan pada hari ini dan tingkatkan lagi.

Alhamdulillah, kita telah memperkenalkan amalan politik Islam iaitu tahaluf siyasi; persefahaman dengan kumpulan-kumpulan yang lain iaitu kumpulan yang bukan Islam. Melalui konsep yang diajar oleh Islam dan dalam masa yang sama, kita berwalak kepada Allah dan Rasul-Nya serta berpegang teguh dengan ajaran Islam. Hubungan yang anjal dan fleksibel ini ibarat getah yang boleh dipanjang dan dipendek. Kalau dihubungkan dengan benang yang halus sekalipun tidak akan putus. Kalau ia tegang kita kendurkannya dan kalau ia kendur kita tarikkannya.

Inilah yang kita sedang usahakan iaitu persefahaman dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. Persefahaman ini adalah persefahaman yang anjal dan fleksibel. Ianya bukan seperti persefahaman yang nampak kuat dari luar dan tidak bergerak sehingga boleh berlakunya perpecahan dan roboh. Walaupun terdapat pelbagai ideologi dan kefahaman yang berbeza antara satu sama lain, tetapi kita masih mempunyai persamaan. Jadi dengan pendekatan persamaan yang wujud di kalangan manusia itulah yang kita dahulukan.

Di sinilah yang membezakan kita dengan UMNO, UMNO sanggup menghilangkan walak kepada Islam, menghilangkan kesetiaan kepada Islam, menghakis Islam semata-mata mahu meraikan sokongan-sokongan bukan Islam dengan apa saja cara sekalipun walaupun ianya akan merosakkan imej Islam.

Rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat dan orang bukan Islam telah melihat akhlak kita dan pendekatan kita sehingga kita telah berjaya memecahkan tembok yang selama ini memisahkan kita dengan orang bukan Islam. Adanya orang yang bukan Islam yang bersedia bersama dengan kita, mereka tahu bersama dengan PAS bukannya senang kerana PAS bukan parti kerajaan. PAS adalah parti pembangkang pada masa ini di peringkat federal. Kalau mereka hendak ambil jalan mudah, mereka akan menyokong BN tetapi persoalannya mengapa mereka sanggup menyokong kita, berkerja dengan kita dan memenangkan kita sehingga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS.

Oleh itu, dengan akhlak yang mulia yang kita pertahankan ini, akhirnya pada pilihanraya yang lepas, mereka menunjukkan kepercayaan kepada kita.Di kalangan perwakilan menyebut kita bertahan dan menang di Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak. Kejatuhan kita di Perak bukanlah disebabkan oleh PAS. Ahli-ahli perhubungan negeri kita berjaya mempertahankan kedudukan mereka. Kerana apa? Kerana perjuangan kita perjuangan akidah.

Setiap calon yang bertanding perlu berbai’ah tidak akan khianat kepada perjuangan Islam. Tidak akan khianat kerana untuk terus bersama dengan kita dan patuh pada dasar perjuangan Islam. Bukan bai’ah cerai isteri. Bai’ah ini tidak diputuskan oleh Majlis Syura ’Ulamak PAS. Ianya tidak betul kerana Majlis Syura ’Ulamak PAS tidak pernah mengeluarkan ucapan bai’ah sekiranya keluar parti maka tercerailah isteri. Bai’ah ini tidak memberi kesan kepada pembai’ah tersebut. Bai’ah sebenar ialah bai’ah yang mempunyai perhitungan pahala dan dosa dalam perjuangannya.

Rakan-rakan DAP memanggil saya ketika berlaku krisis di Perak. Mereka sangat menghargai sikap konsisten dan istiqamah yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parlimen dan ADUN PAS di Perak. Inilah mukadimah yang perlu kita laksanakan. Kita sekarang ibarat baru masuk gear satu. Ada di kalangan kita mahu kita laksanakan syariat semuanya dengan segera. Tapi melaksanakan syari’at itu perlu syarat-syaratnya. Syari’at Islam adalah syari’at yang mendidik. Bukannya syari’at yang menghukum sahaja. Kita perkenalkan dahulu akhlak yang mulia.

Pesepsi boleh berubah dengan cara yang benar dan sebaliknya. Apatah lagi pada akhir zaman. Sabda Nabi Muhammad SAW: ”Akan tiba bencana akhir zaman yang menimpa manusia yang merosakkn persepsi. (Orang yang diberi amaran di sini adalah penkhianat.) Orang yang amanah dikianati, orang yang benar dianggap bohong dan orang bohong dianggap benar dan orang yang jahil( dalam agama) bercakap dalam perkara agama.” Inilah suasana di akhir zaman. Kita perlulah istiqamah dalam mengubah masyarakat dengan fikiran yang benar.

Bukan persepsi kita yang menyebabkan kita salah faham antara satu sama lain. Contohnya isu Kerajaan Perpaduan yang dimainkan oleh media massa yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Kita mesti ingat kronologi selepas kita PRU ke 12 pada tahun 2008. Kita pernah berusaha untuk mengubah kerajaan melalui undi tidak percaya. Peristiwa 16 september, usaha yang kita buat, memujuk ahli-ahli parlimen Barisan Nasional supaya menyokong Pakatan Rakyat tidak berjaya.

Jangan kita salah faham hanya kerana adanya orang berjumpa dengan UMNO di masa berlaku kejadian, sedangkan ini adalah persepsi yang salah. Setelah gagalnya usaha 16 September, kita buat lagi satu strategi politik lain iaitu Kerajaan Perpaduan. Kemudian UMNO telah memutarbelitkan fakta bahawa PAS akan menyertai Barisan Nasional. Ini adalah satu penipuan yang dibuat oleh BN. Kita telah mengemukaan Kerajaan Perpaduan ini dengan mendapat greenlight dari semua pimpinan Pakatan Rakyat.

Kerajaan Perpaduan yang sebenarnya ialah semua parti bergabung dalam satu bumbung dan tiada pembangkang dengan syarat, mesti mengubah SPR, mengubah badan kehakiman, mengubah institusi yang berkait dengan rasuah dan semuanya. Namun, persoalannya adakah UMNO bersedia?

Perubahan ini telah berlaku di Indonesia yang melumpuhkan Parti GOLKAR. Akan tetapi UMNO tidak bersedia kerana mahu kekal berkuasa selama-lamanya. Maka tiada cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan sebagainya. Kerana Itulah kita menolak dengan sekeras-kerasnya, kerana kita berpengalaman bertahun-tahun dengan UMNO. Contohnya ketika kerajaan campuran dahulu. Kesudahan dari kerajaan perpaduan ini ialah, UMNO telah menolak cadangan kita dan kita pula pada masa itu telah hilang persepsi yang betul dalam menangani masalah ini.

Seterusnya apa yang paling penting, kita mesti memperkasakan PAS dalam menghadapi hari muka. Dalam usaha untuk memperkasakan PAS ini, kita perlu memperkasa organisasi kita terlebih dahulu. Kita mesti mempunyai penampilan yang baik. Kita perlu memperbanyak dan menghidupkan cawangan- cawangan PAS. Bagaimana kita akan menang dalam pilihanraya akan datang jika tiada kekuatan dan tidak memperkasa kekuatan yang perlu ada di peringkat akar umbi?

Dalam masa yang sama juga kita perlu memperkasakan kelab penyokong PAS dan perlu meletakkan uslub dakwah ”kullu islah” iaitu menerang dan bukan menyerang. Menjinak dan bukan meliarkan orang. Ini adalah kerana perjuangan melalui amalan sistem demokrasi berparlimen ini memerlukan kita menguasai sokongan dari penyokong, ahli dan pengundi. Kalau kita asyik dengan taktik menyerang sahaja tentulah akan banyak yang akan lari dari menyokong kita .

Oleh itu, kita perlulah mengunakan pendekatan menerang. Kemudian kita mesti berusaha untuk meningkatkan sokongan orang Islam dahulu dan kita juga perlu menyedari bahawa kita tidak boleh menang tanpa sokongan dari bukan Islam kerana negara kita ini adalah negara masyarakat majmuk. Dalam masa yang sama juga, kita tingkatkan penyokong PAS. Jangan pula mengharapkan parti lain dalam mencapai matlamat kita. Kelab penyokong PAS ini bukanlah dari parti lain. Jadi mestilah kita bantu dan tingkatkan mereka agar dapat menarik undi bukan Islam.

Tarikan pengundi muda adalah sangat penting kerana merekalah undi penentu pada masa yang akan datang. Jadi perlulah kita tingkatkan usaha dalam menarik sokongan mereka agar tidak merosot seperti yang telah dibahaskan tadi. Pemuda pemudi hendaklah turun ke bawah. Kita akui selama ini muslimatlah yang banyak turun ke bawah berkempen. Manakala muslimin pula banyak yang jaga markaz, kempen sama sendiri.

Seterusnya, kita mestilah meningkatkan undi pedalaman. Kita perlu menyedari bahawa kurangnya maklumat yang benar di kawasan pedalaman kerana halangan dan sekatan yang dilakukan oleh UMNO untuk kita sampaikan maklumat yang benar kepda pengundi di kawasan luar bandar. Tidak seperti UMNO yang menguasai media massa terutamanya televisyen. Ini merupakan satu kelebihan pada mereka kerana rata-rata rakyat Malaysia mempunyai sebuah televisyen. Jadi amat mudahlah mereka menyebarkan maklumat-maklumat salah kepada pengundi. Oleh yang demikian, perlulah kita bergerak ke bawah. Tenaga-tenaga muda yang terpelajar, yang tinggal di kawasan bandar, apabila balik ke kampung halaman perlulah menyedarkan orang tua mereka dahulu.

Inilah rahsia kejayaan pendekatan yg digunakan di Kelantan. Kelantan sentiasa mengerak jentera mereka dalam penculaan dan mengerak perantau dengan baik. Perantau-perantau yang tinggal di luar negeri dan terpelajar kemudian apabila mereka balik ke kampung, mereka inilah yang akan menyebarkan maklumat yang betul tentang parti kita.

Parti kita mempunyai disiplin yang perlu dipatuhi oleh setiap penyokong dan pimpinan. Disiplin kita adalah dengan hikmah iaitu disiplin yang menjinakkan walaupun bersalah kita masih akan perbaikinya kecuali perkara yang melanggar prinsip dan dasar perjuangan Islam. Kita perlu belajar dari Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Apabila seorang sahabat Ibnu Hatib Bin Ali Bar’ah, seorang yg berjasa dalam perjuangan Islam tapi kemudian telah membocorkan rahsia ketenteraan kepada pihak musuh. Sekiranya kita mengikut kaedah perundangan pada hari ini, hukumannya adalah mati. Tapi Hatib ini adalah seorang yg berjasa dengan Islam seluruhnya. Jadi Jangan kerana kesalahan yang dilakukan sekarang kita melupai jasa mereka yang lalu. Maka setiap tindakan atau hukuman yang hendak kita ambil perlulah berlandaskan disiplin yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W.

Contoh seterusnya, kisah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A terhadap Khalid Al-Walid dalam peperangan menentang orang murtad. Khalid Al-Walid telah melakukan kesalahan yang besar iaitu membunuh Malek Bin Hurairah kerana beliau dikatakan kembali kepada Islam kerana berminat dengan isterinya yang cantik. Dan apabila sampai berita ini ke Saidina Umar, Umar menyuruh menghukum Khalid Al-Walid kerana membunuh tetapi bangun Abu Bakar mengatakan ”aku tidak akan mengotorkan pedang yang dihunuskan untuk menegakkan agama Allah.”

Dia melakukan kesalahan kerana melakukan kesalahan ijtihad. Namun demikian kita tidak boleh membiarkan kesalahan seperti ini menular dan tersebar. Dalam hal ini, disiplin memainkan peranan penting dalam perjuangan terutamanya ketika memerintah negeri supaya dapat mempertahankan kuasa yang kita perolehi. Yang memerintah akan menjadi penyebab jatuhnya sesebuah kerajaan jika tidak berdisiplin dalam mempertahankannya.

Ahli-ahli PAS juga perlulah kita tingkatkan disiplin mereka. Kemudian hubungan kita dengan parti juga perlulah sentiasa dijaga agar tidak terputus dan janganlah bergerak sendiri dalam perjuangan ini. Perlulah sentiasa ada hubungan dengan organisasi. Biar parti menghadapi masalah kerajaan bersama-sama.

Hubungan dengan rakyat juga perlu dipertingkatkan kerana tanpa sokongan rakyat kita tidak mampu mencapai kemenangan walaupun mempunyai parti yang kuat. Begitu juga dengan hubungan dengan Raja, kita mestilah sentiasa menjaga dan memperbaiki hubungan ini dari masa ke semasa kerana sekiranya kita mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Raja sukar untuk mentadbir negeri dengan baik. Hubungan dengan pegawai kerajaan juga perlu dijaga kerana tanpa mereka jentera kerajaan tidak akan bergerak. Pendek kata, perlulah kita jaga hubungan dari semua segi.

Pemimpin perlulah berfikiran terbuka dan jangan menjadi pemimpin yang tidak boleh ditegur langsung. Ucapan Saidina Abu Bakar R.A ketika kali pertama dilantik menjadi khalifah: ”Wahai tuan-tuan, aku telah dipilih menjadi pemimpin walaupun aku bukan yang terbaik dan ada yang lebih baik dariku. Tapi aku dipilih juga. Oleh demikian,sekiranya aku dipihak yang benar, bantulah aku dan sekiranya aku melakukan kesilapan ,perbetulkanlah aku.”

Benar adalah amanah. Bohong adalah khianat. Oleh itu, janganlah amalkan budaya mengampu pemimpin. Sekiranya pemimpin itu salah, hendaklah kita berani menegurnya.

Walaupun kita menghadapai masalah yang besar, kita perlulah sentiasa bertindak bijak dan tidak tergopoh-gapah. Dalam hal ini, Nabi S.A.W telah mengajar kita supaya bersabar dalam menghadapi karenah pemimpin; ” sekiranya berlaku kemungkaran di kalangan kamu, ibarat orang yang berada di atas kapal. Ada yg berada diatas, ada yg berada dibwah. Kadang-kala yang berada dibawah berasa tidak puashati dengan mereka yang berada diatas. Dan sekiranya mereka tidak mampu bersabar, nescaya mereka akan menebuk kapal tersebut dan akhirnya tenggelamlah semuanya. Tetapi sekiranya mereka tetap bersabar dalam menghadapi karenah pemimpin mereka, Insya-Allah akan sampai jua ke destinasi yang diimpikan. Inilah sikap yg diajar oleh nabi.

Dalam parti kita, pemimpin dipilih oleh muktamar dan kita menganggapnya seorang yang memikul amanah. Saidina Usman ra menegaskan apabila ada segolongan yang memberontak tidak puashati dengan pelantikan beliau menjadi pemimpin dan menyuruh beliau meletakkan jawatan. Dengan tegas beliau berkata: Jawatan kepimpinan ini adalah amanah. Baju yang diberikan oleh Tuhan kepadaku. Aku tidak akan membuang baju amanah ini tapi akan terus berusaha menjalankan amanah ini dengan sebaik-baiknya.

Tuan-tuan, Marilah kita bersikap positif dalam perjuangan. Cemburulah pada tempat yang sepatutnya. Cemburu yang membuta tuli ini akan menyebabkan pemimpin tidak dapat bergerak. Dan kita sedar bahawa di kalangan ahli kita yang sangat cemburu dengan pemimpin. Maka mereka akan menegur pemimpin ini dengan pelbagai cara tetapi perlulah ingat bahawa perlu menegur dengan cara yang betul. Oleh demikian, saya selalu tegaskan supaya perlulah bijak dalam setiap langkah dan teguran yang dibuat agar tidak merosakkan parti yang kita sayangi ini.

Insya-Allah di dalam seminar ini kita telah menunjukkan satu sikap dan kematangan yang baik dengan pendekatan yang sangat baik yang tidak diduga oleh pemerhati-pemerhati politik. Inilah keistimewaaan yang ada pada parti kita dalam menghadapi cabaran dan rahsianya adalah kerana Islam yang menjadi akidah dan matlamat perjuangan.

APAN PENUTUP PRESIDEN PAS

Monday, November 9, 2009

UCAPTAMA PRESIDEN PAS, SEMINAR MEMPERKUKUHAN PARTI.

UCAPTAMA DATO’ SERI PRESIDEN PAS
SEMINAR KHAS MEMPERKASAKAN PARTI (PAS)
19hb Zulkaedah 1430 / 07hb November 2009
Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur


Muqaddimah

Memperkasakan Parti, Mendepani Kemenangan Pilihamraya Umum Ke-13.

Firman Allah (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman…!!!, barang sesiap yang menyeleweng di kalangan amu daripada agama-Nya (Islam), nescaya Allah akan mendatangkan satu golongan dimana Allah mengasihi mereka dan mereka juga mengasihi Allah, mereka bersifat merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kemuliaan (kehibaan) terhadap orang-orang yang menentang Islam, mereka berjihad pada jalan menegakkan agama Allah, dan mereka tidak takut menghadapi celaan orang yang mencela, itu adalah kurniaan Allah yang diberi kepada sesiapa yang dikehendakin-Nya, dan Allah maha luas kurniaannya lagi maha mengetahui.”

“ Sesungguhnya yang menjadi wali kamu ialah Allah, Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka sentiasa tunduk (patuh dan taat) kepada Allah, dan barang siapa yang berwalikan Allah dan Rasul-Nya, serta orang-orang yang beriman maka sesungguhnya golongan (parti) yang menegakkan agama Allah (Islam) itu akan mendapat kemenangan.”

(Surah Al-Maidah : ayat 54-56)

Penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sejak separuh abad yang lalu, adalah memenuhi perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mewajibkan kesinambungan risalah Islam yang syumul, serta mewujudkan kumpulan Islam yang bercirikan daripada ayat-ayat tersebut.

1. Menegakkan Islam yang menyeluruh, yang menjadi ridalah para Rasul ‘Alaihimussolatu Wassalam, berakhir dengan kedatangan nabi akhir zaman Muhammad S.A.W yang wajib diikuti dan diteladani dalam semua marhalah, ‘aqidah, syari’at dan akhlak. Mengislamkan individu, masyarakat dan Negara dalam sgala aspeknya.

2. Mewujudkan saf kumpulan Islam yang teguh, bercirikan keteguhan ukhuwwah dikalangan pendokong Islam dan umatnya, serta ‘izzah dalam menghadapi musuh-musuh Islam dan kerenah penganut Islam yang jahil dan lemah, tana putus asa, takut dan hina.

3. Sedia berjihad secara faham dan bijak (Fiqhul Jihad), menegakkan Islam sehingga berkuasa dan mengatasi segala yang lain.

4. Wala’ kepada Allah, Rasul dan kepimpina Islam yang berwibawa.


Memperkasa Parti

Kewajipan menegakkan Islam yang penuh cabaran, bukan sahaja ke arah mencapai kemenangan, dalam masa yang sama mempunyai persediaan mengisi kemenangan dan melangsungkan perjuanga berikutnya, melalui agenda parti yang tersendiri bagi memperkasakan parti dengan sifat-sifat parti Islam megikut acuan kita yang sangat berbeza dengan kumpulan dan pertubuhan yang lain. Walaupun mereka bersifat Islam, tetapi tidak sampai kepada penghujung yang memaksa berdepan dengan cabaran yang dating dari segenap penjuru. Tentangan daripada masyarakat yang jahil dan bermusuh dengan kita, serta pihak yang memegang tampuk pemerintahan, kebiasaannya tidak dapat memberi jalan percuma kepada Islam. Keadaan ini menjadikan PAS mengalami fitnah dan mehnah perjuangan yang tidak dialami oleh rakan-rakan yang lain, tanpa menafikan bahawa semua kumpulan Islam dan pendokongnya, dimana sahaja mereka berada, adalah sahabat seperjuangan.

Parti Islam seperti PAS wajiblah memperkasakan setiap ahli di semua peringat dan organisasi parti secara dalaman, bercirikan perintah Allah yang tersebut di atas. Dalam masa yang sama wajib mengatur langkah dan strategi perjuangan sebijak mungkin, khususnya bagi penokong yang memerlukan kekuatan ‘aqidah, ilmu, akhlak dan kebijaksanaan. Dalam merialisasikan kewajipan berpolitik dan bermasyarakat, hendaklah mempunyai kemampuan mengajak manusia kepada Islam dengan menjadi penganutnya dan mengajak bukan Islam menjadi penyokongnya yang menerima kita kerana keyakian kepada Islam yang adil untuk semua.

PAS mempunyai jentera disemua peringkat yag wajib menjadi rujukan ahli pendokongnya.

1. Majlis Syura ‘Ulamak yang memlihara istiqomah parti di atas ‘aqidah perjuangan dan syari’atnya supaya Islam itu sahaja yang menjadi keperkasaan yang membawa kejayaan dan kemenangan. Firman Allah (maksudnya);

“ ..dan kemuliaan itu kepunyaan Allah dan bagi Rasul-Nya dan jua orang-orang yang beriman, tetapi mereka yang muafiq tidak mengetahuinya..” ( Surah Al-Munafiqun : ayat-8)

Khalifah ‘Umar Radhiyallahu ‘anhu mengaskan :

“ Kita adalah umat yang Allah kuriakan kemuliaan dengan Islam, maka apa cara sekalipun yang dipegang dan diamalkan lai daripada apa yang Allah kurniakan kepada kita, nescaya kehinaanlah yang akan menimpa kita..”

2. Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja di semua peringkat yang akan menjadi jentera pentadbiran dan gerakkan parti, menjadi kepimpinan yang berwibawa, perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kematangan, sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud ;

“ Mereka yang menjadi pilihan dimasa jahiliyah menjadi pilihan juga apabila bersama dengan Islam sekiranya berilmu dan faham (tentang Islam)” ( Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Khalifah ‘Umar Radhiyallahu ‘Anhu menegaskan ;

“Jadilah orang yang memahami (faqih dan berilmu) sebelum kamu menjadi pemimpin”

Feqah itu merangkumi segala bidang Islam termasuk juga Fiqh Politik ( Fiqhu Siyasah)

3. Pembahagian mengikut Lajnah yang dibahagikan secara bidang masing-masing dengan menyeluruh menuju semua sasaran dalam masyarakat di semua peringkat dan pentadbiran mengikut susunan perhubungan negeri, kawasan dan cawangan di kebanyakan daerah diseluruh Negara, yang perlu dimantapkan dengan pengukuhan organisasi yang berperanan, wala’ kepada parti dan perlu aktif menjadi jentera yang berdakwah dan berkempen. Firman Allah Ta’ala (maksudnya) ;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang pada jalannya dalam satu saf laksana banguan yang diirikan daripada batu-bata yang disusun rapid an diikat denga sekuat-kuatnya” ( Surah As-Saff : Ayat-4)


Pencapaian

PAS menjai parti yang paling berpengalaman dalm sejarah politik tanah air. Berjuang sjak zaman penjajah, melahirkan pemimpin yang tidak pernah tunuk kepada penjajah. Oleh kerana mengambil kira keerdekaan yang dicapai dengan cirri-ciri penjajahan yang masih mengikat Negara dan rakyatnya atas prinsip dan konsep sekularisma yang menyeleweng daripada Islam, memaksa PAS mengharungi perjuangan yang paling banyak memberi pengalaman.

Berdepan dengan sistem demokrasi yang sangat tidak adil, tanpa memberi ruang langsung kepada pertukaran parti yang memerintah dengan berbagai-bagai akta dan undang-undang, namun kita tetap memilih “muwajahah silmiyyah” dengan menyertai pilihanraya dan menentang penyelewengan dan penipuan dengan sabar dan cekal. Walaupun begitu terbukti kita boleh menang melalui pilihanraya yang sebegitu rupa.

PAS menjadi palng berpengalaman, menjadi pembangkang secara bersendirian diperingkat negeri dan pusat, memerintah kerajaan negeri secara bersendirian, menyertai kerajaan campuran dan pernah menyertai Barisan Nasional di semua peringkat dan kembali bersendirian, seterusnya bekerjasama dalam bentuk angkatan perpadua ummah dan pakatan dengan parti-parti yang lain. Ahli-ahli boleh meerima keputusan pilihanraya dengan sabar dan istiqomah, walaupun memakan masa dan generasi. Maka kita hendaklah belajar daripada pengalaman itu secara positif.

Searang PAS mengambil pendekatan “Tahaluf Siyasi” (persefahaman politik), melalui proses yang teguh di atas prinsip dan batas kebijaksanaan yang berlandaskan Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijmak ‘Ulamak dan Qiyas yang nyata dengan pengamatan siyasah syar’iyyah mengikut Perlembagaan PAS. Dengan kelulusan Majlis Syura ‘Ulamak, perlaksanaan oleh jawatankuasa kerja PAS pusat dan jawatankuasa politik yang disalurkan keseluruh Negara melalui jentera parti yang bergerak dan hidup disemua peringkat.

PAS telah mencapai satu kejayaan yang besar dalam pilihanraya yang lalu :

1. Di peringkat parlimen dengan jumlah yang ketiga besar di kalangan Pakatan Rakyat dengan 23 kerusi.

2. Mendapat tempat pertama diperingkat negeri dengan mengekalkan pemerintahan di Kelantan dengan keadaan yang paling selesa, memimpin kerajaan campuran di Kedah sehingga kii dan Perak dalam masa hamper setahun.

3. Mendapat kerusi di semua negeri kecuali Melaka, Sabah dan Sarawak.

4. Jumlah terbesar diperungkat negeri ( Dewan Undangan Negeri) 83 kerusi PAS, 70 DAP dan 40 PKR, kerana PAS memilih penumpuan menguasai negeri di peringkat ini. Dengan bacaan politik yang tepat, belum lagi mempunyai tahap kemampuan menguasai kerajaan pusat.

5. Memenangi pilihanraya kecil peringkat negeri dan parlimen kecuali di Bagan Pinang.

6. Berjaya memecahkan tembok pemisahan dengan pengundi bukan Islam, apabila secara langsung ditbuhkan Kelab Penyokong PAS di samping mengadakan Tahaluf Siyasi dengan parti dan kumpulan bukan Islam.

Kesemua pencapaian ini hendaklah dimuhasabah semula kejayaan dan kelemahannya disemua peringkat sama ada kerajaan negeri termasuklah wakil rakyat negeri dan parlimen serta memperkasakan Kelab Penyokong PAS secara yang lebih aktif, bagi menigkatkan lagi kejayaan sehingga ke tahap mencapai kemenangan yang lebih besar.


Memperkukuhkan Penyertaan Dalam Pakatan Rakyat.

Hubungan yang kita bina bersama dengan parti-parti politik dalam Pakatan Rakyat adalah bertitik tolak dari asas persamaan yang semua pihak bersetuu, iaitu memerangi ketidak adilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang sedang bermaharajalela dalam Negara kita. Semua ini berlaku tanpa kita mengorbankan dasar dan matlamat PAS yang sama-sama kita pegang iaitu PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah.

Alhamdulillah, strategi kerjasama dalam bentuk tahaluf siyasi itu berjaya merombak kesombongan yang wujud dlam parti Barisan Nasional, sehingga kini mereka berhadapan dengan keretakkandalam Barisan Nasional sebagaimana yang kita saksikan pada waktu ini.

Dalam membicarakan hubungan PAS dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat ini, ingin saya pertegaskan untuk kesekian kalinya, bahawa kita akan terus bersama dalam Pakatan Rakyat untuk memimpin rakyat ke arah perubahan yang hakiki. Kita aka memainkan peranan yag lbih aktif, sebagaimana yang telah sama-sama kita bahaskan dalam dua muktamar PAS yang lalu.


Menghadapi Pilihanraya Ke-13

PAS hendaklah membina dan memperkukuhkan lagi kekuatan di atas asas pencapaian pengundi Islam yang menjadi tonggak sebenar kekuatan Islam, dalam masa yang sama hendaklah mendapat undi bukan Islam sebaik mungki kerana inilah realiti politik dalam negara bermasyarakat majmuk, dan inilah juga pendeatan politik Islam dengan syarat memelihara batas-batas tahaluf siyasi yang diizinkan oleh ‘aqidah, syari’at dan akhlak dengan menjaga sempadan yang memelihara wala’ kepada perjuangan Islam. Sila rujuk sirah penubuhan Negara Islam pertama di Madinah Al-Munawwarah.


Kesimpulan

Melihat dan meneliti semua pencapaian tersebut, maka hendaklah dilakukan penerusan langkah parti mengikut pengamatan semasa yang kita putuskan dalam dua muktamar yang lalu, mengikut muhasabah kepimpinan secara kolektif dengan melaksanakan perkara-perkara berikut :

1. Berdiri di atas kekuatan yang sedia ada dengan mengemukakan Pakatan Rakyat yang dimuhasabahka sepajang masa.

2. Menguatkan kedudukan PAS dalam menerajui perubahan dan islah, dengan menguatkan saf parti bersama kumpulan Islam.

3. Keterbukaan mengadaan hubungan dengan semua pihak, yang membawa kepaa penyertaan yang memberi kemenangan kepada Islam, mengikut konsep dakwah dan siyasah syar’iyyah.


Abdul Hadi Bin Haji Awang Muhammad

Presiden
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Thursday, October 29, 2009

PENDIRIAN PAS SELANGOR

PAS Selangor ingin merujuk kepada keputusan mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009 di Pejabat Agung PAS.

Pendirian PAS Selangor adalah seperti berikut:

PAS Selangor mengalu-alukan kesediaan PAS pusat untuk menangani kemelut yang berlaku dalam PAS sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja PAS pusat pada 28 Oktober 2009.

PAS Selangor juga menyambut baik keputusan untuk menolak EGM (mesyuarat agung khas) dan seterusnya menyelesaikan masalah dalaman melalui siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Seluruh kepimpinan dan ahli PAS negeri Selangor bersedia untuk disiasat dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada jawatankuasa disiplin parti. Kami menyeru agar siasatan ini dilakukan dengan serta-merta bagi mengembalikan integriti seluruh ahli-ahli PAS di negeri Selangor.

Bagi memulihkan imej parti, PAS Selangor menggesa agar jawatankuasa disiplin parti dapat membuat penyiasatan secara menyeluruh dan membersihkan PAS daripada anasir yang mengganggu-gugat PAS seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli-ahli yang mendedahkan rahsia parti kepada umum melalui saluran media dan blog.

Bagi meninggikan prinsip-prinsip al-'adalah yang ditetapkan oleh Islam, PAS Selangor ingin menekankan jawatankuasa disiplin parti hendaklah juga menyiasat orang yang membuat tuduhan dan mengambil tindakan yang tegas kepada mereka sekiranya tuduhan tersebut tidak benar kerana mencetuskan suasana yang tidak stabil dalam parti dan seterusnya merosakkan imej parti.


Merujuk kepada beberapa isu yang dibangkitkan, kami ingin menegaskan bahawa ahli-ahli PAS Selangor di semua peringkat telah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan PAS negeri sebagaimana yang telah diputuskan melalui mesyuarat khas badan perhubungan PAS negeri Selangor yang bertarikh 27 September 2009.

PAS Selangor menyeru kepada semua ahli-ahli parti agar menghormati jawatankuasa disiplin parti di dalam menjalankan tugasnya dengan tidak membicarakan isu ini sehinggalah proses penyiasatan dan pendakwaan selesai.

PAS Selangor seterusnya menyeru kepada ahli-ahli PAS di Selangor agar bertenang dan membiarkan proses siasatan yang dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti selesai sepenuhnya. Semua ahli-ahli PAS di Selangor mestilah menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan YB Tuan Guru Presiden.

Mohd Khairuddin Othman
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS PAS OUSAT

1] Perkukuhkan Pakatan Rakyat. Semua pimpinan dan ahli PAS diminta beriltizam untuk untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Satu seminar khas mengenai pengukuhan Pakatan rakyat akan dilangsungkan. Penulis merasakan seminar itu adalah seminar yang sama yang akan dijalankan pada bulan Disember nanti.

2] Satu lembaga displin dibentuk dengan diketuai oleh Naib Presiden, Tuan Ibrahim Tuan Man bagi menangani isu-isu displin yang sedang berlaku di Negari selangor.

3] Isu Unity Government atau Kerajaan Perpaduan sudah tidak berbangkit lagi. Tiada lagi kerajaan perpaduan selepas ini.

Wednesday, October 21, 2009

ARTIKEL PILIHAN : ISU UNITY GOVERNMENT YANG TERUS BERNANAH...!!!

Oleh " MRK albanjari
"Ku fikir luka tu sudah sembuh tetapi rupa-rupanya ia masih bernanah di dalam" itulah perumpamaan dalam kita merungkai masalah yang cuba dibangkitkan kepada PAS sejak kekalahannya dalam PRK N31 Bagan Pinang 11 Oktober lalu. Pelbagai ulasan yang telah dibuat oleh pelbagai pihak dan kebanyakannya cuba mengambil kesempatan untuk memalu kembali gendang UG dengan mempertontonkan pelbagai watak yang perlu dipersalahkan kononnya.

Tak semena-mena Dr Hassan Ali yang ditohmah kerana menyebabkan PAS kalah teruk di PRK Bagan Pinang lalu kerana kelancangan mulutnya menyebabkan Pakatan rakyat Selangor bergeser kerana isu arak.

Apa masalahnya dengan isu arak dengan UG ? Kerana Tuan Guru Hj. Hadi mendiamkan diri ? Kerana Ustaz Nasha memihak kepada Dr Hassan Ali ? Atau kerana kebanyakan pemimpin lain tidak respons kepada Dr Hassan Ali ? atau apa ?

Ada juga pimpinan PAS pusat dari pelbagai jawatan cuba untuk respons terhadap isu yang diutarakan oleh Dr Hassan Ali ini namun akhirnya ia berjaya diselesaikan dalam perundingan meja bulat oleh pimpinan PR Selangor. Justeru itu kenapa kini ia cuba untuk diketengahkan lagi dalam kita merungkai punca kekalahan di Bagan Pinang lalu.

Saya secara jujur melihat adanya kumpulan dalam pimpinan PAS di semua peringkat yang cuba untuk memalu kembali gendang UG ini. Bahkan diperingkat PAS Pusat dan Pemuda Pusat juga dikhabarkan masih ada lagi suara-suara yang cuba untuk membangkitkan isu ini.

Mengapa kekalahan kita di Bagan Pinang menjadikan kita sakit otak hingga memaksa pimpinan pusat itu dirombak hingga sanggup menyingkirkan Presiden dan Timbalannya hinggakan juga kepada kelompok yang telah dilabel menyokong UG juga harus di singkirkan seperti Dr Hassan Ali.

Kenapa kita memandang begitu sinis kepada Tuan Guru Presiden akibat kekalahan kita di Bagan Pinang hinggakan urusan beliau ke luar negara juga dipersoalkan ? Apakah beliau sengaja keluar negara untuk makan angin atau berehat dari memikirkan senario politik negara ? Tentunya ada urusan parti atau urusan gerakan Islam Antarabangsa yang menyebabkan beliau memenuhi undangan dari luar negara itu, takkanlah nak diwakilkan kepada kerani am pejabat agung PAS untuk menjalankan misi dakwah di peringkat global itu. GOBLOK betul la sapa yang pertikaikan isu ini.

Semua dentuman isu yang dibuat ini tidak lain hanyalah untuk mengungkit kembali isu UG agar orang-orang yang berkepentingan dapat mengambil laba politik dan menyusun strategi yang hanya mereka sahaja yang tahu dengan harapan ahli-ahli PAS di semua peringkat tidak mudah lupa tentang isu UG ini yang menggamit kemarahan Tuan Guru Nik Aziz terhadap Timbalan Presiden PAS dahulu.

Saya lihat kumpulan yang dikatakan sebagai anti UG ni mempunyai rangkaian yang licik disemua peringkat hinggakan ia dapat liputan media yang sangat mudah. Sebenarnya isu UG ini bukanlah sekarang ini mula panas tetapi sebaliknya sejak tempoh berkempen di Bagan Pinang lagi ia sudah kedengaran renggekanya cuma kami tidak mahu respons takut menjadi senjata yang kuat oleh UMNO tapi kalau betulah telahan saya, memang itulah agaknya hasrat mereka agar ada yang respons dan menjadi tajuk berita yang sensasi maka mudahlah dituding jari kepada orang-orang yang dikehendaki. Wallahualam..saya mohon ampun dan maaf sekiranya telahan saya itu salah, harap ia sala !

Mungkin khalayak tidak tahu bahawa di Selangor sendiri ada usaha-usaha nakal yang cuba menggagalkan setiap kerja baik yang hendak dicadangkan oleh PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya Dr Hassan Ali hinggakan ada cadangan supaya PAS Selangor diminta untuk tidak merangka Enekmen Jenayah Syariah Selangor seperti Enekmen Jenayah Syariah ( Hudud ) di Kelantan dan khabarnya Dr Hassan Ali tegas dengan pendiriannya supaya enekmen ini di rangka dan dibuat kerana sekarang PR sudah memerintah Selangor, so apa yang hendak di tunggu lagi ?

Perangai yang takutkan hukum Hudud ni perangai sape ? Bukan perangai-perangai jelmaan UMNO ke ?

Saturday, October 10, 2009

PRK-N.31; RAYUAN KEPADA PENGUNDI N.31 BAGAN PINANG...!!!!

Tinggal beberapa jam sahaja lagi umat manusia yang terpilih untuk memilih wakil mereka akan membuat pilihan. Pilihan yang akan dibuat bukan main-main. Ini suatu pilihan untuk memilih antara benar dan bathil,dunia dan akhirat,syurga dan neraka.

Bagi mereka yang taatkan Allah serta suruhannya. Tiada masalah bagi mereka untuk memilih siapa calon dan parti mana yang akan dipilih. Memilih PAS bermakna memilih wakil yang akan menyuarakan hak dan aspirasi rakyat mengikut perspektif Islam. Ia juga bermaksud memilih seorang wakil yang akan bersuara dengan suara Iman dan taqwa.

Wahai rakyat Bagan Pinang, jangan kita pilih mereka yang tidak ada rasa takut dengan Allah. Wakil yang tidak takut Allah akan berani buat benda yang Allah tidak suka. Allah tak suka orang menipu. Allah juga tidak suka orang yang mencuri. Allah juga tidak suka orang memberi dan menerima rasuah.

UMNO adalah parti yang dasarnya dasar yang tidak takut kepada Allah. Tetapi saya yakin di kalangan ahli-ahli UMNO bukan semua yang berani melawan Allah. Boleh jadi mereka dijahilkan oleh pimpinan UMNO agar mereka tidak lari meninggalkan UMNO seterusnya menyertai PAS.

Jika dibandingkan Mohd Hasan dan Isa Samad. Isa Samad lebih makruf setelah kantoi mengamalkan rasuah untuk mendapat jawatan dalam UMNO. Kemudian diadili oleh mahkamah UMNO dan digantung oleh UMNO juga. Nyatalah Isa Samad diiktiraf oleh UMNO sendiri sebagai seorang perasuah. Mohd Hasan masih dilihat bersih dari kacamata UMNO. Dia belum direport oleh ahli UMNO sebagai perasuah. Isa samad sudah pun direport dan dituduh bahkan dihukum sebagai perasuah.

Tiba-tiba wakil rakyat Bagan Pinang yang lama mengikut jejak Asri Rabbani, perginya takkan kembali. Maka perlu ada pengganti wakil yang pergi tak kembali. Yang dah pergi dia takkan kembali menjadi calon. Namun yang pergi tak kembali datang mengundi dah biasa jadi. Kembali jadi calon belum ada lagi dalam sejarah donia. Maka tiba-tiba juga Isa Samad yang dinobat oleh UMNO sebagai perasuah itu juga yang dipilih oleh UMNO. Mesti kuciwa ahli-ahli UMNO yang mahu bakal wakil dikalangan yang muda dan belum ada rekod rasuah.

Ahli UMNO Bagan Pinang pasti tidak mahu dipalit sebagai tidak reti memilih. Ahli UMNO Bagan Pinang juga mesti malu jika dituduh sebagai penyokong rasuah. Ahli UMNO juga manusia, sebagai manusia, maruah mesti dipertahankan. Untuk mempertahankan maruah agar tidak dituduh sebagai manusia rasuah, manusia tidak reti menilai dan memilih.Jangan anda malukan diri anda dan jangan jatuhkan maruah anda. Walaupun anda masih UMNO, anda masih ada maruah. Jangan gadaikan maruah anda dengan mengundi Isa yang dihukum bersalah mengamalkan rasuah dan tergolong dikalangan perasuah. Sekurang-kurangnya akan nada manusia lain yang akan beri hormat kepada anda sebagai mereka yang menolak rasuah dan perasuah.

Berikan undi anda kepada PAS, sebagai tanda anda tidak pernah bersetuju dengan rasuah dan menolak pemimpin rasuah. Anda pasti akan merasai kelaiannnya.

PRK-N31; MENJAWAB RESPON ORANG TAKDAK OTAK!!!


ORANG TAKDAK OTAK KATA:
“hello bro...ape citer??aku tak nampak plak gambo budak bodoh berbaju merah tu dlm blog ko...knp tak letak gambo dia kene serang tu???petuiii...pengecut,bodoh...kalu ko berani,letak la gambo dia dlm blog ko...cakap org UMNO yg buat,n ckp lelaki islamik bodoh tu nak mati kene serang...ada berani ke??”


ORANG ADA OTAK JAWAB:
Assalamualaikum…,Aku tak tau la hang ni Islam ka dak, biasanya orang Islam dia bagi salam, ka hang tak tau cara nak bagi salam…? Tiba-tiba hello.. ,apadia…!!! awat hang tak reti nak baca tajuk artikal ka…??? Orang cakap pasai dunia akhirat dia sibuk dok cari gambaq. Hang kalau kelapaq nak cari gambaq, awat tak reti nak search ka dalam yahoo image ka, google image ka…!!! Aku nak buboh gambaq ka tak buboh ka itu hak aku la…!!! Yang hang sibuk pasai apa, hang kalu nak sangat tau pasai budak tu kena serang dengan UMNO ka dak, betui ka tipu, hang pi mana-mana bali polis hang buat report bahawa gambaq budak tu adalah palsu dan fitnah..Hang ada berani ka…????

Aku pun pelik pasai apa hang beriya-riya sangat cabaq aku suruh buboh gambaq budak tu dan tiba-tiba hang kata aku penakut. Biasanya kalau orang cabaq, dia tau dengan perkara disebalik cabaran itu. Ataupun hang lebih tau dari aku pasai budak yang hang kata bodo bangang ni. Hang cabar suruh aku letak gambaq dia kena serang...Kalaulah katakan aku letak gambaq budak tu seperti mana yang tertera dalam blog-blog, media cetak dan sebagainya. Aku pulak nak cabaq hang cari gambaq lima minit sebelum dan selepas gambaq itu ditangkap untuk membuktikan gambaq ini palsu...apa macam...??? Bukan apa, bila hang pulak dapat cari gambaq lima minit sebelum dan selepas gambaq berdarah itu diambil, mudah aku nak tanya dari mana hang dapat gambaq, siapa cameraman, ataupun apakah hang ada bersama cameraman serta bersama budak baju merah itu..ada berani...??? Bukan apa, aku nak tengok siapa yang pengecut dan siapa yangbacui, aku ka hang...???

ORANG TAKDAK OTAK KATA:
"sah2 ko tak berani kan...sebab ko ada otak,ko leh nampak tu tipu kan...knp bro??kalu benda tu ko pandai guna otak,ko kata gambar tu tipu,benda2 lain yg ko tulis pasal UMNO tu ko takleh guna otak jgk ke??ke otak ko mmg utk mengutuk n memfitnah jer??
pengecut la ko bro...petuihhh...malu la skit kat org sebelum ko malu kat diri sendiri...or ko patut malu pd diri sendiri sebelum ko malu kat haiwan.."

ORANG ADA OTAK JAWAB:

Hang kata "sah2 ko tak berani kan...sebab ko ada otak,ko leh nampak tu tipu kan"...ayat ini menunjukkan bahawa betapa hang sedar betapa aku berhati-hati untuk letakkan apa-apa gambaq dan aku tidak macam blogger-blogger yang lain. Dan hang dengan sendirinya mengesahkan bahawa aku ada otak dan jugak yang mengaku dengan berotaknya aku hang mengaku pulak yang aku buleh nampak gambaq tu macam tipu. Betul tak bro...???

Seterusnya hang kata;
"knp bro??kalu benda tu ko pandai guna otak,ko kata gambar tu tipu,". Berdasarkan struktur ayat yang hang bina (aku yakin hang tulis dengan agak tergesa-gesa) Hang mengakui bahawa aku menggunaklan otak dengan betul tentang gambaq budak tu. Sebab apa aku kata macam tu, sebab ayat hang selepas tu menyebut; "benda2 lain yg ko tulis pasal UMNO tu ko takleh guna otak jgk ke??" Aku nak petik potongan ayat "ko takleh guna otak jgk ke??" menunjukkan bahawa apa yang aku fikir menggunakan otak tentang gambaq itu seolah hang sendiri tau kebenarannya cuma hang cuba nak timbulakn satu isu betapa kalau aku nak tulis pasal UMNO juga aku kena guna otak macam mana aku gunakan otak aku menilai gambaq budak laki-laki itu. Perkataan "jgk ke??" seolah bermaksud hang nak aku guna otak dengan betul bila menulis pasal UMNO seperti "jugak" aku guna otak untuk tidak letakkan gambaq budak itu. Pendek kata, sebenaqnya hang nak kata kat aku, pasai gambaq aku ada otak dan bila tulis pasai UMNO aku tak dak otak semata-mata untuk perkukuhkan dakwaan bahawa apa yang aku tulis tu fitnah saja kan, bukan ada apa pun. Tak gitu bro...???

Bila aku amati ayat yang hang kata;
"malu la skit kat org sebelum ko malu kat diri sendiri..". Kata-kata hang ni semacam "peringatan" kepada aku. Biasanya orang yang menerima peringatan ini adalah orang yang kurang tahu berbanding orang yang bagi peringatan yang "lebih tahu" tentang perkara yang sebenaq. Contohnya kalau sa-saorang itu tahu bahawa menipu itu berdosa hukumnya, yang seorang lagi tidak tahu bahawa menipu itu berdosa. Takkanlah orang yang tak tau nak ingatkan orang yang tahu. Macamlah yang hang kata "malu la skit kat org sebelum ko malu kat diri sendiri..". bermaksud betapa hang lebih tahu perkara sebenaq berbanding aku,kononnya aku ini bagi hang tak tau perkara yang sebenaqnya. betoi dak...??? Kalimah "sebelum" menunjukkan bahawa hang pada hakikatnya tahu bila hakikat sesuatu itu terdedah. Lawan perkataan "sebelum" adalah "selepas". Orang yang menggunakan kalimah "sebelum" pada kebiasaannya dia tahu apa yang bakal berlaku selepasnya. Umpamanya seperti ayat ini; "sebelum jadi PM kena jadi TPM" dan maksudnya jugak"Jadi PM selepas jadi TPM". Berhubung kalimah sebelum dan selepas, yang menambahkan karaguan ialah, bila hang kata "sebelum ko malu kat diri sendiri.." menunjukkan betapa hang yakin aku akan "malu" jika aku sahut seruan hang suruh buboh gambaq budak baju merah itu. Tapi rupanya hang tak cerdik juga sebab awal-awal hang dah bagi peringatan kat aku ; malu la skit kat org sebelum ko malu kat diri sendiri...kalimah "sebelum" menunjukkan bahawa selepas aku sahut cabaran bangang hang aku akan "malu" semalu-malunya bukan. Sebenaqnya hang nak malukan aku bukan..???

Maka sebab itulah hang beriya-riya suruh aku buboh gambaq budak baju merah itu dengan "ugutan" bacul dan "penakut". Kiranya macam ada satu perangkap pulak pada kata-kata hang sebab hang mula-mula mendakwa aku guna otak yang betul kerana percaya gambaq itu tipu. Tetapi hang cuba sabitkan kesalahan penakut dan pengecut pulak kapada aku kalau tak buboh gambaq tu dengan harapan aaku aku dengan cabaran hang agar tidak dilabel pengecut dan penakut. Betui dak broo...???? Hang tak kan cabaq benda ni kalau hang tak tau maklumat dan hakikat sebenaq tentanq gambaq ni. Yang sepatutnya kena malu hang la, sebab buat benda nak malukan orang lain. Macam orang muka tak tau malu ja hang ni...Ataupun hang dan kawan-kawan hang yang malu bila orang tau apa yang hangpa tau...??? Mana la tau kot hang tau sapa yang toreh baju budak tu dengan apa, pedang ka, parang ka, pisau potong bawang ka, pisau sekupang ka...


Benda-benda lain yang aku tulis pasai UMNO, mana dia hujah hang yang kata aku tulih tak pakai otak…? Apa hang ingat semua orang tak otak macam hang ka…??? Mana dia hujah hang mana…!!! Takat dok bagi komen hujah pon takdak, tiba-tiba tuduh orang tulih tak guna otak. Ni aku nak bagitau hang, orang yang ada otak, bila dia tuduh dia kemuka hujah. Yang tak bagi hujah tiba-tiba mai maki hamun dalam respon, itu tanda orang takdak otak. Orang macam ang ni layak kira semut tepi jalan saja. Kalau aku mengutuk dan fitnah, mana dia hujah hang membuktikan apa yang aku tulih tu fitnah..??? Atau bila kena atas batang hidung hang terus terasa macam kena maki. Guna la otak dengan betui. Hang patut malu dengan lembu sebelum malu kat diri hang sebelum hang dikategoorikan sebagai muka tak malu.. Orang yang berani dia tudu dan dakwa dengan pembuktian, bukan menulih yang bukan-bukan macam hang. Kalau hang jadi lawyer soheh tak dak orang nak pi fima guaman hang. Bukan takat orang, kaldai pon tak mau…!!! La ni sapa pengecut…!!! Berani mai la balas hujah aku…!!!



ORANG TAKDAK OTAK KATA:
"pasal PAS tu islamik sgt,n ko ni islamik sgt,aku nak tanya,ape ko buat utk islam yg ko leh banggakan??bukan nak banggakan or meninggi diri,tapi just senaraikan 3 kerja yg ko buat utk naikkan syiar islam..kalu ko rase ko sorg jer bleh masuk syurga...pikir la bro...guna akal...guna fikiran yg diberi tuhan,bukan hanya utk memfitnah jer...”

ORANG ADA OTAK JAWAB:
Eh..taU pulak hang no yang PAS ni Islamik. Aku memang Islamik lama dah. Hang ja yang tak tau beza yang mana satu Islamik yang mana satu tak Islamik. Hang ingat aku jenih riak macam hang ka nak heboh apa yang aku buat untuk Islam. Hang tak tau ka membangga-banggakan amalan itu namanya riyak..hang tau ka dak riyak tu apaa…!!! Patutnya hang yang mengaku aku ni islamik sangat tanya aku boleh ka dak berbangga dengan amalan. Mula-mula suruh bagitau apa yang aku buat untuk islam yang aku boleh banggakan, lepas tu kata bukan nak bangga pulak. Apa ka hang ni manusia spesis tak pendirian ka…??? Hang faham ka maksud syi’ar tu apa…??? Apa beza syi’ar dengan syari’at…??? Konon ayat Islamik la tu.

Hang tau dak perangai Musyrikin kat Makkah masa Rasulullah mula di utus jadi Nabi dan Rasul. Depa persoal kenapa rasul dipilih dikalangan manusia tidak dari kalangan Malikat…?? Sebab dia nak buat helah pulak, kalau Allah betul-betul pilih malaikat, dia akan persoal pulak kenapa Rasul dan nabi dipilih dari kalangan malaikat, sebab malaikat takdak nafsu tak makan tak minum macam manusia. Apa hang nak jadi macam perangai musyrikin ka dok bagi soalan bangan kat aku…!!!

Kalau dah hang kata bukan untuk banggakan dan meninggi diri, yang hang tanay aku pasai apa…? Atau pasai hang nak perangkap aku…? Lepas aku jawab hang kata pulak aku nak membangga diri..!!! Hang ingat aku bodo macam hang ka…!!!

Awat yang hang terasa sangat sampai kata kat aku yang aku sorang saja buleh masuk syurga…? Pasai hang terasa diri hang dah tak buleh masuk syurga ka…?? Atau hang dah terasa diri hang dan menjadi ahli neraka…??? Hang tak pikiaq ka..mana akai hang…!!! Nak provoke aku pon jangan la samapi orang tau hang macam tak dak akai. Aku ni tak tau la buleh masuk syurga ka dak, yang persoalkan hang bukan aku. Kalau hang terasa diri hang tak buleh masuk syurga, suka hati hang la..mana aku tau. Jangan la pasai hang dah terasa tak buleh masuk syurga, tiba-tiba hang pertikai aku pulak. Hang la yang kena guna akai yang Allah bagi. Guna akai bawak hujah dan buktikan apa yang aku tulis adlah fitnah…buktikan kalau hang tak mau digelar sebagai manusia tak dak otak.



ORANG TAKDAK OTAK KATA:
"kalu berani,jawab la comment aku tu...kalu ko berani la..(yg pnbtg,jwb nape tak letak gambo lelaki berbaju merah yg bodoh bangang tu)...."

ORANG ADA OTAK JAWAB:
Aku dah jawab dah. Terpulang la kat hang dah baca ka dak. Aku dah jawab, hang nak kata aku berani ka dak itu suka hati hang. Pasai aku nak letak ka tak nak letak gambaq laki-laki baju merah, itu ikut suka aku lah. Kalau hang pulak, kalau hang beranai, hang letak la gambaq laki-laki tu lima minit sebelum dan selepas gambaq tu ditangkap…amacam…??? Aku nak tengok, budak tu ka atau hang ka yang bodoh bangang atau hangpa bedua yang bodoh bangang…!!!



ORANG TAKDAK OTAK KATA:
"kalu ko diam jer,tak jawab,or ko delete comment aku tu,sah la ko pengecut...baik ko delete jer blog ko ni...sampah jer..."

ORANG ADA OTAK JAWAB:
Hang pun baca kan apa yang aku jawab, aku tak diam dan aku bagi komen. Sah lah aku bukan pengecut bukan…??? Aku tau pasai apa hang suruh delete blog aku. Pasai hang takut nak baca hujah-hujah aku bukan…??? Itu la tektik orang takdak otak macam hang. Dok ingat semua orang tak dak otak macam dia. Sampah pun ada guna siap buleh recycle, paling koman pun buat baja. Kalu hang aku tak tau la…sampah pun aku rasa tak mau kawan dengan hang..pasai hang sendiri tak buleh menilai hujah mana yang sampah dan hujah mana tidak sampah...untuk pengetahuan hang, hujah yang ada fakta dan bukti sahaja yang boleh diterima. tulisan yang takdak hujah dan bukti macam yang hang tulis ni hujah yang tak buleh pakai, benda tak buleh pakai dipanggil sampah. Tulisan sampah macam hang tak layak dok kat alam saiber ni termasuklah recycle bin...!!!





ORANG TAKDAK OTAK KATA:
"sedangkan dlm harakah(yg letak gambar llaki baju merah tanpa selidik,pakai muat jer)pun berani,ni kan plak ko yg gagah perkasa ni kan...jawab bro...!!!"

ORANG ADA OTAK JAWAB:
Ini satu perkara yang aku amat musykil. Ada yang tak kena dengan perkataan "selidik".Hang kata harakah tak selidik. Maka apakah aku tak letak gambaq sebab aku "selidik". Macam mana hang buleh tau harakah tak selidik dan aku selidik. Aku rasa hang tau walaupun tanpa pusat penyelidikan peribadi. Dalam mana-mana kajian sains, saintislah yang tahu mana satu selidik dan mana satu yang bukan hasil selidik. Persoalannya bila hang kata Harakah tak selidik dan aku tak buboh gambaq pasal guna otak (selidik la tu...!!!) ini bermaksud hang lebih tau dari aku dan lebih tau dari Harakah apa yang berlaku ke atas budak baju merah itu...aneh kan broo..dari kata-kata hang pun dah tau hang macam sembunyi apa yang orang lain tak tahu..

Dari apa yang aku jawab pada hang bro..hang, tukang tangkap gambaq, tukaq kerat baju dan tukang buboh sirap sahaja yang tau apa yang terjadi lima minit sebelum dan selepas gambaq berdarah dan baju koyak itu berlaku...

AKU YAKIN HANG MESTI TAU, SIAPA YANG ADA OTAK DAN SIAPA YANG TAKDAK OTAK...!!!